Ok jadi kita ke bahagian ke dua Lakonan Manusia. Sikap manusia itu tidak pernah constant atau static. Sememangnya ia akan berubah mengikut keadaan, mengikut waktu dan persekitaran. Ya, itu semua boleh menjadikan manusia berubah dari jahat ke baik atau sebaliknya. Jadi, untuk mengatakan bahawa hanya ada satu sifat manusia mungkin tidak tepat. Sikap juga boleh berubah jika latihan dilakukan. Misalnya dari seseorang yang tidak berkeyakinan, jika diberikan tunjuk ajar dan didedahkan dengan public speaking/latihan komunikasi dan etika sosial boleh menjadi seorang PR yang bagus.
Maka, dengan itu persoalan mengenai berapa lama yang perlu diambil untuk mengenali seseorang bagi penulis adalah seumur hidup! Kadangkala kita merasakan bahawa kita sudah lama mengenali individu tersebut, namun sebenarnya banyak lagi yang belum diketahui kerana di dalam kehidupan ada asam garamnya.Mungkin kita kenali dia ketika dia senang, sihat dan muda. Belum tentu sikapnya ketika itu sama jika ada cabaran yang datang menimpa.
Jadi mungkin itulah sedikit sebanyak mengenai persoalan sikap dan sifat manusia yang dapat dikongsikan. berdasarkan pandangan peribadi. Sikap manusia berpandu kata, kata manusia berpandu hati. Apa jua yang ditampilkan merupakan apa yang ada di dalam hati. Jika baik hati itu, maka baiklah perilaku. 'Lakonkan' apa yang dirasa di dalam hati. Hati yang berpandu Ilahi
No comments:
Post a Comment