Monday, June 23, 2008

Manusia - akal = ?

Dah banyak jugak cr mengenai berfikir, akal, minda dan sebagainya daripada internet. Ada yang complicated, tak faham la pulak, ada yang macam tak sesuai pulak. Hehe tapi ape ape pon nih la serba sedikit yang diperolehi mengenai berfikir nih daripada wikipedia kan.

Camne pon klu ditengok eh nih pasal berfikir so x boleh nk tengok, ok kalau difikir2, minda tuh adalah satu proses yang sangat kompleks. Minda tuh secara keseluruhannya merujuk kepada aspek intelek dan kesedaran iaitu kombinasi – berfikir, persepsi atau tanggapan kita, memori, emosi, kehendak dan imaginasi, minda adalah satu proses kesedaran

Berfikir pulak melibatkan manipulasi informasi dalam serebral (satu bahagian dalam otak) di mana kita membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sebenarnya mmg satu proses yang sangat kompleks la kan, aku pon bkn la kaji beria-ia psl pemikiran nih hehehe.

Tak kisah la minda atau pemikiran, tapi kesimpulannye, nih la anugerah Allah yang dia bagi khas untuk manusia je kan. Nih yang membezakan kita dan haiwan, pemikiran kita, akal tuh. Tapi bile tengok zaman sekarang nih…x tau nak cakap macamana…banyak manusia dah malas nak berfikir, nak senang je, tak nak gunakan otak, akal yang diberi. Buat sesuke hati je kan.

Perlu diceritakan ke kat sinih perkara-perkara kerosakan yang dilakukan oleh so called ‘manusia’ nih? Layak ke seme ‘manusia’ digelar manusia? ‘manusia’ yang membunuh orang lain sesuke hati, tak kira tua, mude, baby, ‘manusia’ yang merosakkan alam sekitar sampai habis gondol hutan2 habih bukit ditarah, ‘manusia’ yang mencuri duit sampai ATM tuh diambiknya, ‘manusia’ yang rogol anak sendiri, yang bunuh, buang anak sendiri, manusiake tuh? Boleh digelar manusia ke ‘manusia’ yang ada akal, tapi akal die letak kat mana?

Jadi, gunakan akal, fikirkan dengan sebaiknya, kalau tak, ape bezanya manusia tuh dengan haiwan? Sedang haiwan pon sayang anak, dan die pon ikut fitrah die, dah die dijadikan macam tuh, dia jadi macam tuh la kan. Kita pon sebagai manusia, ada tugas kita. Sedangkan manusia pon x tahulah layak atau tak dipanggil manusia kan, inikan pula nak dipanggil khalifah pulak. Layak ke?

Fikir-fikirkan...bak kata Nabil - Lu fikir la sendiri..

No comments:

Post a Comment