Wednesday, June 30, 2010

Pemansuhan UPSR & PMR?

Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran system pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?

Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.

Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.

Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Klik sini untuk membaca lebih lanjut

Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kea rah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.

Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. Sila klik sini untuk membaca artikel yang saya kira sangat menarik mengenai isu ini.

Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).

3 comments:

  1. aku tetap dgn pendirian aku... Pmbelajaran perlu berorentasikan peperiksaan... kalau xde batu ukur, manusia akan jadi malass....Sedangkan nak jadi cekgu, PTA, SPA punya jawatan pon kena amik peperiksaan...

    Sedangkan manusia juga menempuhi dunia yg fana ini dengan peperiksaan dan diuji oleh pelbagai ujian dari tuhan yang esa....


    *sekadar pendapat

    ReplyDelete
  2. Takpe ada pandangan tersendiri kan...aku pon tak jugak menafikan penilaian/evaluation/peperiksaan, cuma kaedah tuh yang mungkin boleh dipertingkatkan lagi supaya ia lebih adil sebab aku rasa kepandaian manusia ni berbeza2.kalau derang tak pass, terus cop as loser padahal mesti ada benda lain yang mereka good at kan. Kita memikirkan, kementerian juga yang memutuskan huhuh

    ReplyDelete
  3. hehehehe... betoL2 sokong.... ngehehehe

    ReplyDelete