Tuesday, July 15, 2008

Ada apa dengan langit dan jari-jemari?

Sebab post yang last pasal ilmu kn, so nk share sikitlah bahan bacaan mengenai kaitan sains dengan kehidupan kita dan juga Quran. Menarik bacaan nih. So nih cam just nak bagi ala-ala summarization la camtuh kan. Sebab kadang-kadang, orang ingat penemuan-penemuan saintifik yang ada pada hari ni is something new, ataupun perkara yang baru la kan.Tapi sebenarnya, dalam Quran dah ade pon disebut, 1400 tahun dahulu. Dan sape yang mencari dan berfikir tuh yang gali dan gali lagi kan dia akan dapat jawapan.

Ok, 1st sekali based on ayat nih:

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berberkehendak menuju langit, lalu di jadikannya tujuh lapisan langit.. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah: 29)

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fussilat: 11-12)

Sape yang ingat Sains lagi? Hehe kat ayat nih ade disebut 7 lapisan langit kan. So kalau ikut kajian sains pon, ade 7 lapis jgk,

1) Troposfera
2) Stratosfera
3) Mesosfera
4) Termosfera
5) Eksosfera
6) Ionosfera
7) Magnetosfera

Dan setiap lapisan nih pulak ada peranan masing2. Misalnya, ada berfungsi dalam pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah nuh: 15)

“Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Al-Mulk: 3)

***********************************************************************************
Ayat yang 2nd plak nih, nak diceritakan pasal cap jari manusia.

“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.” (Surah al-Qiyamah: 3-4)

So dekat sini pon sebenarnya ada penekanan mengenai jari jemari. Ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke-19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah struktur garis melengkung yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau maksud yang spesifik.

Sebenarnya cap jari nih sangat unik. Sebab bentuk dan perincian set cap jari setiap individu adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup mempunyai satu set cap jari yang unik. Twins pon lain2 cap jari, walaupun DNA derang sama je.

So, actually macam yang dicakap dalam blog lepas kan, kepentingan ilmu tuh, nak ditunjukkan Quran nih as pencetus, tak adalah explain mengenai 7 lapisan langit tuh adalah seme sfera2 tuh kn and tak adalah plak explain seme pasal cap jari kan. Tapi manusia tuh yang kene mencari kenapa 7 lapis ek? Kenapa jari jemari? Ada ape dengan jari2 nih? Hehe. Dats y manusia diberikan akal fikiran...jadi fikir-fikirkanlah :D

1 comment: