Thursday, December 16, 2010
Semua pekerjaan adalah professional!
Teringat semasa di zaman persekolahan. Antara soalan yang sering ditanyakan adalah mengenai cita-cita. Dan semestinya cita-cita yang menjadi pilihan ramai adalah doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Pekerjaan-pekerjaan tersebut dianggap di mata kita sebagai pekerjaan yang 'baik'dan profesional. Mentaliti masyarakat kita suka membanding, membezakan, meninggi merendahkan, memuji menghina. Ada golongan yang dianggap kelas tinggi, manakala yang lain pula kelas rendah.
Apa yang dimaksudkan dengan professional sebenarnya? Dari Dewan Bahasa :
1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~;
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~;
3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~;
4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.
Bukankah sepatutnya semua pekerjaan adalah professional,dan dilakukan sebaik-baiknya
berdasarkan peraturan/ilmu yang terkandung dalam bidang tersebut? Misalnya seorang
construction worker yang menyusun batu-bata, menyimen, memasang tiling, kesemua itu
memerlukan kemahiran. Begitu juga petani yang berhempas pulas membanting tulang
4 kerat untuk memastikan seluruh rakyat negara kita dapat makan. Nelayan pula meredah lautan luas, dilambung ombak tinggi untuk menangkap ikan. Maka adakah pendapatan yang diterima berbaloi dengan usaha mereka?
Tanpa mereka, sekalipun ada jurutera yang bijak pandai, merangka pelan bangunan gah dan tinggi berserta rekabentuk yang canggih dan kreatif, bangunan tersebut hanya tinggal pelan tanpa construction worker. Sekalipun ada mereka yang bijak pandai mencipta alat menanam padi dan menuai yang canggih, beras takkan terhasil tanpa ada yang menanamnya dan sekalipun ada kapal secanggih manapun, ikan itu takkan datang bergolek ke daratan tanpa ada nelayan yang menangkapnya.
Perlu kita ingat, pekerjaan mereka bukanlah pekerjaan yang mudah. Sedang kita berjemur sedikit pun sudah mengadu panas, buat senaman sikit-sikit pon dah lenguh-lenguh badan. Saya sarankan untuk tonton Dirty Jobs di Discovery Channel.
Sebagai rakyat pada sebuah negara, semua orang harus memainkan peranan masing-masing secara profesional, biar apa pekerjaan sekalipun kerana kita saling memerlukan.Jadi yang terbaik! Jadi profesional dalam apa jua bidang!
Monday, November 29, 2010
Raja terkaya!
Terbaca berita mengenai raja-raja/sultan atau pemimpin negara yang terkaya di dunia. Seperti biasa, kalau bab-bab kekayaan ni, dari mana lagi datangnya jika tidak dari Forbes kan?
Jadi tersenarailah 15 pemimpin negara yang terkaya yang anda boleh lihat senarainya di sini. Merekalah orang-orang bertuah yang dilahirkan dengan kekayaan melimpah ruah.
Dan antara 15 pemimpin tersebut, 9 daripadanya adalah dari negara Islam, (Ataupun dari nama pemimpin serta nama negara tersebut memang bunyinya Islamla kan) Dengan Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan (UAE) menduduki di tangga yang kedua, diikuti King Abdullah (Saudi Arabia) dan Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei) ditangga keempat dalam senarai tersebut.
Lebih daripada separuh pemimpin dunia terkaya, merupakan pemimpin negara Islam..hebat!
p/s - Perhatikan, Queen Elizabeth pon hanya menduduki kedudukan ke 12

Friday, November 26, 2010
Takut Kerana Pandai
Photo from : http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=982
Sudah menjadi lumrah dalam dunia ini bahawa manusia itu akan berasa takut atau 'insecure' sekiranya dia tidak mengetahui sesuatu perkara. Namun begitu, ada pula yang takut atau cuak apabila dia mempunyai kelebihan di dalam sesuatu perkara. Misalnya seorang rakan saya pernah bercerita, bahawa di jabatannya, disebabkan oleh dia mempunyai kelayakan dalam bidang IT, maka segala perkara yang bersangkut paut dengan IT diserahkan kepada dia untuk menyelesaikannya, tak kiralah perkara tersebut sekecil atau sebesar mana. "Tolong burnkan CD ni"...."PC ni tak hiduplah, kenapa ek?", .."Internet kat PC ni slow, boleh tolong cek?"..begitulah antara permasalahan yang dilontarkan, sedangkan ada juruteknik IT, dan dia banyak urusan lain yang lebih penting untuk dihadap.
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat lain apabila saban tahun dilantik sebagai Setiausaha bagi persatuan yang disertainya, Alasannya "Kau memang yang paling layak".."Kau dah biasa dah buat kerja ni" "Aku tak tere macam kau, so kau jelah yang jadi setiausaha" Kalau difikirkan, banyak lagi sebenarnya contoh yang boleh diberikan, namun harapnya pembaca dapat menangkap apa yang saya cuba katakan di sini. Ya memanglah si polan tuh layak, boleh membuat kerja-kerja yang diberikan, tapi orang lain tak nak belajar ke? Sudahnya kalau si polan tu dah takde, tak ke kelam kabut? Bila si polan tu pula dilantik, banyaklah pula soal jawab serta penundingan jari. Tak puas hati itu dan ini, segalanya serba tak kena.
Kebenarannya ,kadangkala memang takut kerana pandai. Kerana kita diberi tanggungjawab yang besar. Namun, cuba kita ubahkan perasaan tersebut kepada perasaan berani. Berani hadapi cabaran.Berani juga untuk berkata tidak jika perlu. Ya, untuk berkata tidak juga memerlukan keberanian, dan kita sendiri perlu menilaikan.
Friday, July 2, 2010
Hari Ilmu @ Taman Tasik Shah Alam
Bertandang ke Taman Tasik Shah Alam pada 27/6/10 yang lalu dan menyertai aktiviti membaca beramai-ramai di sini menguatkan keyakinan saya bahawa tanggapan yang mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja setahun adalah tidak benar, ataupun sekurang-kurangnya sudah semakin meningkat. Sasaran seramai 10000 pengunjung telah dipecahkan dan aktiviti membaca ini terukir sebagai acara membaca di luar secara beramai-ramai yang terbesar di dalam Buku Rekod Malaysia!
Diharapkan dengan adanya acara-acara seumpama ini, minat membaca dapat dipupuk dan dipertingkatkan terutamanya di kalangan generasi muda.
"So many books, so little time." - Frank Zappa
Diharapkan dengan adanya acara-acara seumpama ini, minat membaca dapat dipupuk dan dipertingkatkan terutamanya di kalangan generasi muda.
"So many books, so little time." - Frank Zappa
Wednesday, June 30, 2010
Pemansuhan UPSR & PMR?
Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran system pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?
Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.
Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Klik sini untuk membaca lebih lanjut
Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kea rah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.
Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. Sila klik sini untuk membaca artikel yang saya kira sangat menarik mengenai isu ini.
Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).

Thursday, June 3, 2010
Anak-anak di sana sini
Blog yang telah diabaikan beberapa bulan terasa ingin dibuka kembali. Sungguh, memang niatnya ingin ditutup sahaja, namun perasaan untuk menulis semakin menebal pula. Menulis itu satu cerita, untuk istiqamah itu sangat sukar rupanya.
Bila dibuka sahaja surat khabar, maka tiadalah cerita lain melainkan kes buang bayi. Mana bayi yang bernasib baik, hidup lagi, yang tidak bernasib baik? Ada yang ditanam, ada yang ditinggalkan dalam kotak, ada yang dibuang dalam tong sampah, ada yang dicampak ke dalam longkang. Begitu mudahnya! Dosa pertama sudah dibuat, disusuli pula dosa kedua…Jikalau mereka dapat berbicara…”Apa dosa kami ibu, apa dosa kami ayah?. Baru sahaja kami hendak mengenali dunia, baru sahaja kami ingin mencelikkan mata. Mengapa kami dibuang? Mengapa kami dibunuh? Kami inilah pewaris bangsa, kami inilah generasi penerus . Kami ingin berbakti pada agama, negara dan bangsa. Namun tidak! Kami tidak diberi peluang. Kejamnya!”
Selak helaian yang lain,dihidangkan pula kisah perang yang tiada kesudahan di Semenanjung Gaza. Muak, jenuh, lelah, bagaikan sudah lali telinga mendengar berita-berita sebegitu. Apatah lagi bila mendengar yang menjadi mangsa adalah orang-orang tua, wanita dan juga kanak-kanak. Bayangkan suara isi hati mereka merintih… “Apa yang telah kami lakukan? Kami tidak mengerti. Mengapa mereka ingin menyakiti kami? Kami tidak mengerti mengapa ada rakan-rakan kami dibunuh dan ditembak? Kami tidak faham, mengapa ibu dan ayah kami sudah tiada di sisi? Mengapa negara, tanahair kami dibom? Apa yang mereka inginkan?”
Itu belum lagi kisah anak-anak kecil yang kebuluran di Afrika, kisah anak-anak yang mengemis di jalanan, kisah anak-anak yang dipaksa melacur, kisah anak-anak yang didera, sampai mati!…Ada pula anak-anak yang mungkin dijaga makan minumnya dan pakainya, namun dibiarkan pula melepak di sana sini dan merempit di jalanan. Keluar, balik rumah tak tentu masa. Makin mudahlah orang-orang berniat jahat mengambil kesempatan, kemudian siapa perlu disalahkan? Siapa yang patut bertanggungjawab? Tak kurang juga kisah “haruan makan anak”, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Anak sendiri, kenapa diperlakukan begitu?
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, dalam mana-mana situasi, anak-anak yang tidak bersalah dan yang belum memahami apa yang terjadi itu menjadi mangsa. Jika aset penting negara tidak dijaga, maka tidak hairanlah jika anak-anak membesar dengan perasaan marah, perasaan takut, tidak mengenali jati diri, perasaan tidak peduli. Sedang kita sibuk mencari punca mengapa nilai-nilai murni semakin luntur, fikir-fikirkan adakah penerus generasi akan datang ini terbela? Jika anak-anak sendiri tak terjaga dan terbela, mungkin tak perlulah difikirkan mengenai sifat kemanusiaan.
Jangan biarkan mereka(baca:generasi akan datang) ini menanggung derita akibat kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan (baca: generasi sekarang) . Mereka amanah yang besar, yang diberikan untuk dijaga, kerana bila sampai waktunya siapa lagi yang boleh diharapkan , kepada siapa lagi patut kita wariskan bumi ini…

Monday, February 8, 2010
SOS! I can't remember things!
Are you forgetful? Finding yourself hard to memorise things, or have trouble remembering
stuffs? Ever felt that it would be wonderful to have the 4GB RAM as your short-term
memory and that 500GB hard disk of yours as your long-term memory? Well don't feel
that way. We are so much better than the computers. So how can we improve our memory? These are some tips :
1. Chunk the information
Group certain words or numbers, so that it will be easier to remember. For example, you can chunk the number 8977344 into 897 7344. Sometimes, we do chunking, but we are not aware of it. This can also be applied to types of fruits, animals and so on. When grouping, arrange the information in order.
2. Rhyming
In Malay, we don't really apply rhyming, maybe except for pantun and syair. And maybe thats why they use rhyming in these poetry work (hey and also in songs right?). Because besides that it sounds great, when the lyrics rhyme, it is also easy to memorise.
3. Recitation before you go to sleep
Before you go to sleep, relax yourself & go through the things that you want to memorise. Write it down, read it and go to sleep (Never tried this technique before, but sometimes, before I go to sleep, I will think about what to do the next day, does that count?)
4. Don't tense yourself
This often happens to us...when we try so hard to recall something, we just can't remember it. But when we don't want to think about it, then we remember. So don't tense yourself, relax and don't be anxious especially when answering your exams. Because that will make things worst.
5. Mnemonics
This is a quite popular technique. Who doesn't use this technique (especially in remembering rainbow colours - "Michael Jackson kena halau balik India Utara"). But in using mnemonics, it is better if we can visalise it.
6. Excercise
Yes, our life is hectic, but excercise does really improve our memory. Do physical exercise as well
as mental excercise (playing Scrabble, Sudoku you get the idea).
7. Ample rest & sleep
Doze off ZzZZZZZZzzzzz.......
Happy memorising! ;)
Saturday, January 16, 2010
Laughter is the best medicine!
After such a heavy topic, lets cool things off. Since it is already hot out there, I do not intend to increase the temperature. So lets talk about humor, jokes, comedy, laughter
Have you ever watched a comedy movie alone, and it didn’t even crack a smile on your face, but when you watched it again with your friends or family, suddenly it was the funniest movie ever and you laughed your head off none stop. Why? Well it seems that humor or laughter is infectious. It is contagious. When you are all alone, there is no one who can share the happiness with you. So is it true that laughter is the best medicine?
I like reading Readers Digest, and the “Laughter is the best medicine” segment would be the first part that I will be reading. The jokes never fail to make me laugh (although I’m reading alone, I’ll still laugh like crazy) and that is my monthly dose of medicine.
According to research, laughter can reduce pain, discomfort, stress (with the release of endorphins) and decrease our blood sugar level. It also helps our blood vessel function well . It also lightens your burdens, inspires hopes, connects you to others, and keeps you grounded, focused, and alert. Besides that, it boosts our immune system.
http://www.psychologytoday.com/articles/200504/laughter-the-best-medicine
http://www.helpguide.org/life/humor_laughter_health.htm
And jokes will definitely help a lot in understanding language better (this applies to smart jokes). It is actually not easy to understand jokes. There are thinking skills involved (lateral thinking skills, according to De Bono). Lateral thinking is defined as a technique of problem solving by approaching problems indirectly at diverse angles instead of concentrating on one approach at length. This can be applied to jokes as in understanding jokes, there are various angle and approach that we choose to think to understand it.
So I guess a joke or two a day will be great! Just please don’t joke about other people ok. Ready to smile & laugh :)) Check this out
Saturday, January 2, 2010
Isu Penggunaan Nama Allah
Sebelum ini saya ada menulis mengenai isu penggunaan nama Allah oleh Herald serta kaitannya dengan tauhid tiga serangkai (baca di sini). Dan seperti yang anda ketahui, Mahkamah telah memutuskan bahawa penggunaan Allah dalam Herald Tribune adalah dibenarkan.
Maka ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan menggesa raja-raja Melayu sebagai ketua agama untuk campur tangan dan ingin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Jadi, ingin saya berkomentar sedikit mengenai isu ini.
Pertama, keputusan ini telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, dan kes ini difailkan di sana dan bukannya Mahkamah Syariah. Hakimnya pon bukan pula beragama Islam, jadi apa yang anda harapkan?
Kedua, penganut agama Kristian di negara lain seperti Mesir dan Indonesia telah lama menggunakan Allah dalam Bible mereka. Jika tak percaya, anda boleh ke kedai buku, dan lihat sendiri terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia atau anda boleh lihat secara online (klik sini). Apa yang hendak dihairankan jika mereka merujuk Tuhan sebagai Allah? Bukankah Bible itupun asalnya diturunkan oleh Allah? Sepatutnya kita yang percaya dan beriman bahawa adanya kitab – Zabur, Taurat, Injil & Al-Quran sebagai pelengkap lebih memahami mengapa mereka pon menggunakan nama Allah.
Sepatutnya, jika kita dapat melihat dari sudut yang positif, bukankan ini lebih membuka ruang dakwah? Kita percaya pada Allah, mereka pun percaya pada Allah. Jadi mungkin boleh bertanya atau berdialog bertanyakan mengapa mereka percaya pada Allah, tapi pada masa sama percaya Jesus itu anak Allah, malah Jesus itu adalah Lord juga? Sedang kita percaya Nabi Isa@Jesus itu adalah rasul@utusan Allah.
Ketiga, jika benar kita bimbangkan akidah orang Islam, takut mereka terkeliru, terpedaya, terkena hasutan, diseleweng dan sebagainya oleh “orang-orang yang berniat jahat dan beragenda”, maka sepatutnya mantapkanlah diri orang-orang Islam. Apa benteng yang orang Islam patut ada? Sebelum saya akhiri penulisan saya, renungkanlah petikan ayat berikut :
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah:62)
* *Shabiin : orang-orang yang mengikuti syari'at Nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa.

Subscribe to:
Posts (Atom)