Wednesday, October 31, 2012

Alternatif rawatan rambut - No poo!

No poo? mula-mula baca ingatkan taknak buang air ke apa (poo as in **hi kan?) . Rupanya ini merupakan satu kaedah untuk mencuci rambut tanpa menggunakan shampoo dan produk2 komersial. Kalau mengikut bacaan dalam web, banyak bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam syampu. Antaranya SLES (Sodium Laureth Sulphate) atau adik beradik dia Sodium Lauryl Sulphate. Tak percaya cuba semak syampu anda sekarang, mesti ada. Kesan SLES ni: boleh menyebabkan radang pada mata dan kulit dan keguguran rambut. Lagipun syampu nih fungsi dia untuk membersihkan rambut dengan membuang segala minyak dan kotoran termasuklah minyak yang dihasilkan oleh folikel secara semulajadi. Bila minyak semulajadi tiada, folikel akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan balik minyak yang dibersihkan tadi. Jadinya, semakin kerap dicuci, kebarangkalian untuk mendapat kulit kepala yang berminyak adalah lebih tinggi.Sebenarnya kalau kita tak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh, bersyampu 2 kali seminggu adalah memadai.Tapi bila pengeluaran minyak kulit kepala sudah tidak stabil, jadinya kita kerap bersyampu.

Jadi apa kata kita cuba metod no-poo nih. Pertama sekali, bilas rambut. untuk syampu, campurkan 1 sudu besar soda bicarbonate (baking soda) bersama setengah cawan air. Lumurkan pada rambut dan urutkan pada kulit kepala. Bilas rambut.


Untuk perapi rambut, campurkan 1 sudu besar cuka epal (apple cider vinager) bersama setengah cawan air dan lurutkan pada rambut (rambut sahaja, bukan kulit kepada). Bilas bersih dan siap! Seriously, mula-mula cuba kaedah ni ingatkan tak berkesan, rupanya memang terbaik! Kepala rasa bersih, dan rasa macam pakai perapi rambut komersial. Bagi yang mungkin tak jumpa cuka epal atau tak suka bau dia yang agak menyengat, boleh gantikan dengan jus lemon :)




2 minggu sekali boleh adakan rawatan rambut. Rasanya ni ramai yang tau kot. Kita boleh bilas rambut dengan pati santan atau boleh gunakan juga kuning telur.

           
 Image courtesy of Suat Eman       Image courtesy of winnond  
/ FreeDigitalPhotos.net                   / FreeDigitalPhotos.net

Sapu pada rambut, biar selama 20 minit dan cuci bersih mengikut cara di atas. Hasilnya, rambut yang bersih dan sihat tanpa penggunaan bahan kimia bahaya. Dalam masa sama, dapat juga jimatkan duit.Selamat mencuba!

Tuesday, September 18, 2012

Alternatif bahan semulajadi untuk produk kosmetik

Wanita (lelaki juga) pasti mahu kelihatan cantik/kacak. Emm ok where am I going with this post? Adakah safaju sudah beralih arah dengan mengetengahkan isu kecantikan? Ohh baca habis dulu ok. Orait, so sekarang terdapat banyak produk kecantikan daripada yang asas (cleanser, krim pelembap, toner, scrub) sampai ke mascara, lipstick, syampu dan lain-lain.

Saya yakin ramai yang menjadi pengguna produk yang berada di pasaran. Namun adakah anda sedar akan kandungan bahan kimia yang berbahaya di dalam produk tersebut terutamanya jika digunakan untuk jangkamasa yang panjang.Antaranya adalah lead, bahan karsinogen dan parabens. Melihat label di belakang produk sahaja kita dapat mengetahui betapa banyaknya bahan kimia yang kita sendiri tidak ketahui .

Jadi apakah alternatifnya? Saya juga baru saja berjinak-jinak menggunakan bahan alami untuk menggantikan produk kosmetik di pasaran. Kita cuba ubah sedikit-sedikit.Lagipun bahan-bahannya amat mudah diperolehi, bahan-bahan dapur asas je.

1. Pencuci muka:

  










1 sudu kecil madu + 1 sudu besar susu/yogurt/krim + 1 sudu besar jus lemon

Campurkan, dan lumur pada muka serta bilas bersih. Madu boleh melembabkan kulit dan bersifat antibiotic. Susu dan produk tenusu yang lain dapat membuang kekotoran (minyak, debu, make up). Gunakan susu segar atau full cream milk ok. Manakala jus lemon mengandungi vitamin C  dan kerana ia bersifat asidik, ia juga dapat bertindak sebagai pemutih muka semulajadi.

2. Scrub :

  











Campurkan 1 sudu besar madu bersama 1 sudu kecil gula kastor(yg halus tuh), dan 1 sudu kecil oat.

Lumurkan dan gosokkan pada muka. Gula halus bertindak sebagai penyental semulajadi manakala oats dapat menyerap lebihan minyak pada muka.

InsyaAllah dalam post ke depan, saya kongsikan pula resepi toner dan pelembap semulajadi pula :)

Wednesday, August 1, 2012

Lakonan Manusia (Part II)

Ok jadi kita ke bahagian ke dua Lakonan Manusia. Sikap manusia itu tidak pernah constant atau static. Sememangnya ia akan berubah mengikut keadaan, mengikut waktu dan persekitaran. Ya, itu semua boleh menjadikan manusia berubah dari jahat ke baik atau sebaliknya. Jadi, untuk mengatakan bahawa hanya ada satu sifat manusia mungkin tidak tepat. Sikap juga boleh berubah jika latihan dilakukan. Misalnya dari seseorang yang tidak berkeyakinan, jika diberikan tunjuk ajar dan didedahkan dengan public speaking/latihan komunikasi dan etika sosial boleh menjadi seorang PR yang bagus.

Maka, dengan itu persoalan mengenai berapa lama yang perlu diambil untuk mengenali seseorang bagi penulis adalah seumur hidup! Kadangkala kita merasakan bahawa kita sudah lama mengenali individu tersebut, namun sebenarnya banyak lagi yang belum diketahui kerana di dalam kehidupan ada asam garamnya.Mungkin kita kenali dia ketika dia senang, sihat dan muda. Belum tentu sikapnya ketika itu sama jika ada cabaran yang datang menimpa.

Jadi mungkin itulah sedikit sebanyak mengenai persoalan sikap dan sifat manusia yang dapat dikongsikan. berdasarkan pandangan peribadi. Sikap manusia berpandu kata, kata manusia berpandu hati. Apa jua yang ditampilkan merupakan apa yang ada di dalam hati. Jika baik hati itu, maka baiklah perilaku. 'Lakonkan' apa yang dirasa di dalam hati. Hati yang berpandu Ilahi 

Wednesday, July 18, 2012

Lakonan Manusia (bhgn I)

Berjumpa dengan pelbagai jenis manusia membuatkan aku berfikir adakah sikap dan perangai yang mereka tonjolkan itu merupakan sikap sebenar mereka ataupun mereka hanya berlakon semata? Adakah perlakuan kita dengan orang di sekeliling kita cerminan kepada diri kita yang sebenar atau kita hanya berlakon untuk mengambil hati/kelihatan hebat/cover line dan pelbagai alasan yang lain? Mengapa kadangkala kita bersikap baik di hadapan sesetengah orang, orang tua kita misalnya atau mertua (haruslah kan) dan adakah itu dianggap berlakon? Atau kali pertama bertemujanji, mestilah mahu berdandan segala bercakap yang baik-baik, kelakuan tertib, serba-serbi dijaga tapi di masa kedepan dah tak begitu rigid, malah kadangkala dah tak terjaga langsung.Sebagai guru contohnya, adakah kita benar-benar ikhlas dan bersikap jujur mahu melayani setiap kerenah murid atau terpaksa berlakon? Jadi berapa lama sebenarnya yang diperlukan untuk kita betul-betul mengenali sikap sebenar seorang manusia? 1-2 tahun? Berapa lama pula yang diperlukan untuk diri kita menunjukkan sikap sebenar kita ? (jikalau wujud apa yang  boleh didefinisikan sebagai sikap sebenar).

Secara umum, boleh dikatakan manusia ini sikapnya bagaikan sesumpah. Ia bertukar mengikut keadaan, tempat, waktu tertentu. Dari kecil dan apabila menuju alam dewasa, semestinya boleh dilihat perubahan sikap (jikalau tiada maka boleh dikatakan sebagai bersikap keanak-anakan). Kita mungkin bersikap garang dan tegas di pejabat, namun dengan anak-anak, boleh bersikap lembut.Di hadapan orang tua kita akan tunjukkan sikap yang terbaik, yang tidak baik mungkin hanya diketahui oleh teman-teman rapat di sekeliling. Mungkin niat kita baik, tidak mahu mereka susah hati kerana kita mampu menyelesaikan masalah tersebut. Jadi kita pun berlakon seolah tiada apa-apa masalah. Manusia juga boleh berubah sikap terutamanya apabila diberikan tekanan - masalah kewangan, kehilangan orang tersayang, dibuang kerja dll. Kadangkala sikap yang ditonjolkan tidak mencerminkan perasaan sebenar di hati, namun ia lebih kepada apa yang mampu dikawal oleh otak. Contohnya, walaupun hati rasa marah, rasa nak lempang  dan sebagainya, namun otak kita mengatakan jangan! Jadi kita mampu untuk bertindak secara rasional.Jadi lakonan untuk kelihatan cool itu sebenarnya adalah sesuatu yang bagus? Atau tatkala kita menghadiri temuduga/berjumpa dengan orang baharu, kita mencuba sebaiknya untuk menjadi yang terbaik/teramah. Kita mahu kelihatan presentable. Mungkin kita tidak suka pun beramah-tamah, tapi sekurang-kurangnya kita berlakon supaya tidak kelihatan kekok.

Jadi kesimpulan untuk bahagian 1 ini, manusia berlakon mengikut keadaan atas dasar peribadi/keluarga/kerja/kerasionalan/tidak kelihatan kekok. Dalam post seterusnya - wujudkah sikap sebenar & berapa lama diperlukan untuk mengenali sikap sebenar seseorang(bersambung...).

*Something to ponder till next post; berlakon in English is act.We do have to act to make things done right?