Thursday, January 22, 2009

Kisah robot ~ chekukukeke (sound effect from transformers)

Bila sebut pasal robot, kita akan terfikir mengenai mende elektronik yang canggih la kan. Aaa macam ASIMO ke...ataupun robot2 yang menjalankan kerja-kerja dalam kilang tuh, computerized, programmed utk membuat tugasnya..canggih, dan berteknologi tinggi dan moden. Tapi, tau tak yang robot nih sebenanya dah lama dah ada..bkn skrg nih je. Baru tau jugak after tgk Discovery Channel (I love the whole world! Boom-de-ah-da..erk..damn this advertisement makes me wanna sing along huhu). Anyway dalam post nih nak bagi info sedikit sebanyak mengenai ancient robots nih.

1. Dalam 4BC mcm tuh, seorang pakar matematik Greek telah membuat model burung "the pigeon" yg beroperasi menggunakan wap.

2. 2000 tahun dahulu Hero dari Alexandria, Greek telah bangunkan satu mesin beroda 3(ala-ala kereta mini cmtuh) yang bergerak ikut cara mesin tersebut diprogramkan (mind you,program dengan gunakan tali2 tau..how cool is that?)

3. Al-Jazari pernah membangunkan beberapa mesin automatik, termasuk peralatan dapur (just imagine blender ke..coffee maker ke juicer ke hehe) , mesin muzik yang dijanakan oleh air dan robot humanoid berprogram (ala-ala robot yang memainkan alat muzik untuk entertain ppl) pada 1206.

4. Then, around 1495 Leonardo Da Vinci pulak sketch plan utk bangunkan humanoid robot. Tapi tak sempat buat kot.Anyhow, dia pernah buat satu robot berbentuk singa yang bergerak sendiri dan bangun, lps tuh present bunga pada King of France.

5. Jacques de Vaucanson (around 1700an) telah membuat mesin bersaiz sebenar - pemain seruling, pemain pipe dan itik.

6. Around 1800, Tanaka aka Japan's Edison mencipta mainan yang kompleks. Antaranya robot yang boleh menghidangkan teh, dan yang menulis huruf abjad Jepun (kanji).

So kesimpulannya, robot nih dah lama je ada. Nak cakap ancient pon, tak tahulah, sebab time tuh sebenanya moden je, but in their own way. Antara researcher yang buat kajian mengenai robot2 nih mengatakan cara orang2 dulu nih memprogramkan robot2 time tuh ala2 mcm computer programming sekarang nih. Bezanya adalah method, kaedah..tapi konsepnya sama. Kalau dulu gunakan tali dan gear, tapi sekarang nih guna cip la kan. Imagine tak guna bateri, elektrik. Time tuh memang mekanisme untuk gerakkan mesin guna tali, gear, wap, air dan tekanan. Dan ada yang cuba bangunkan balik robot2 lama nih, dan diakui memang susah. Jadi apa motif nak diceritakan kisah2 robot nih? Hmmm...jangan anggap orang dulu kuno? Or jangan anggap diri sendiri hebat sangat? It works either way hoho. Untuk gambar2 robot dulu2 yang menarik silalah tengok sites nih ya :

http://julianbury.com/news/files/20070704/The%20programmable%20robot%20of%20ancient%20Greece.php

http://cabinet-of-wonders.blogspot.com/2007/07/automata-in-ancient-world.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Robot

Saturday, January 17, 2009

Ice..ice bukan sebarang ice

Whatever you call it - ice, berlian, bling bling yg kita tau, harganya mahal. Sape yang kontrol harga berlian nih sebenarnya? Kalau macam emas, timah, minyak dan bahan galian lain ada stock market dia kan? comodity. Kalau diamond sape yg tentukan? Kenapa mahal sgt? Is it worth it to buy diamonds nih, after all tau tak, komponen utama berlian adalah carbon or I can say arang je. Dan pernah tak dengar, nih especially kaum wanita la ye, hehe kalau kita dh beli berlian nih, kalau nak jual balik, tak laku, ataupun harganya akan jadi jauh lebih murah betul ke?

Jadi di sini after ada tengok satu documentary about berlian nih, saya cuba cari jwpn bagi seme persoalan tuh dan ia membawa saya kepada "the diamond invention" iaitu penghasilan ide bhw berlian nih tersangat lah bernilai, sukar ditemui (rare) dan sebagai satu simbol. Kisah konspirasi, kebijaksanaan, monopoli, penipuan I mean it is a total lie and deception.OK so kisahnya mcm nih, sy ringkaskan la ye, sape2 nk tau lebih boleh tgk link di hujung post nih nnt.

Mula2 penemuan berlian nih, memang sikit je, biase la sebab tak habis explore lagi kan, tapi dlm 1870 mcm tuh, terdapat penemuan lombong berlian yg byk.So,pelabur2 risau takut harga berlian jatuh, jadi mereka bersatu tubuhkn satu entiti yg boleh kontrol penghasilan dan menghasilkn ilusi bhw terdapat hanya sedikit sahaja berlian di dunia nih (scarcity/rare), so tertubuhlah De Beers. "Diamond invention" nih bkn hanya untuk monopoli harga berlian, tapi merupakan satu cara untuk promote berlian nih dan jadikan dia satu ikon/simbol.Jadi apa mereka buat? Advertise! Dgn tagline "diamonds are 4ever" tuh, advertisement besar2an dilakukan utk convince orang to view berlian as a symbol of love, dan satu mende yg wajib utk engagement dan di sinilah peranan selebtriti hoho. Dan memang advertising nih sgt berkesan. Sebab kirenye b4 diadvertise, org xde la minat sgt kt berlian nih, tp bila hari2 di'basuh' dan org sekeliling seme berfikiran sama, it became a trend dan ia merebak from US to UK to Japan dan tpt2 lain.

So, after berlian nih kirenye laku la kn, some kind of control mechanism kene dibuat. Macamana kalau pengeluaran berlian melebihi permintaan? Mereka akan kurangkan/sekat pengeluaran atau beli berlian di pasaran dgn harga borong. That way, akan npk ilusi kestabilan harga berlian tuh.Jadi untuk menjwb persoalan kalau nak jual balik berlian , tak laku, ataupun harganya akan jadi jauh lebih murah betul ke? Terdapat beberapa kajian dilakukan dan memang betul sangat2. It is a fact! Sampaikan nak cari pembeli pon susah, dan harganya memang jauh lebih rendah (baca artikel untuk tau lebih lanjut or if you don't believe me). Tapi mende nih memang akan disorokkan utk elakkan kebanjiran berlian/ketidaklakuan berlian/tiba2 org rmi nak jual balik berlian yg akan sbbkn chaos. Sebab berlian was never invented to be sold back! Ia tak diadakan untuk dijual balik, it is 4ever yours! haha seswai kan
tagline tuh.

Dan De Beers nih memang akan sentiasa keep track of tempat2 yg ada berlian nih and konker. Cth afrika, canada dll. Ironik kan? Afrika ada banyak berlian (almost 49% berlian dr sana) tapi still krisis kelaparan tak setel2 pon. So are diamonds really rare? Hmmm..try nak cari brp byk sebenarnya jumlah berlian kt dunia nih sebenarnya, tapi x jumpa (cuba try search & bagitau aku klu jp ok. dh try search "are diamonds rare" "scarcity of diamonds"), adakah betul2 rare atau the scarcity tuh sengaja diadakan. haih...of kos la derang xkn reveal kn...btw, skrg sintetik berlian pon dh ade. sintetik berlian nih, mcm cth kalau mutiara tuh ada yg ternak kan, lebih kurang mcm tuh. so judge it yourself is berlian still worth it? And sebenarnya banyak lagi ke mende dalam dunia nih yang dikawal, dimonopoli, disekat mcm nih? What is this world made of? lies? deception? Di mana manusia terus dikaburi @ disekat @ digula-gulakan...

The Atlantic - Diamond
Wikipedia - Diamond
Wikipedia - De Beers
Diamond monopoly

Thursday, January 8, 2009

Palestin - a hot & cold issue?

Sebenarnya kalau boleh macam taknak je tulis pasal Palestin nih. Sebab saya tahu end up nya adalah sama. Satu isu yang dah lama, dan ada pasang surut, Bila time2 mcm nih, mmg la hot kan cerita tuh. Dengan kutuk-mengutuk, mencaci, mencerca, mengata, menderma, berkempen, memboikot, bersidang, bercakap macam-macam lah. Tapi tak setel pon...lama2 jadi? cold, basi, perkara normal and the cycle will continue...

Seriously sebenarnya dah tak mampu dah nak tengok berita Palestin nih. Tak terkata dah. Sampai bila? Nak tunggu sape? Ade saviour ke..atau diri sendiri yang kene save ourselves and save the world? Kadang-kadang manusia memang mudah meletakkan kesalahan dan tanggungjawab pada orang lain... Tapi kalau fikir2 nih salah sape? Tanggungjawab sape? Segelintir pihak je ke?

Bila umat Islam tuh nak realize yang kita ni ramai tapi....okla, sape pernah tengok "A bugs life"? Cerita yang simple je tapi membawa maksud yang dalam. Setiap musim panas, semut2 akan kumpulkan makanan double, untuk mereka dan jugak untuk geng belalang. Kiranya semut nih menjadi hamba pada belalang nih. So bila tiba masa belalang nih datang nak ambik mknn, sekali ada seekor semut nih buat slack, abis seme mknn. Belalang marah dan bagi tempoh masa untuk dptkn jgk mknn. Dan semut yang buat slack nih tak setuju. Dia sorang tentang cakap belalang dan nak buat perubahan. Last2 dia kena halau. Belalang nih pulak kira after some time mcm dh lupa la kes semut nih, and dah jumpa port baru, mknn cukup untuk winter, tapi still ketua dia suruh jugak pergi amik mknn semut sbb ape? To keep them in order! Supaya semut2 nih forever jadi hamba. Tapi cut the story short, semut yang dihalau tuh berjaya buat the whole colony of semut2 realize yang derang tuh ramai dan boleh tentang belalang nih TOGETHER.

Kalau usaha seorang, memang susah. Tapi kalau sama2, baru ada hasilnya. Sebab sepatutnya matlamat adalah sama kan, kita nak keamanan, kesejahteraan. Saya ambil pulak analogi bola sepak for those yang minat bola hehe. Ok, untuk satu team bola, tugas menjaringkan gol sape? Adakah tugas striker je? Ataupun the whole team? Matlamat satu team untuk gol, dan menang, so of course it is a teamwork. Walaupun setiap player berbeza tugas - goal keeper, defender, striker, midfielder tapi kemenangan dan kejayaan hasil kerja seme. Bukan tugas satu individu je. So, kalau training, seme kene turun training. Dan kalau ada match, seme kene standby and perform the best. Mana bole goal keeper je mantap training bagus seme kan , yang lain hampeh...tak jadi...

Dan satu lagi point penting, apa terjadi kalau ada player tuh penat ataupun injured? Aaa ade substitute kan? Ada player lain menggantikan player yang dah tak bole perform dengan baik. So sama jugakla macam kalau kita tengok zaman kegemilangan Islam dulu, ramai yang hebat2 sampai dikagumi dunia barat.Sekarang nih? Sebabnya tak ada pelapis, pengganti..so lama2 kalau macam contoh tadi main bola kan, boleh ke kalau takde substitute? Team tuh nanti akan penat, lemah, kalah. Dan bila dan lemah tuh yang bergaduh antara players, dgn manager dgn owner. Nampak tak kaitan dia?

Nih sorotan daripada post lepas, tapi more spesifik untuk umat Islam. Bila lagi? Jangan sampai it is too late to do anything. Cukup2 la tuh kita terlalai dan terleka, berada in our confort zone.Dah lama sangat dah kita tidur. Its time to wake up and do our part. Sekarang dunia memang tak tahu nak cakap apa. perang, economic crisis, pembuangan pekerja, rompak dan lain-lain sebab one problem will lead to another. Maybe kita akan survive lagi this catastrophic time macam tahun 1997 just take it for granted and hope everything will fall back into place , tapi boleh ke sape2 bagi jaminan? So macamana nak unite? What can you do to unite? Sejauh mana kesanggupan untuk unite ?...

Saturday, January 3, 2009

Finding unity - Jewish, Christianity, Islam

Tiba-tiba bila baca balik post-post yang lama, saya sampai pada post di mana saya ada mengatakan nak buat post mengenai interfaith comparison nih kan. Especially baru-baru nih Palestin terus diserang, jadi, saya ada buat research dan summarize so hopefully post nih dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berguna bagi para pembaca.

Di sini saya ingin fokus pada 3 agama samawi iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam. Sebenarnya sedar tak sedar, memang banyak persamaan antara ketiga-tiga agama nih. Tapi apa yang terjadi sekarang nih, sampai ketiga-tiga penganut agama nih bergaduh, berperang dan macam-macam lagi la kan? Tapi apa yang dikatakan tu based on apa? Kitab-kitab ke? atau persangkaan semata? Masing-masing saling tuduh menuduh mengatakan itu dan ini mengenai setiap agama. Yelah, sedangkan seagama pon boleh tak sefaham, macamana pulak la bila berlainan agama kan. Sebenarnya to tell the truth, saya pon ada persepsi negatif terhadap penganut agama lain nih, tapi after dah buat research, minda jadi lebih open dan lebih jelas.

Jadi, sebagai orang Islam, kita memang mengakui adanya kitab-kitab terdahulu; kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa dan juga kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa. Kitab terakhir, Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah sebagai pelengkap kepada kitab-kitab terdahulu. Kita juga percaya adanya nabi-nabi terdahulu daripada Adam hinggalah kepada Rasulullah.

Sebenarnya kalau trace back,ramai nabi-nabi terdahulu dari kalangan bani Israel. Nabi Ibrahim dianugerahkan nabi Ismail dan Ishak Bani Israel nih gelaran yang diberikan kepada nabi Yaakub, iaitu putera nabi Ishak dan keturunannya yang ada sebahagiannya menjadi Rasul juga - Daud (David), Sulaiman (Soloman), Musa (Moses), Harun (Aaron), Zakaria, Yahya (John, yg juga dikenali John the baptist) dan termasuklah nabi Isa (Jesus) yang juga berketurunan bani Israel. Manakala Rasulullah pula daripada susur galur nabi Ismail. Kalau lihat memang bersaudara pon kan asalnya. Sebab tuh kalau search, ketiga-tiga agama nih ada yg panggil Abrahamic religions, starting from nabi Ibrahim.

Tapi macamana pulak boleh jadi agama-agama berbeza kalau asalnya sama? Actually sekarang nih pon, kalau kita lihat agama jewish dan christian yg orthodox (kalau tengok orthodox nih mcm perkataan x best kn, kuno cmtuh, but it really means yg asal, yg original) , memang ada persamaan dengan Islam. Kepercayaan, ritual ibadat memang ada persamaan . Tapi sebab ada bahagian-bahagian dalam Taurat (Torah, dlm parts of bible pon ada ayat-ayat dari Taurat dimasukkan dalam Old Testament) dan Injil yg di ditukar, ditambah dan diubah so jadilah seperti apa yg dpt dilihat hari nih.

Bila research, memang dari segi akidah pada asalnya sama, percaya pada Tuhan, rasul-rasul, kitab, kiamat dan ibadat pon sama juga mcm contoh solat kan. Dekat sini saya ada jumpa links daripada Youtube mengenai cara solat Jewish dan Christian Orthodox. Cuba tengok

Solat ancient Jew
Solat ancient Christian

Ada similarity kan? Kemudian macam puasa dan zakat pon ada jugak, tapi masing-masing dengan cara yang lain. Sebenarnya banyak lagi, kalau tengok pulak dari segi peraturan, pakaian pon ada persamaan jugak (lihat pada orthodox jewish & christian - rahib2, cuba search derang pon pakai "tudung" jugak) . Dan ada yang orthodox sampai kemodenan terus ditolak no televisyen, computers. Dan kalau nak kata "Tapi sekarang nih kalau tengok orang Yahudi dan Nasrani tak folo agama diorang pon...ada je yang buat kerosakan...ada je yang tak ikut hukum diorang.." kita yang mengaku Islam nih macamana pulak?

Jadi berbalik kepada persoalan kenapa sekarang nih jadi macam nih, keadaannya kan? Sebenarnya semakin banyak kaji, faham cari ilmu tuh makin jelas jawapannya. So selama nih tak ramai yg realize ke? Tak nak realize? Selama nih tak ada ke yang cuba mencari persamaan yang ada? Bukan kah apa yang kita nak dalam dunia nih keamanan, kesejahteraan - ISLAM tuh? So adakah kesejahteraan...keISLAMan tuh start daripada Rasulullah? ataupun dah lama sebenanarnya? Kalau macam tuh, sape pulak yang bagi nama agama Yahudi(Judaism) dan Nasrani(Christianity) nih? Kalau ramai yg nak hidup aman sejahtera...kenapa masih macam sekarang nih keadaan dunia?

Jadi, persoalan-persoalan nih berbalik semula kepada manusia tuh sendiri. Bukan agama tuh yang menjadi masalah, manusia tuh sendiri punca permasalahan. Macamana kita sebagai hamba kepada yang Maha Berkuasa, Tuhan, God, Ilah, Rabb menjalankan perintahnya...

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.-Al-Baqarah, 2:62-

Mungkin banyak lagi yang boleh dikupas. Tapi sebab panjang sangat post saya kali nih. Kalau ada lagi info saya akan share kemudian.