No poo? mula-mula baca ingatkan taknak buang air ke apa (poo as in **hi kan?) . Rupanya ini merupakan satu kaedah untuk mencuci rambut tanpa menggunakan shampoo dan produk2 komersial. Kalau mengikut bacaan dalam web, banyak bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam syampu. Antaranya SLES (Sodium Laureth Sulphate) atau adik beradik dia Sodium Lauryl Sulphate. Tak percaya cuba semak syampu anda sekarang, mesti ada. Kesan SLES ni: boleh menyebabkan radang pada mata dan kulit dan keguguran rambut. Lagipun syampu nih fungsi dia untuk membersihkan rambut dengan membuang segala minyak dan kotoran termasuklah minyak yang dihasilkan oleh folikel secara semulajadi. Bila minyak semulajadi tiada, folikel akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan balik minyak yang dibersihkan tadi. Jadinya, semakin kerap dicuci, kebarangkalian untuk mendapat kulit kepala yang berminyak adalah lebih tinggi.Sebenarnya kalau kita tak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh, bersyampu 2 kali seminggu adalah memadai.Tapi bila pengeluaran minyak kulit kepala sudah tidak stabil, jadinya kita kerap bersyampu.
Jadi apa kata kita cuba metod no-poo nih. Pertama sekali, bilas rambut. untuk syampu, campurkan 1 sudu besar soda bicarbonate (baking soda) bersama setengah cawan air. Lumurkan pada rambut dan urutkan pada kulit kepala. Bilas rambut.
Untuk perapi rambut, campurkan 1 sudu besar cuka epal (apple cider vinager) bersama setengah cawan air dan lurutkan pada rambut (rambut sahaja, bukan kulit kepada). Bilas bersih dan siap! Seriously, mula-mula cuba kaedah ni ingatkan tak berkesan, rupanya memang terbaik! Kepala rasa bersih, dan rasa macam pakai perapi rambut komersial. Bagi yang mungkin tak jumpa cuka epal atau tak suka bau dia yang agak menyengat, boleh gantikan dengan jus lemon :)
2 minggu sekali boleh adakan rawatan rambut. Rasanya ni ramai yang tau kot. Kita boleh bilas rambut dengan pati santan atau boleh gunakan juga kuning telur.
Image courtesy of Suat Eman Image courtesy of winnond
/ FreeDigitalPhotos.net / FreeDigitalPhotos.net
Sapu pada rambut, biar selama 20 minit dan cuci bersih mengikut cara di atas. Hasilnya, rambut yang bersih dan sihat tanpa penggunaan bahan kimia bahaya. Dalam masa sama, dapat juga jimatkan duit.Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment