Wednesday, November 4, 2009

"Baby Boom", X, Y & Z



Generasi "Baby Boom" (tak pasti terjemahannya dalam B. Melayu tuh apa), Generasi X...Generasi Y..Generasi Z.. Generasi berbeza, yang sudah semestinya ada nic mereka sendiri, pendapat mereka sendiri, pemahaman dan pemikiran mereka masing-masing. Bagi mereka yang mungkin tidak begitu arif dengan istilah-istilah ini, harap penerangan ringkas berikut dapat membantu




Disebabkan apa yang dialami oleh setiap generasi itu berbeza, maka, bolehlah dikatakan corak pemikiran, sikap dan tingkahlaku turut mempunyai perbezaan. Ini amat ketara antara Generasi "Baby Boom", X dan Y (Generasi Z kecik lagi kan).

Sebagai contohnya, mungkin di zaman "Baby Boom" kebanyakan ibu mereka tidak bekerja (suri rumah), masih duduk dalam persekitaran luar bandar kerana pembangunan belum lagi begitu pesat, ketiadaan peralatan digital - PC, internet, ipod, satelite TV. Generasi X pula saya nampak seolah satu transition daripada "Baby Boom" kepada Y. Kepada satu generasi di mana pembangunan sudah semakin pesat, dunia tanpa sempadan, telekomunikasi tanpa talian dan segalanya mahu didigitalkan.

Memang berbeza. Saya rasa kesan yang paling besar adalah dari aspek media, di mana maklumat dapat diperolehi dan disampaikan dengan pantas. Tidak perlu tunggu suratkhabar lagi untuk mengetahui sebarang berita, berita di TV pon kalau tak ditonton, sudah tahu apa yang hendak dibicarakan dengan hanya satu klik sahaja. Sumber yang boleh dirujuk pula amat meluas. Sumber dalam negara, luar negara,Twitter, facebook, Blogs, malahan emel pon mungkin boleh saja diletakkan dalam kelompok media konvensional.

Ini menjadikan Gen Y lebih terbuka, kerana didedahkan dengan pelbagai maklumat dan merupakan salah satu contoh perbezaan dalam generasi yang wujud sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi sudah wujud konflik perbezaan di antara generasi tua dan muda ini. Kaum tua VS Kaum muda, familiar kan? Jadi tidaklah hairan mana sekiranya sejarah ini berulang. Tak kisahlah dari aspek sosial ke, politik ke, dekat opis ataupun di sekolah ke, memang akan ada gap ni.

Bagi saya, seme golongan pon ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Kaum tua, senior nih memang banyak pengalamannya. Dah terlebih dahulu makan garam. Namun begitu kaum muda ni lebih berani, proaktif, masih cergas (mungkin sbb belum menemui zon selesa), kreatif dan paling penting dapat memberikan perspektif dari sudut yang lebih moden. Bukan nak cakap dulu tak moden, tapi masa kini, kebanyakan orang dah tak boleh terima kaedah sumbat dan sumbat je seme maklumat. Tak boleh diterima semberono tanpa penjelasan dan bukti terlebih dahulu. Itu yang kami perlukan. Untuk melihat sesuatu tu dari sudut yang rasional dan logik.

Sebab tuh nama pon Gen Y...suka bertanya. Mungkin dalam kelas senyap je kan kebanyakan orang, tapi sebenarnya dalam minda mesti banyak perkara yang difikirkan. Esp. bila masuk zaman pasca universiti. Jadi bagi seniors, bimbinglah kami, beri panduan, dan pada masa yang sama dengar juga buah fikiran dan ide kami. Dalam Islam pon, terdapat ramai orang muda yang boleh diambil sebagai contoh tauladan. Saidina Ali sendiri semasa menerima Islam, sangat muda umurnya namun banyak menyumbang dan membantu perjuangan Rasulullah. Bagi yang seangkatan dengan saya, hormati seniors, bagi pandangan dengan berhemah. Janganlah sampai kedua-dua golongan ini seperti 2 garisan lurus yang tiada titik pertemuannya...

1 comment: