1Malaysia,1Rantau 1Dunia memberikan saya ide untuk membebel kali ini. Memang pada namanya, 1Malaysia tuh dah sedap dah. Baunya atau rasanya masih diragukan. Melihat iklan-iklan 1Malaysia di kaca TV nampak begitu bagus sekali. Iklan ABC, iklan derma darah, iklan pokok. Tapi apa yang dibimbangkan adalah di sebalik motto,masih menebal unsur pemisahan yang dapat diperhatikan.
Pemisahan ini bukanlah asing sangat. Mungkin jika dilihat dari sudut kekhalifahanIslam yang dipecah-pecahkan menjadi negara bangsa-negara bangsa tersendiri oleh kuasa barat yang bijak membahagi dan berkongsi.Ini yang saya lihat punca pergaduhan negara-negara berjiran seperti India-Pakistan, Iran-Iraq tidak terkecuali Malaysia-Indonesia.Ini ditambah teruk dengan perbezaan dalam kalangan orang Islam sendiri Sunni, Syiah, pelbagai mazhab, pelbagai aliran, pelbagai imam.Kalau diluaskan lagi kepada semua agama, mungkin kita dapat gambaran yang lebih luas. Jadi perselisihan tu boleh berlaku dalam aspek agama, bangsa, adat, budaya dan jika dilihat lebih lebih luas lagi, apabila perbezaan dalam agama tuh terjadi, secara automatiknya, perbezaan dalam pelbagai bidang semakin menjadi - ekonomi, politik, pendidikan dlll.
Hasilnya, jadilah seperti yang kita lihat hari ini.Dan mungkin yang paling mendatangkan efek yang besar adalah pemisahan sekolah-sekolah. SK,SRK,SJKC, SJKT. Ini bermula dari zaman British lagi. Sekarang British dah takde, tapi masih ada pemisahan di sekolah.Cuba bayangkan selama berbelas tahun belajar dan berkawan sesama agama dan bangsa sendiri, kemudian bagai dipaksa untuk bersatu di kemudiannya. Berapa ramai antara kita mempunyai kenalan atau sahabat dari bangsa dan agama yang berbeza? Saya sendiri boleh mengaku di sini, TIADA. Masa sekolah rendah dulu je ada. Entahlah, mengapa tidak 1 sekolah tapi ada kelas bahasa untuk setiap bangsa. Lagi elok jika kesemua pelajar dapat diajar mengenai agama, bangsa, bahasa dan budaya masing-masing. Melangkaui tempat ibadat, pakaian dan makanan (asek2 kalau multicultural, cerita berkisarkan ini sahaja). Oh ya, lupa pula inikan isu-isu SENSITIF.
Bagaimana kita mahu menghormati jika tidak saling mengenali? Kata tak kenal maka tak cinta kan? Saya lihat apa yang dilakukan hanya tampak diluaran. Ibarat menghias sebiji kek dengan icing, chocolate rice, strawberries dan cream, tapi keknya, tak cukup masak, tak cukup bahan, tak cukup rasa tak cukup naik (kalah Karam Singh Walia nih).Jadi bila tak tahu, tuh yang jadi salah faham. Jadi kita cuba untuk bridge the gap. Saya pon mahu mengambil inisiatif, walau takde sahabat berbangsa, agama lain, Mr Google kan ada..sama2 kita mengenali rakyat Malaysia nih sekali lagi, TAK KENAL MAKA TAK CINTA ~

mcm multi personality disorder :P sendiri nak bersatu, sendiri yg memisahkan. sendiri yg mengharamkan, sendiri yang menjual.
ReplyDeletekerana ada keuntungan bg segelintir pihak disebaliknya. sedekah anak yatim pun dah boleh jadi business politik skrng.
tapi perniagaan apa yg paling menguntungkan ^_^
.dreamer.