Monday, July 28, 2008

Yusuf Estes - part 2

Sambungan cerite. Hehe. Ok so Yusuf nih mmg selalu la diskas psl religion, kepercayaan dengan arab nih nama mohamad. Die pon nk ajak membe die nih seorang preacher jgk utk join tarik mohamad to Christianity (derang pon pandai berjemaah tuh utk tarik orang ke agama mereka hehe).

Satu hari tuh, Yusuf , wife die, dan priest nih, sekali pulak dengan ayah Yusuf yang jugak priest masing2 bawak bible n berdiskas with mohamad mengenai bible. Tapi bible derang seme bawak bible version lain2. Derang tanya kt mohamad, Quran ade brp version dan die jwb only ONE QURAN dan isi-isinya x pernah berubah since 1400 years ago.

So priest, member Yusuf nih tertarik nak p masjid. Die p dengan mohamad nih. Lama die kat masjid. Balik2 dari masjid, Yusuf nih terkejut, priest tuh dh masuk Islam. After some time, die diskas dgn wife die dan wife die pon ckp agama Islam tuh benar. Sepanjang mlm Yusuf nih berfikir, borak dengan mohamad lagi dan die pon ucap 2 kalimah syahadah sekali dgn wife die. Beberapa bulan lps tuh, ayah die pulak dan jgk stepmom die.

Dan after tuh, Yusuf nih mmg byk berdakwah, sampaikan balik Quran tuh pada orang ramai, dan mmg ramai yang masuk Islam. Memang matlamat die adalah untuk memberi kefahaman dan menyampaikan mesej yang betul mengenai Islam dan siapa Muslim sebenranye. Dia pon cakap ramai yang mengaku Islam tapi tak faham sepenuhnya dan x represent ape itu
Islam = Peace, Surrender and Obedience to God.

Dia ada bagi 9 steps :

1) Tenangkan hati, jiwa & perasaan
2) Hilangkan bias, prejudis
3) Baca/kaji translation Quran dalam bahasa yang paling difahami
4) Ambil masa untuk berfikir
5) Baca lagi Quran dan fikir lagi
6) Fikir dan doa banyak2
7) Doa kepada yang Maha Pencipta untuk ditunjukkan jalan
8) Teruskan untuk beberapa bulan
9) Jangan biarkan orang lain influence kita dalam proses nih.

So sebab die pon cakap orang Islam sendiri tak faham sepenuhnya kan maksud Islam tuh, dan rasanya betul pon, tak payah tengok jauh, orang-orang Islam kat Malaysia nih kalau tgk, macam mana? Ape kata kite pon try steps2 nih :D. Don't take our Muslim title for granted.

Thursday, July 24, 2008

Yusuf Estes

Harituh ade bagitau pasal proses pencarian kan, jadi post nih nak menceritakan pasal seorang convert ataupun revert nih. Macamana die boleh peluk Islam. Memang sangat panjang la kisah die nih, tapi biasela, nak baca post panjang-panjang nih malas kn, so nih ringkasan die.

Dia nih sebenarnye seorang penganut kristian, famili die mmg org kuat kristian siap bina church bagai. Mmg dari remaja la die dalami kristian, dan jugak agama lain except Islam time tuh. Die nih jugak minat muzik, and bukak la comp muzik Gospel camtuh kn.
Time tuh die banyak la duit, tapi die perasan die tak rasa tenang tak aman. Dia terfikir soalan-soalan macam “Kenapa Tuhan ciptakan aku?”, “Apa sebenarnya tujuan Tuhan ciptakan aku”, “Sape Tuhan sebenarnya?”. Tapi dia cakap kalau tanya orang, mereka just jawab dah macam tuh, kita just kena percaya tak payah pertikaikan. (Imagine kalau die tak tertanya, berjumpa ke die dgn jalan yg betul nih?)

Then dlm tahun 1990, dia baru tau yang orang Islam percaya kat Bible (Injil) dan Jesus sebagai rasul. And at that time, dia memang nyampah la dgn org Islam. Biasalah – terrorism seme kan dan tanggapan dia terhadap org Islam time tuh adalah – mereka tidak percaya pada tuhan, cium tanah/lantai 5 kali sehari dan sembah kotak hitam kat tgh padang pasir.

Tapi sekali, because of business, kene deal dgn sorang arab nih. Mula2 die tak nak, tapi because of business, p jugak jumpa. Mule2 nak jumpa arab nih die dh standy la mindset kan org pakai serban, jubah ade janggut. Sekali bila jumpa, rupanya arab nih botak, xde janggut pon, baju smart je. Die pon pelik. So lepas sesi pengenalan, die tanya arab nih Percaya pada Tuhan? Adam and Eve? Abraham (Nabi Ibrahim)? Moses? Rasul2 lain?Bible?Jesus? arab tuh jawab ya la kn bagi seme soklan tuh. So die igt cam bgsla mamat nih, aku nk bawak die masuk kristian, seme dh tau, x pyh ajar dah, lagipun bangga la kan dpt convert a Muslim jadik kristian.

TO BE CONTINUED…

Tuesday, July 15, 2008

Ada apa dengan langit dan jari-jemari?

Sebab post yang last pasal ilmu kn, so nk share sikitlah bahan bacaan mengenai kaitan sains dengan kehidupan kita dan juga Quran. Menarik bacaan nih. So nih cam just nak bagi ala-ala summarization la camtuh kan. Sebab kadang-kadang, orang ingat penemuan-penemuan saintifik yang ada pada hari ni is something new, ataupun perkara yang baru la kan.Tapi sebenarnya, dalam Quran dah ade pon disebut, 1400 tahun dahulu. Dan sape yang mencari dan berfikir tuh yang gali dan gali lagi kan dia akan dapat jawapan.

Ok, 1st sekali based on ayat nih:

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berberkehendak menuju langit, lalu di jadikannya tujuh lapisan langit.. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah: 29)

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fussilat: 11-12)

Sape yang ingat Sains lagi? Hehe kat ayat nih ade disebut 7 lapisan langit kan. So kalau ikut kajian sains pon, ade 7 lapis jgk,

1) Troposfera
2) Stratosfera
3) Mesosfera
4) Termosfera
5) Eksosfera
6) Ionosfera
7) Magnetosfera

Dan setiap lapisan nih pulak ada peranan masing2. Misalnya, ada berfungsi dalam pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah nuh: 15)

“Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Al-Mulk: 3)

***********************************************************************************
Ayat yang 2nd plak nih, nak diceritakan pasal cap jari manusia.

“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.” (Surah al-Qiyamah: 3-4)

So dekat sini pon sebenarnya ada penekanan mengenai jari jemari. Ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke-19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah struktur garis melengkung yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau maksud yang spesifik.

Sebenarnya cap jari nih sangat unik. Sebab bentuk dan perincian set cap jari setiap individu adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup mempunyai satu set cap jari yang unik. Twins pon lain2 cap jari, walaupun DNA derang sama je.

So, actually macam yang dicakap dalam blog lepas kan, kepentingan ilmu tuh, nak ditunjukkan Quran nih as pencetus, tak adalah explain mengenai 7 lapisan langit tuh adalah seme sfera2 tuh kn and tak adalah plak explain seme pasal cap jari kan. Tapi manusia tuh yang kene mencari kenapa 7 lapis ek? Kenapa jari jemari? Ada ape dengan jari2 nih? Hehe. Dats y manusia diberikan akal fikiran...jadi fikir-fikirkanlah :D

Thursday, July 10, 2008

ILMU

Selalu je kn dengar perkataan ilmu, pengetahuan, knowledge. Kita tau ilmu tuh penting, tapi betapa pentingnya kita penah tau? Atau pernah cuba amik tau? Ataupun maybe ada yang mempunyai tanggapan bahawa ilmu pengetahuan nih dikaitkan dengan pelajar2 sekolah sampai ke universiti je. Bile dah dapat diploma, degree, pHD ke, dah tak payah cari ilmu, tak perlu membaca. Just sibukkan diri dengan kerja, famili, makan dan tido.
Ye ke?

Ilmu tuh sebenarnya sangatla penting. Sebab tanpa ilmu tuh, ape yang kite bole buat pon?
Tapi ada sesetengah orang tak nak, tak mahu, takut kepada ilmu. Takut kalau dah berilmu tapi tak buat, jadi dosa pulak, kalau tak tahu lagi bagus kan, ignorance is bliss konon-kononnya. Padahal dengan ilmu tuh baru boleh jadi bangsa yang hebat, yang bertamadun.
Tengok ilmuwan-ilmuwan Islam dahulu kala, betapa hebatnya mereka. Sebab mereka cari, tuntut ilmu tuh.

Walaupun sejak dah tua2 nih (tak adela setua mana pon kn..hehe) otak tuh rasa macam dah berkarat susah nak masuk dah dalam otak , tapi kita cubalah untuk cari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kita. Tak banyak, sikit kan, lama-lama jadi banyak jugak (pesanan utk pembaca n diri sendiri).

Sebab dalam Quran pon berapa banyak ayat yang mengatakan kepentingan ilmu tuh.
Nih pon mengkaji Quran nih pon part of menimba ilmu la kan dan memang sebaik-baik bacaan.Sebab dalam Quran tuh ilmunya terlampau banyak

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). AlKahfi , 18: 109

So just imagine betapa luasnya…Dalam Quran tuh mmg macam-macam ilmu ada, Biologi, Fizik, Ekonomi, Perundangan dan lain-lain yang membawa pula kepada pengkajian manusia kat bumi nih.

Dan melalui ilmu-ilmu yang banyak yang kita boleh dapat nih pon kita boleh kenal Pencipta kita, realize kebesaran dan kehebatanNya. Contoh mcm kalau kaji mengenai sel manusia dan DNA, betapa kompleksnya satu komponen yang sangat kecil dalam badan manusia tuh Dia ciptakan. Yang ade fungsi sendiri. Ataupun mende paling simple, rambut-rambut pada badan. Yang dekat kepala, tumbuh, makin memanjang, tapi bulu mata, kening tak tumbuh pulak kan? Kenapa?

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Az-Zumar, 39:9

So kalau tengok based on ayat nih pon dah dinyatakan tak sama orang yang berilmu, yang mengetahui tu dengan orang yang tak mengetahui.

Sebabnya?

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Mujaadilah, 58:11

Orang-orang yang berilmu tuh akan ditinggikan darjat di sisi Allah.

So, kalau before nih ada dinyatakan kat dalam blog nih mengenai akal kan, gunakan la akal untuk mendalami ilmu-ilmu yang banyak nih. Sekarang teknologi pon dah canggih, ada internet dan sebagainya yang memudahkan lagi kita untuk mendalami ilmu.

Nih adela quotes sikit daripada beberapa orang barat. Orang barat mmg realize kepentingan ilmu tuh dan mmg itu yang membuat mereka maju. Kita bila lagi? hehe

"The greatest ignorance is to reject something you know nothing about"”
H. Jackson Brown, Jr.

"If you think education is expensive, try ignorance"
Derek Bok- educator/lawyer

"There is no darkness but ignorance" William Shakespeare

Monday, July 7, 2008

Kaum terdahulu

Kali nih nak citer psl kaum terdahulu, bangsa terdahulu, orang-orang yang telah wujud kat muka bumi nih before kita. Dulu tak adalah minat sangat kan pasal sejarah nih tapi ntah la, sekarang nih rasa mcm kita patut kaji pasal mereka nih untuk tau pasal mereka, ambik pelajaran dari mereka. Mesti ada sebab nape derang nih ade dan apsal pulak derang dah takde sekarang kan, dh dibinasakan.

Kalau fikir sekali imbas, mesti ingat kaum-kaum terdahulu nih macam yang duduk dalam gua, pakai baju tah pape, makan pon tah pape kn, kirenye tak ada ketamadunan la kan sebab orang zaman dulu…kita zaman sekarang nih yela, hebat, canggih, moden, ade kereta, rumah besar2, dan maju.

Tapi kita kene ingat, orang zaman dulu nih pon hebat. Kaum Aad, kaum Thamud. Ingat tak hebat ke?

6. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?
7. (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
8. yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
9. dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah
10. dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),
11. yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
12. lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu,
13. karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab
14. sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.

(89:6-14)


Pernah tak terfikir kat mana tempat kaum2 nih? Hoho tuh pasal la try search kn..so nih la die nk dishare bersama.

So, first kita tengok dekat mana tempat kaum Aad nih kan. Masa first2 try cari tuh, mat saleh nih yang memang minat mengkaji pasal orang-orang arab terbaca pasal kaum Aad nih and mula mengkaji. Dengan bantuan NASA, guna satellite terjumpa la kawasan kaum Aad nih di bawah timbunan pasir 10m. Tapi still boleh nampak la kan dia nye tiang-tiang yang tinggi tuh






Nih dekat Petra, Jordan. Memang salah satu daripada 7 wonders of the world.






Memang dikatakan nih la peninggalan kaum Tsamud yang mahir memotong dan mengukir pada gunung-gunung nih.Canggih ek? Mcm mn die bole ukir tuh? Hebat teknologi yang mereka guna. Rasa-rasanya, kalau zaman sekarang nih pon, termampu ke kita nak buat kediaman, pejabat daripada gunung?

Tapi ini lah yang nak ditunjukkan, walau sehebat, secanggih mana manusia tuh, kalau buat sesuka hati je, tak mahu ikut dan jalankan apa yang telah diperintahkan oleh Allah tuh, tunggu jelah akibat dari perbuatan manusia tuh sendiri. So kita fikir balik, adakah kita termasuk golongan manusia yang berbuat kerosakan tuh, yang berbuat sewenang-wenang dan tak nak ikut perintah?

Nih pon just sempat kaji 2 kaum nih je dulu, kalau ikut banyak lagi kaum lain. Kaum nabi Nuh, kaum Firaun tuh, kaum Saba’ dan pelbagai lagi lah. Ada yang kita still boleh tengok peninggalan dia, ada yang terus tak ada langsung. Jangan sampai kaum kita pulak ditimpakan azab dan dikaji satu hari nanti oleh kaum-kaum selepas kita, sebab kita ingkar pada perintahNya.
Kalau sekarang nih orang kagum dengan Petra nih, dengan piramid sampai buat orang berfikir kan , macamana derang buat nih, jangan sampai kaum-kaum akan datang pulak kagum dengan KLCC twin towers, KL tower and derang pulak tanya, camne derang dulu buat bangunan nih ek…..

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain (6:6)