Showing posts with label Review Buku. Show all posts
Showing posts with label Review Buku. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Review Laskar Pelangi


Saya yakin ramai yang pernah dengar lagu Laskar Pelangi oleh Nidji, tapi bagaimana dengan filemnya? ataupun novelnya? Jadi di sini ingin saya kongsikan mengenai karya sulung Andrea Hirata ini. Laskar pelangi merupakan novel kedua dari seberang yang telah saya baca setelah Ayat-ayat Cinta. Untuk membandingkan keduanya, mungkin tidak adil kerana masing-masing berada dalam kelas tersendiri. Pengisian yang diperolehi juga berbeza. Namun entah mengapa, saya lebih menggemari Laskar pelangi.


Mengisahkan mengenai kisah suka dan duka, pahit manis 10 + 1 pelajar-pelajar di sekolah Muhammadiyah, Belitong yang diceriterakan dengan baik sekali oleh Andrea sehingga karakter setiap pelajar digambarkan dengan berkesan. Sesuai dengan tajuknya, laskar pelangi. Pelangi..penuh warna warni, kisah pelajar-pelajar yang pelbagai ragamnya. Saya amat tersentuh dengan watak Ikal, Mahar dan Lintang.

Ikal merupakan tukang cerita dalam novel ini. Ia bercerita dari sudut pandangan matanya yang meihat watak orang di sekelilingya - guru, rakan sekelas dll. Mahar pula merupakan seorang pelajar yang sarat dengan ide-ide kreatif,kesenian dan kebudayaan. Dia juga amat berminat untuk mengkaji unsur-unsur mistikal. Seterusnya Lintang, yang merupakan seorang pelajar genius, sanggup meredah 80km demi ilmu dengan berbasikal walaupun hidupnya serba daif dan kekurangan. Di sini saya melihat ada keseimbangan, yin dan yang, otak kiri dan otak kanan antara watak Mahar dan Lintang. Mungkin hendak ditunjukkan kepandaian manusia itu berbeza-beza, kita yang harus mencari potensi diri.

Secara keseluruhannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis adalah perbezaan taraf sosial, kemiskinan, diskriminasi dan tekanan hidup merupakan cabaran dalam pendidikan. Di sebalik kisah suka duka zaman persekolahan yang mereka lalui...bagaimana masa depan mereka..itu antara persoalan yang dirungkai oleh penulis di akhir novel ini. **** bintang!

Thursday, October 15, 2009

Novel Review - To Kill a Mockingbird


Ok, so now as I said that I will be reviewing on some books that I have read and this time it will be a classic novel. Ok…just kidding, modern classics actually. Don’t bother asking me about classics. I’ve tried but failed miserably. Tried to read Count of Mount Cristo, tried reading Tom Sawyer, Pride & Prejudice….nope..I just can’t. I’ll try again from time to time in case I can somehow finish those so called classics..must read books. Anyway, lets get to this modern classic, To Kill a Mockingbird by Harper Lee. This is the one and only novel written by this author that later on won her the Pulitzer prize.

What’s interesting about this novel is that although it tells the readers about serious matters and issues such as humanity, racism, social problems and so on in this small American town, Maycomb, Alabama, but it is presented through the eye and thought of a little girl nicknamed Scout ( Jean Louise is her real name). She has an older brother, Jem and their father, Atticus is a lawyer.

Atticus was presented with a case whereby he had to defend a black guy that was accused of raping a white woman. So here we can see the conflict within the black and white people of Maycomb and how Atticus and the kids handled the situation. So in this periode of time where the white supremacist were dominant and the gap between the white people and the African American is still wide, what will happen to that guy? Read this novel to find out.

And you know why the novel is entitled “To Kill a Mockingbird?”. Well to tell you the truth even at the very last page of this book, I couldn’t figure out why it was given that title. Untill I searched for it in Wikipedia (Mind you DON'T open this link if you don’t like spoilers, will totally ruin the reading pleasure). Maybe I was reading this book hastily. That is always the problem with me when it comes to reading. Tend to forget that it is not the ending that really matters, but the whole story itself.

In conclusion this novel teaches you the important of family ( in this case, how Atticus and their maid influenced Scout and Jem, teaching them about life), humanity and society. And although this novel was published a long time ago (1960), but it still reminds me that the racial barrier is still there. We still have our preferences towards people alike. Hey, but I guess that is not even true. I mean even people of the same race and religion find it difficult to agree with each other…

“There is only 1 race, the HUMAN race” – Margerat Atwood

“Why can’t we see, that when we bleed, we bleed the same…” - Muse, Map of the Problematique

Tuesday, September 29, 2009

Review Novel Tuhan Manusia

Rasa macam nak buat satu ruangan review dalam blog nih untuk mereview buku-buku dan bahan bacaan lain serta dokumentari, drama dan filem yang dirasakan menarik. Kadang-kadang bila dah ada collection buku yang kita baca, nanti lupa pulak kan. Kalau yang dibeli tuh boleh tahan lagi, boleh belek-belek semula. Kalau dipinjam dari member atau disewa, dh rasa rugi pulak. Tambahan pula, summarize bahan bacaan nih antara kelemahan juga. Bila dah habis baca, tak reti nak ringkaskan dan bagi komen yang berpatutan. So just bare with my writings k. Dan untuk berlaku adil, review bagi bahan bacaan berbahasa melayu akan dibuat dalam bahasa melayu, manakala bahan bacaan dalam bahasa inggeris akan direview dalam BI. Bahasa lain, blom lagi hehe.


Ok, jadi saya akan mula dengan buku bertajuk "Tuhan Manusia" oleh Faisal Tehrani. Ini sebenarnya merupakan karya kedua yang saya baca dari penulis ini. Terima kasih kepada sahabat2 di Goodreads kerana memperkenalkan saya kepada karya2 beliau.Sebelum ini, memang saya agak kurang membaca novel2 melayu. Jiwang sangat! Kecuali beberapa pengarang, novel melayu lain memang jarang dibaca dan pengarang ni memang berjaya membawa satu kelainan dalam dunia penulisan melayu yang dah tepu dengan bahan bacaan berunsurkan cinta tak abih2.

Cerita ini mengisahkan mengenai kisah Ali Taqi berdepan dengan kemurtadan abangnya, Talha yang terpengaruh dengan ideologi pluralism. Ali Taqi ni confuse dan cuba mencari jawapan bagi bermacam persoalan mengenai kemurtadan abang dia. Bagi mereka yang kurang arif dgn pluralisme, ideologi ini mengatakan bahawa semua agama itu sama, lampunya sahaja berbeza, tetapi cahayanya adalah sama. Saya juga ketika membaca novel ini hanya berjumpa sekali dua dengan istilah pluralisme ini. Tapi melalui pembacaan sedikit sebanyak sebelum ini, mereka mempertikaikan Islam atau mana-mana agama sebagai yang benar. Semua agama dianggap sama. Ini kerana tidak mungkin hanya spesifik satu agama sahaja yang membolehkan penganutnya ke syurga, manakala penganut lain ke neraka. Bagaimana pula dengan penganut agama lain yang baik seperti mother theresa misalnya, adakah mereka akan ke neraka?

Bagi saya, melalui kajian serba sedikit yang dijalankan mengenai agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, kesemua agama mengajak manusia ke arah kebaikan. Tiada agama yang menyuruh penganutnya membuat kejahatan. Ada agama yang menyuruh manusia mencuri? Ada agama yang suruh penganutnya membuang anak? Membunuh orang lain? Takde pon. Agama buatan manusia je yang membenarkan seme kejahatan tuh berlaku..atas kezaliman manusia tu sendiri. Jika semua orang mengikut dengan betul agama masing-masing, bagi saya mereka akan berjumpa juga dengan agama yang betul itu. Bukankah kebaikan itu Islam, bukankah saling mengasihi sesama manusia itu Islam, bukankah keadilan itu Islam, bukankah keamanan dan kesejahteraan itu Islam?Soal syurga dan neraka itu, biarlah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil itu tentukan. Bukan ahlinya kita ini untuk menentukan semua tu kan?

Jadi, novel ini banyak membuka minda, membuatkan kita tertanya, menyoal diri sendiri di mana duduknya agama kita..mengenai isu murtad, Islam Liberal serta ideologi pluralisme itu sendiri dalam cara yang lebih senang difahami berbanding kalau baca buku rujukan, sebab nih novel. Jadi memang saya sarankan, bacalah novel ni, tak rugi :D

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."