Wednesday, December 17, 2008

Egyptology

Ok, setelah dikumpul-kumpulkan balik semua bahan-bahan mana yang boleh, kirenya boleh memulakan post mengenai ketamadunan nih. Dalam post2 yang lepas, ada yang bertanya apakah itu ketamadunan? Dan saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Night Angel.

"Akar kata TAMADUN atau MODEN atau MADANI itu sebenarnya adalah dari Al-Din, Dana, Yadnu, Madinah. Tamadun tidak hanya bermakna perubahan ekstrinsik seperti pembangunan yang pesat dan teknologi yang tercanggih, tetapi kita miskin dari segi roh, jiwa dan penghayatan maksud ‘din’ itu sendiri...."

Kiranya masyarakat yang dikatakan bertamadun adalah masyarakat yang teratur, tersusun, bersistematik. Jadi memang betullah satu ketamadunan tuh tak boleh kita define dari segi luaran sahaja, kerana apa yang paling penting adalah peradaban setiap rakyat yang berada dalam ketamadunan tersebut. Dan melihat kepada takrifan nih, kalau kita buat kajian, di samping kita nanti akan melihat achievements setiap ketamadunan nih, kita akan lihat juga social structure mereka. Jadi, kita akan lihat nanti kepada beberapa tamadun terdahulu, seperti Yunani, Rom, Mesir, Persia dan Islam. Kita start dengan ketamadunan Mesir.

Ketamadunan Mesir nih bermula kira-kira 3000BC dan berakhir dengan kejatuhannya di tangan Rom around 31BC Raja yang memerintah mereka seperti yang ramai ketahui, Firaun dan Firaun yang pertama memerintah mereka adalah Menes.

Kawasan ketamadunan ini terletak di sepanjang sungai Nil dan sungai ini yang menjadi nadi penggerak kepada aktiviti pertanian yang sangat bergantung kepada kitaran sungai Nil yang membawa lumpur yang mengandungi tanah subur dan dgn ini membolehkan mereka bercucuk tanam dan mendapat hasil yang banyak. Dan aktiviti pertanian ini yang banyak mencorak sistem kehidupan, pemerintahan dan struktur sosial mereka. Golongan pekerja adalah yang teramai.

Kebanyakkan mereka mengerjakan tanah yang dimiliki oleh pihak kerajaan, institusi keagamaan mereka atau golongan bangsawan. Golongan pekerja juga dikenakan cukai. Tapi, kehidupan golongan nih terjaga dari segi tempat tinggalnya, makanan dan lain-lain.Pekerja-pekerja nih ditempatkan di satu kawasan bernama deir al-medina (madinah? tamadun?) Kemudian, ada golongan bangsawan, wazir dan pemerintah tertinggi adalah Firaun yang menggubal undang-undang. Kiranya, di sini kita dapat lihat strata, ataupun status dan kedudukan lapisan masyarakat di Mesir dahulu.

Antara pencapaian mereka dari segi sains, teknologi, bahasa (hiroglif) dan sebagainya sememangnya maju. Contoh paling jelas adalah pembinaan piramid.Bayangkan di tengah-tengah padang pasir, bongkah-bongkah batu diangkut dari sungai, dipotong, polished dan kemudian disusun pula dengan bahagian dalam ada pula bilik-bilik. Dan setiap proses nih kena make sure siap on time. Memang hebat! Kiranya selain daripada pengurusan pekerja yang sangat ramai tuh, ada pulak sistem komunikasi supaya kerja berjalan lancar.

Teknologi yang canggih pada masa kini belum tentu dapat membina piramid. Dan sebab tuh juga maybe sebab dah malas nak fikir kot ada sebahagian come to a conclusion yang piramid nih dibina oleh alien! Hehe.Dan satu lagi, cara mereka memumifikasi mayat Firaun nih memang sangat kompleks . Bayangkan mayat yang dah beribu tahun tuh tapi still sampai sekarang kita boleh lihat.

Sebenarnya macam banyak lagi cerita pasal Mesir nih kan, tapi inilah sedikit sebanyak mengenai ketamadunan Mesir yang dapat dipaparkan kali nih. Ada terbaca bahawa sejarah tuh berulang-ulang . History repeats itself. Jadi nanti kita lihat yang lain pula...

Thursday, December 11, 2008

Korban @ pengorbanan

Walaupun agak terlambat untuk post entry berkaitan Hari Raya Korban a.k.a Haji a.k.a Aidiladha nih kan, tapi nak la jugak post. Sebabnya, kalau x post kali nih, nak kene tunggu taun depan...mcm lbt sgt la lagi kan hehehe. Sebenarnya, bukanlah nak bercerita mengenai raya tuh sangat. Saya pasti ramai dh yang tau, raya korban nih, adalah untuk mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail, dan disebabkan itu, secara simboliknya, kita mengorbankan binatang ternak. Dan umat Islam menyambut raya korban selama 3 hari, jika hendak dibandingkan dengan raya puasa yang hanya disambut selama sehari sahaja. Sebab itu di sesetengah kawasan ada yang menamakan raya korban dengan eid akbar (raya besar).

Jadi, berbalik kepada pengorbanan tadi, apa makna pengorbanan? Pengorbanan yang macamana? Sejauh mana kita dah berkorban dan sanggup berkorban ? Berbaloi ataupun tidak pengorbanan yang dilakukan?

Mungkin setiap orang tuh lain matlamat hidupnya, jadi makna pengorbanan bagi setiap individu tuh berbeza kan. Ada yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki - harta, pangkat dll. Ada yang berhabis untuk judi. Ada yang berhabis untuk kereta kesayangan. Ada yang berkorban untuk makwe....Hmm..kalau kaum wanita pulak, biasala kan, handbag, kasut, make up, accessories dll.

Ada yang mengorbankan alam sekitar memusnahkan hutan-hutan dan bukit-bukit untuk kesenangan segelintir golongan yang tertentu. Dan bila terjadinya tragedi yang mengorbankan nyawa, nak salahkan sapa? Malas jugak nak komen panjang2, sebab mendenya simple je, segala kerosakan yang berlaku di muka bumi nih, adalah salah manusia tuh sendiri...hmmm walaupun ade je yang menyatakan nih bukan human error..dh tuh, salah hujan? Aih...kdg2 fikir degilnya..bodohnya...zalimnya makhluk bergelar manusia nih.

Hmm..jadi bila dah tau matlamat pengorbanan tadi, dan dah korbankan apa yang patut mengikut kesanggupan diri masing-masing, barulah boleh nilai, berbaloi ke pengorbanan tuh akhirnya - dapat naik pangkat, atau pegang jawatan yang best, dapat banglo besar, kereta besar, wife cantik...@ for ladies dapat handbag LV, kasut CD, make up ape2 la jenama yang best tuh kan...priceless? worth it? Memang ini ke yang manusia seme inginkan dalam dunia yang sekadar satu persinggahan...

Jadi bersempena raya korban nih, sama-sama kita fikirkan erti pengorbanan. Moga pengorbanan yang kita lakukan tuh berbaloi, mendatangkan hasil kelak...

Friday, November 28, 2008

Did you know ? - facts about human body

Pada asalnya mcm nak sambung mengenai ketamadunan yang dah lama tertangguh. Tapi macam tiba-tiba nak cari mengenai amazing facts sebab pagi tadi dalam channel 554 Astro ada tunjuk mengenai Winter Miracle ke ape tah tajuknya tapi lebih kurang la tuh hehe and baru tau bahawa each snow flake mempenyai bentuk yang unik. Tak ada snow flake yang sama bentuk!

Maybe akan ada segment-segment "Did you know?" diselitkan pada masa akan datang. So di sini di compile beberapa amazing facts about human body. Nih mengenangkan dolu2 penah ade cita-cita tuk jadi Dr. la konon2 haha tp tak kesampaian. NEway, science still amazes me, so lets start with the human body ok? Enjoy :D

1. In 1 square inch of skin there lies 4 yards of nerve fibers, 1300 nerve cells, 100 sweat glands, 3 million cells, and 3 yards of blood vessels

2. Nerve impulses to and from the brain travel as fast as 170 miles per hour.

3. Every person has a unique tongue print. Waa kirenya bukan je ade thumb print berbeza lidah pon berbeza. Unique!

4. The total length of your circulatory system stretches an amazing 60,000 miles That is more than twice the distance around the Earth

5. Our brain uses 20% of the oxygen that enters your bloodstream. The brain only makes up about 2% of our body mass, yet consumes more oxygen than any other organ in the body. Sebab tuh ke mcm kalau study ke time2 berfikir ke walaupun tak guna energy as in physical energy, tapi rasa penat..dan nk mkn banyak hehe

6. 80% of the brain is water!

7. Every human spent about half an hour as a single cell. All life has to begin somewhere, and even the largest humans spent a short part of their lives as a single celled organism when sperm and egg cells first combine.

8. By the age of 60, most people will have lost about half their taste buds. Maybe tuh sebabnye elder people masak mknn manis @ masin..hmm..

9. Three hundred million cells die in the human body every minute.

10.Women burn fat more slowly than men, by a rate of about 50 calories a day. Really! Camne nk diet nih ehehe

Inilah antara sedikit sebanyak fakta-fakta menarik mengenai manusia. Menarik! baru tau. Ok la nih kan, antara cara-cara untuk mengenali diri jugak. Diri sendiri sebagai manusia pon tak berapa nak tahu, how will you love yourself, kan?

Friday, November 14, 2008

BESSAR in memories...

Akhirnya ku pon tinggalkan BESSAR jugak after melihat sorang-sorang meninggalkan BESSAR before nih. Baru tau...owh macam nih ke perasaan meninggalkan company nih hehehe.

Sebenarnya banyak la kenangan pahit manis kat cnih. Yela, bukan kejap2 keje kat BESSAR nih, 3 tahun tuh. Lama kan? macam tak caya pon ada. Tapi antara perkara yang plg menyedihkan aku untuk tinggalkan tpt nih adalah membe2 kat sini. Bila tengok derang nih yang baru membuatkan aku percaya yang memang sebenarnya dah lama dah aku keje kat sini.

Daripada first2 geng2 grafix nih seme bujang, tak kawen..spila skrg nih ade yang dh kawen ade, pregnant, ada yang dah ada anak pon. And I tell you that is how fast 3 years is ! Nih nk buat compilation unforgettable memories time kt BESSAR nih.

1. Masa 1st day keje. Share PC ngn Shikin hehe. N then kenal dgn 2 org mamat nih. Memang 1st impression cam hmm...ooo nih mesti dh lama bekerja, kire respek la camtuh. Sekali kenal apekah? ahaha

2. Couple of weeks after kt BESSAR kene transfer ke Sri Damansara. Berkenalan la pulak dengan org2 kat sana. Drama..hehe

3. Ekspedisi ke Jelawang. Tak pernah travel naik tren, manjat gunung. Kira dalam ekspedisi nih 1st time la nih.

4. Kena marah dengan klien. Almaklum 1st time deal dgn klien, so macam dunno wut to
expect.Teruk jgkla aku ngn membe aku kena bambu. Dengan preparation seme takde adeih.Tapi lps tuh beres seme hehe

5. Team building Cherating. Nih memang best. Aktiviti menarik, santai release tensen.Happening sangat! Lepas tuh 1 week after that p Taman Negara. Back to back.

6. Downsizing gfx dept. Waa sedeh seh

7. Kena pindah Wisma Bernama

8. Time ade la 2 org nih yang pandai giler cover tp finally confess jgk la psl relationship derang.Ahaha.

9. Team building Pulau Perhentian. Tempatnya lagi best tapi..ade kekurangan la time team building yang nih. Gfx dept tak ckp kuota.

10. Camping kat Berkelah. Teman school students hoho.

Ituhla yg ku ingat. Actually cam byk lagi so kalau sape2 yang ade nk add tuh jgn malu dan segan, silelah comment ye. Anyway, all the best pada seme yang still ade kat sana :D

Sunday, November 9, 2008

Time for change?

Sebenarnya nak tulis mengenai ketamadunan ataupun saya lebih suka hendak menggunakan perkataan peradaban manusia, tapi research saya habis burn bersama laptop yg rosak. So tunggulah ya. For the time being, saya ingin berkongsi mengenai topik yang hangat sekarang nih, the new US president.

So, rakyat US dh memilih Obama sebagai presiden Amerika yang baharu. The first african american to become the US president. Satu pencapaian yang besar, yang mungkin kalau difikir-fikir will never ever happen. Impossible! Tapi Obama dah pon membuktikan that nothing is impossible in this world. Kalau dilihat pada percentage penduduk(demographics from wikipedia), bilangan penduduk african-american adalah sebanyak 13.4% sahaja!

Mungkin disebabkan konflik ekonomi menyebabkan rakyat bersatu hati memilih pemimpin
yang boleh menyelamatkan mereka, solve the economic problem, be their saviour. Kirenye kehendak rakyat amerika untuk berubah dah melebihi batasan racism yang wujud antara kaum - caucasians, african-american, hispanic dan lain-lain.

Yang terkini, Ford rugi $129M pada suku ketiga dan $7.7 Billion in cash, General Motors, GM kerugian $4.2 billion serta almost out of cash, beberapa banks yang bakal bankrup dan unemployment rate yang makin meningkat (14 year high - 6.1%). Dan actually pakar ekonomi pon meramalkan ape sahaja tindakan yang dibuat sekarang, tidak akan memberikan kesan sekurang-kurangnya sehingga 2010.

Jadi, mungkin atas dasar ini, bukan sahaja americans, malahan satu dunia meletakkan harapan kepada Obama untuk membawa perubahan kepada dunia. Selain daripada krisis ekonomi, tugas yang menanti Obama bukanlah satu tugas yang mudah. Peperangan di Iraq, isu nuklear di Iran dan Korea Utara, perdamaian antara palestin dan israel dan lain-lain lagi. Namun semua bersikap positif dan mengharapkan yang terbaik.

Saya tidak mahu komen lebih mengenai pengharapan dan pandangan terhadap kemampuan Obama menyelesaikan masalah-masalah yang menanti.Tunggu dan lihat. Dengan perlantikan Rahm Emanuel sebagai Chief of Staff dan calon-calon bakal treasury secretary US yang merupakan golongan yang kecil, tapi sangat berpengaruh di US dan dunia - jewish , dan juga ucapannya mengenai isu nuklear di di iran...hmmm....

Monday, October 27, 2008

Dulu, kini, akan datang ?

Baru-baru nih (tak delah baru sgt, hmm..time raya hari tuh) terbaca satu buku nih mengenai tamadun-tamadun zaman dahulu (ancient civilization). So after baca buku tuh,dan cari melalui beberapa sites, ada bahan menarik untuk dikongsikan mengenai ketamadunan nih.

Mungkin ramai diantara kita yang tidak menyedari bahawa sebenarnya, fahaman kapitalis, liberal dan sosialis nih dah wujud lama dah sebenarnya. Kita tau sejarah seme sistem nih dpd buku sejarah kita, ianya bermula pada zaman enlightenment kan? Tapi, dari zaman ketamadunan Yunani (1100-146BC) dan Rom (1000BC-500AD) lagi, dh ada dh. Pemerintahan mereka juga berubah daripada pemerintahan raja-raja, kepada demokrasi.Kehidupan mereka pada zaman tersebut, ideologinya lebih kurang sama la dengan keadaan sekarang ni- Mereka ada agama tetapi mereka taksub pada keupayaan dan kehebatan manusia semata-mata (humanism) dan juga materialism. Kira macam ala-ala ateist jugak.

Dan yang menarik, sebelum Darwin mengatakan mengenai teori evolution, seorang yang bernama Anaximander telahpun menyatakannya terlebih dahulu mengenai haiwan yang bermula dari air, kemudian setelah air surut, ia bertukar menjadi haiwan darat. Dan elemen ”survival of the fittest” juga telah dinyatakan oleh Heraclitus.

Manusia apabila sudah tiada pegangan, arah panduan boleh melakukan apa sahaja sesuka hati dengan sewenang-wenangnya. Selepas tuh, memang ada ketidakstabilan akibat daripada apa yang mereka cipta sendiri. Macamana kejatuhan ketamadunan Yunani dan Rom nih? Ada banyak sebab sebenarnya, dan antaranya disebabkan oleh kelemahan pimpinan, ekonomi tidak lagi stabil – inflasi dan kemiskinan dan ada juga yang mengatakan ia disebabkan faktor alam sekitar seperti pencemaran.

Jadi selepas ketidakstabilan dan kejatuhan sistem yang mereka cipta sendiri, apa yang terjadi? Macamana pula pemerintahan dan kehidupan mereka? Ada sesiapa yang take over ke?

Kiranya, macam zaman enlightenment, industri dan revolution dulu, ide-ide ataupun fahaman-fahaman yang diwujudkan seperti demokrasi, parlimen, darwinism dan sebagainya bukanlah fahaman-fahaman baharu. Mungkin pada zaman Yunani dan Rom tuh namanya takdelah sama kan, tapi konsep yang hendak dipaparkan tuh sama sahaja. Jadi, daripada zaman enlightenment tuh ( lebih kurang dalam tahun 1700) sampai la sekarang nih kan, walaupun fahaman tuh wujud dari barat (Perancis, Jerman dan British), tapi ia diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Hmm...so macamana ketamadunan kita sekarang nih? Sebab turun dan naik sesebuah ketamadunan tuh bergantung kepada manusia yang menjalankannya. Masing-masing sepatutnya memegang amanah untuk memakmurkan bumi. Kalau tak dijaga....(untuk difikirkan dan dijawab oleh diri masing-masing). Kita tak nak ambil pelajaran ke terhadap apa yang telah terjadi pada ketamadunan-ketamadunan dahulu?

Jadi sebenarnya sehebat mana ketamadunan dulu nih? Mestilah tak sehebat sekarang kot, sebab tuh ketamadunan mereka dah berakhir...ok nantikan post seterusnya, kita tengok timeline ketamadunan manusia. Tunggu......

Thursday, October 9, 2008

Depression

Krisis ekonomi..satu isu yg paling besar masa nih kan. Ke ada yang masih x realize? Maybe sbb x rasa efek lagi tuh kot...seme kaye2 nih ek..hehe lain la aku nih sesak dan bertambah sesak. I'm no economist, tapi saje jela nak share je ape opinion aku kn.

Rasa mcm baru2 nih je start isu ni. Tiba2 je kan. Tak ade ribut tak ade angin terus dengar cerite company lehman bankrup, lps tuh AIG (yang sponsor ManU tuh) terpaksa menerima 85 billion USD daripada rizab US State sebagai bantuan kewangan, dan jugak 700 billion USD yg US keluarkan (duit taxpayers derang la tuh) utk bailout bank2 dan comp yang tgh cronic.Bile keadaan economy mcm nih, rege brg pon naik, dan unemployment pon berlaku.

Dan kalau tengok, stock market kt US still jatuh je merudum-rudum. Dan mende nih mcm domino effect,satu-satu jatuh. Kat europe, kt asia, the whole world la kesimpulannya kn. Sampai 8 October arituh bursa saham Russia dan Indonesia terpaksa ditutup sebab teruk sgt, index jatuh melebihi 10% dalam masa tak sampai sehari pon. Dan kalau tengok, setiap negara pon masing-masing dh merangka plan tindakan untuk save economy negara msg2. (Hmm I wonder Msia ade ke ek ape-ape plan?) Will this crisis end? Adakah kita safe? The whole world tgh mcm nih, so adekah jaminan, guarantee kita tak akan kene ape2-directly or indirectly.

Kadang-kadang terfikir, sebuah negara besar, US tuh,bank2 yang gah, yelah kalau ikut bank kan, tempat terkumpulnya duit, buat investment, amik faedah dpd setiap org yg amik loan dr bank tuh brp byk tuh..bole bankrup...Kalau ikut, mostly berlaku sebab subprime mortgage, senang sgt nk bagi kredit/loan wpun pada org2 yang tak layak sebenarnye utk memiliki aset-tanah, rumah, kereta. Orang makin seronok berhutang. Tak kisahlah dari banks ke, insurance, perabot, kad kredit sbb senang sangat. Jadi, bile org yg amik loan nih tak dapat bayar balik..ape jadi? Especially bile berlaku inflasilah bagai kan. And mende nih lead to economic stagnancy. Xde liquidity

Satu perkara yang menarik kat sini, ape yang berlaku skrg nih kt US, sebijik mcm ape yang terjadi zaman 30an iaitu the great depression. Mende nih start dgn kejatuhan market 29/10/1929 (Black Tuesday). International trade lumpuh, perindustrian pon habis, as well as pertanian dan jugak unemployment. Memang US time tuh teruk amat dan the whole world pon habis seme kene economic crisis.Tak menarik lagi? OK, so berakhirnya era great depression nih ade bersangkut paut dengan WORLD WAR 2! Yang dipanggil war economy. After berlakunye great depression nih, terjadilah perang dunia kedua.

Ape kaitan perang utk solve economic problem? Bukan lagi teruk ke? Bukan ramai yang mati ke? Maybe inilah yang dikatakan the survival of the fittest. Bile negara2 nih pergi berperang, permintaan utk heavy industry (penghasilan peralatan perang) meningkat. Peluang pekerjaan pon ade (as askar, as pekerja kilang dll) So after perang nih tamat, dengan berjuta2 penduduk dunia mati, habis musnah seme kan, US muncul sebagai satu kuasa ekonomi terbesar dunia...So sekarang nih macamana?

Tuh baru cerita psl economic tuh..nak tambah psl crisis politic plak ke? Kt US - Obama VS Mc Cain..Hmmm kt sini pon cam same je, memang kita nih suke sgt ikut derang nih.Think about it...ape bakal jadi lps nih....