Cerita ini mengisahkan mengenai kisah Ali Taqi berdepan dengan kemurtadan abangnya, Talha yang terpengaruh dengan ideologi pluralism. Ali Taqi ni confuse dan cuba mencari jawapan bagi bermacam persoalan mengenai kemurtadan abang dia. Bagi mereka yang kurang arif dgn pluralisme, ideologi ini mengatakan bahawa semua agama itu sama, lampunya sahaja berbeza, tetapi cahayanya adalah sama. Saya juga ketika membaca novel ini hanya berjumpa sekali dua dengan istilah pluralisme ini. Tapi melalui pembacaan sedikit sebanyak sebelum ini, mereka mempertikaikan Islam atau mana-mana agama sebagai yang benar. Semua agama dianggap sama. Ini kerana tidak mungkin hanya spesifik satu agama sahaja yang membolehkan penganutnya ke syurga, manakala penganut lain ke neraka. Bagaimana pula dengan penganut agama lain yang baik seperti mother theresa misalnya, adakah mereka akan ke neraka?
Bagi saya, melalui kajian serba sedikit yang dijalankan mengenai agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, kesemua agama mengajak manusia ke arah kebaikan. Tiada agama yang menyuruh penganutnya membuat kejahatan. Ada agama yang menyuruh manusia mencuri? Ada agama yang suruh penganutnya membuang anak? Membunuh orang lain? Takde pon. Agama buatan manusia je yang membenarkan seme kejahatan tuh berlaku..atas kezaliman manusia tu sendiri. Jika semua orang mengikut dengan betul agama masing-masing, bagi saya mereka akan berjumpa juga dengan agama yang betul itu. Bukankah kebaikan itu Islam, bukankah saling mengasihi sesama manusia itu Islam, bukankah keadilan itu Islam, bukankah keamanan dan kesejahteraan itu Islam?Soal syurga dan neraka itu, biarlah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil itu tentukan. Bukan ahlinya kita ini untuk menentukan semua tu kan?
Jadi, novel ini banyak membuka minda, membuatkan kita tertanya, menyoal diri sendiri di mana duduknya agama kita..mengenai isu murtad, Islam Liberal serta ideologi pluralisme itu sendiri dalam cara yang lebih senang difahami berbanding kalau baca buku rujukan, sebab nih novel. Jadi memang saya sarankan, bacalah novel ni, tak rugi :D
"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
No comments:
Post a Comment