Sudah beberapa hari bencana alam berturut melanda negara-negara sekitar kita.Taufan di Filipina dan Vietnam, tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia. Gempa di Indonesia turut dirasakan di beberapa tempat di Malaysia, dan melihat kepada paparan video yang sempat diambil semasa kejadian, memang menakutkan. Sekelip mata segala bangunan di sekitar bergoyang dan roboh menyembah bumi, memerangkap ribuan mangsa di dalamnya. Padang jarak padang tekukur, mungkin itu perumpamaan selayaknya.Serta merta membayangkan azab yang ditimpakan kepada umat-umat terdahulu, dihapuskan sekelip mata kerana ingkar. Adakah ini merupakan bencana alam atau azab dari Tuhan? ada pula yang bertanyakan. Bukankah sama sahaja?
Agak kecewa juga bila mencari video-video di dalam Youtube, dan membaca komen-komen yang diberikan. Tak habis-habis lagi rupanya isu batik, tarian, makanan dan sebagainya tuh. Sudah-sudahlah tuh. Mungkin saya pon bukan orang yang layak untuk memberikan komen. Tapi, saya masih teringat, rumah saya pernah dirompak, oleh orang Indonesia (dari percakapan dan dialek yang digunakan, sebab depa pakai mask). Sampai sekarang seriously trauma lagi. Sebab masa tu, saya sedar sebenarnya, tapi sebab takut, pura-pura tidur. Yelah, masa tu pon handset takde, line phone depa dah potong. Namun begitu, kesalahan segelintir orang tak wajar digeneralisasikan. Dah namanya kita serumpun, persamaaan dari segi agama, bahasa, budaya jadi mengapa harus bergaduh sebab perkara-perkara yang remeh. Walaumacamanapun tahniah kepada Mercy, SMART dan pelbagai agensi dari Malaysia yang menghantarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kita pon sama, hulurkan bantuan semampunya kita. Mungkin di sebalik bencana ni ada hikmahnya. Hilangkan ego di hati masing-masing.
Terlanjur bercerita mengenai bencana alam ini, bolehlah dikongsikan disini fakta mengenai gempa bumi. kita sedia maklum bahawa Indonesia, malahan negara-negara sekeliling kita berada di dalam lingkari api pasifik, di mana kawasan-kawasan tersebut terdedah kepada gunung berapi dan gempa bumi. Namun begitu, saya baharu mengetahui hari ini bahawa, Malaysia juga bukanlah terkecuali. Dalam KOSMO 5/10/09, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan( Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya) menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku. Teori yang menyebut negara 'bebas gempa' perlu dikaji semula.Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara ini. Jadi, memang sepatutnya apa yang terjadi dijadikan iktibar. Kita pon tak tahu bila akan tibanya waktu kesusahan kita yang boleh berlaku dalam sesaat sahaja, tambahan lagi, ia tidak mengenal pula sesiapa, jahat, baik, tua muda, kanak-kanak kalau dah terjadi, semua pon kena...
No comments:
Post a Comment