Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran system pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?
Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.
Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Klik sini untuk membaca lebih lanjut
Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kea rah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.
Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. Sila klik sini untuk membaca artikel yang saya kira sangat menarik mengenai isu ini.
Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).
Wednesday, June 30, 2010
Thursday, June 3, 2010
Anak-anak di sana sini
Blog yang telah diabaikan beberapa bulan terasa ingin dibuka kembali. Sungguh, memang niatnya ingin ditutup sahaja, namun perasaan untuk menulis semakin menebal pula. Menulis itu satu cerita, untuk istiqamah itu sangat sukar rupanya.
Bila dibuka sahaja surat khabar, maka tiadalah cerita lain melainkan kes buang bayi. Mana bayi yang bernasib baik, hidup lagi, yang tidak bernasib baik? Ada yang ditanam, ada yang ditinggalkan dalam kotak, ada yang dibuang dalam tong sampah, ada yang dicampak ke dalam longkang. Begitu mudahnya! Dosa pertama sudah dibuat, disusuli pula dosa kedua…Jikalau mereka dapat berbicara…”Apa dosa kami ibu, apa dosa kami ayah?. Baru sahaja kami hendak mengenali dunia, baru sahaja kami ingin mencelikkan mata. Mengapa kami dibuang? Mengapa kami dibunuh? Kami inilah pewaris bangsa, kami inilah generasi penerus . Kami ingin berbakti pada agama, negara dan bangsa. Namun tidak! Kami tidak diberi peluang. Kejamnya!”
Selak helaian yang lain,dihidangkan pula kisah perang yang tiada kesudahan di Semenanjung Gaza. Muak, jenuh, lelah, bagaikan sudah lali telinga mendengar berita-berita sebegitu. Apatah lagi bila mendengar yang menjadi mangsa adalah orang-orang tua, wanita dan juga kanak-kanak. Bayangkan suara isi hati mereka merintih… “Apa yang telah kami lakukan? Kami tidak mengerti. Mengapa mereka ingin menyakiti kami? Kami tidak mengerti mengapa ada rakan-rakan kami dibunuh dan ditembak? Kami tidak faham, mengapa ibu dan ayah kami sudah tiada di sisi? Mengapa negara, tanahair kami dibom? Apa yang mereka inginkan?”
Itu belum lagi kisah anak-anak kecil yang kebuluran di Afrika, kisah anak-anak yang mengemis di jalanan, kisah anak-anak yang dipaksa melacur, kisah anak-anak yang didera, sampai mati!…Ada pula anak-anak yang mungkin dijaga makan minumnya dan pakainya, namun dibiarkan pula melepak di sana sini dan merempit di jalanan. Keluar, balik rumah tak tentu masa. Makin mudahlah orang-orang berniat jahat mengambil kesempatan, kemudian siapa perlu disalahkan? Siapa yang patut bertanggungjawab? Tak kurang juga kisah “haruan makan anak”, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Anak sendiri, kenapa diperlakukan begitu?
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, dalam mana-mana situasi, anak-anak yang tidak bersalah dan yang belum memahami apa yang terjadi itu menjadi mangsa. Jika aset penting negara tidak dijaga, maka tidak hairanlah jika anak-anak membesar dengan perasaan marah, perasaan takut, tidak mengenali jati diri, perasaan tidak peduli. Sedang kita sibuk mencari punca mengapa nilai-nilai murni semakin luntur, fikir-fikirkan adakah penerus generasi akan datang ini terbela? Jika anak-anak sendiri tak terjaga dan terbela, mungkin tak perlulah difikirkan mengenai sifat kemanusiaan.
Jangan biarkan mereka(baca:generasi akan datang) ini menanggung derita akibat kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan (baca: generasi sekarang) . Mereka amanah yang besar, yang diberikan untuk dijaga, kerana bila sampai waktunya siapa lagi yang boleh diharapkan , kepada siapa lagi patut kita wariskan bumi ini…

Subscribe to:
Posts (Atom)