Tuesday, September 29, 2009

Review Novel Tuhan Manusia

Rasa macam nak buat satu ruangan review dalam blog nih untuk mereview buku-buku dan bahan bacaan lain serta dokumentari, drama dan filem yang dirasakan menarik. Kadang-kadang bila dah ada collection buku yang kita baca, nanti lupa pulak kan. Kalau yang dibeli tuh boleh tahan lagi, boleh belek-belek semula. Kalau dipinjam dari member atau disewa, dh rasa rugi pulak. Tambahan pula, summarize bahan bacaan nih antara kelemahan juga. Bila dah habis baca, tak reti nak ringkaskan dan bagi komen yang berpatutan. So just bare with my writings k. Dan untuk berlaku adil, review bagi bahan bacaan berbahasa melayu akan dibuat dalam bahasa melayu, manakala bahan bacaan dalam bahasa inggeris akan direview dalam BI. Bahasa lain, blom lagi hehe.


Ok, jadi saya akan mula dengan buku bertajuk "Tuhan Manusia" oleh Faisal Tehrani. Ini sebenarnya merupakan karya kedua yang saya baca dari penulis ini. Terima kasih kepada sahabat2 di Goodreads kerana memperkenalkan saya kepada karya2 beliau.Sebelum ini, memang saya agak kurang membaca novel2 melayu. Jiwang sangat! Kecuali beberapa pengarang, novel melayu lain memang jarang dibaca dan pengarang ni memang berjaya membawa satu kelainan dalam dunia penulisan melayu yang dah tepu dengan bahan bacaan berunsurkan cinta tak abih2.

Cerita ini mengisahkan mengenai kisah Ali Taqi berdepan dengan kemurtadan abangnya, Talha yang terpengaruh dengan ideologi pluralism. Ali Taqi ni confuse dan cuba mencari jawapan bagi bermacam persoalan mengenai kemurtadan abang dia. Bagi mereka yang kurang arif dgn pluralisme, ideologi ini mengatakan bahawa semua agama itu sama, lampunya sahaja berbeza, tetapi cahayanya adalah sama. Saya juga ketika membaca novel ini hanya berjumpa sekali dua dengan istilah pluralisme ini. Tapi melalui pembacaan sedikit sebanyak sebelum ini, mereka mempertikaikan Islam atau mana-mana agama sebagai yang benar. Semua agama dianggap sama. Ini kerana tidak mungkin hanya spesifik satu agama sahaja yang membolehkan penganutnya ke syurga, manakala penganut lain ke neraka. Bagaimana pula dengan penganut agama lain yang baik seperti mother theresa misalnya, adakah mereka akan ke neraka?

Bagi saya, melalui kajian serba sedikit yang dijalankan mengenai agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, kesemua agama mengajak manusia ke arah kebaikan. Tiada agama yang menyuruh penganutnya membuat kejahatan. Ada agama yang menyuruh manusia mencuri? Ada agama yang suruh penganutnya membuang anak? Membunuh orang lain? Takde pon. Agama buatan manusia je yang membenarkan seme kejahatan tuh berlaku..atas kezaliman manusia tu sendiri. Jika semua orang mengikut dengan betul agama masing-masing, bagi saya mereka akan berjumpa juga dengan agama yang betul itu. Bukankah kebaikan itu Islam, bukankah saling mengasihi sesama manusia itu Islam, bukankah keadilan itu Islam, bukankah keamanan dan kesejahteraan itu Islam?Soal syurga dan neraka itu, biarlah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil itu tentukan. Bukan ahlinya kita ini untuk menentukan semua tu kan?

Jadi, novel ini banyak membuka minda, membuatkan kita tertanya, menyoal diri sendiri di mana duduknya agama kita..mengenai isu murtad, Islam Liberal serta ideologi pluralisme itu sendiri dalam cara yang lebih senang difahami berbanding kalau baca buku rujukan, sebab nih novel. Jadi memang saya sarankan, bacalah novel ni, tak rugi :D

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."

Friday, September 11, 2009

Apa pengertian raya buat anda?

Demi sahabat2 ku yang mengunjungi blog ni (ade ke hehe) digagahkan juga menulis sepatah 2 sebagai santapan minda. Berkenaan tajuk post pada kali ini yang berkisarkan raya, saya pasti mesti ramai yang dah tak sabar2 nak raya kn? Nak balik kampung, jumpa famili & saudara, pakai baju baru dan makan yang best2...itu yang sinonim dengan raya bukan? Kalau difikir-fikir balik,bila kita tolak part balik kampung dan makan2 tuh, rasa macam dah takde apa je dah raya yang disambut...dan pada pendapat saya, secara asasnya takde bezanya pon dengan perayaan-perayaan lain - Christmas, Deepavali, Gong Xi Fa cai.

Kalau tengok time perayaan lain, pon berkumpul jugak satu famili, ada makanan special (mengikut perayaan masing-masing), ada open house. Jadi apa yang membezakan perayaan hari raya kita ni sebenarnya? Apa yang kita nak rayakan? What are we celebrating anyway? Meraikan kita berpuasa sebulan? Saya kaji pula perayaan orang yahudi dipanggil Yom Kippur (Sebab bila kaji Christmas, sebenarnya dah banyak unsur2 pagan dimasukkan dalam perayaan tersebut, dikatakan sempena menyambut kelahiran Jesus, so search the net to know more k).

Ok so Yom Kippur ni adalah perayaan hari untuk repent, taubat, day of atonement bagi mereka. Ia juga dikatakan sempana meraikan turunnya 10 commandments iaitu sebahagian dpd Taurat kepada Nabi Musa. Jadi mereka juga berpuasa sebelum hari Yom Kippur tuh selama 25 hours (no food/water, no sex) dan pada hari Yom Kippur tu ada upacara keagamaan.Jadi mereka pon ada puasa juga.

Kalau kita lihat, ada persamaannya Yom Kippur dan raya Aidilfitri. Fitrah iaitu kita kembali kepada keadaan asal kita, bersihkan diri dari dosa, taubat, sucikan diri. Macamana kita mahu bersihkan diri dari dosa dan menyucikan diri? Dengan Al-Quran yang diturunkan semasa bulan puasa itu.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah: 185)


Al-Quran yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah dan sampai kepada kita. Pernah kita fikirkan betapa bertuahnya sebagai umat Islam, kita dapat mukjizat itu? Dengan berpegang dan kembali kepada Al-Quran kita akan berjaya. Kiranya flow dia adalah penurunan kitab, kita berpuasa (berpegang pada Al-Quran, menahan diri, beribadat, taubat) dan barulah kita capai kemenangan dan meraikannya, raya. Tak hairan jika ada persamaan pon, sebab asalnya adalah dari Allah jua. Manusia itu yang leka dan lalai dari berpegang kepada agama yang lurus itu.

Jadi, bagi saya itulah yang sepatutnya diraikan. Dengan bersyukur, bertakbir, dan memuji Allah. Tapi adakah kita layak untuk meraikannya jika kita tidak kembali kepada fitrah tersebut? Sedang ramai antara kita masih lena, sedang ramai antara kita dihina, sedang ramai antara kita dipijak2, sedang ramai antara kita dibunuh. Saya buat research mengenai Aidilfitri pun, yang banyak dihuraikan adalah dari aspek persiapan raya, amalan-amalan semasa raya dan pakaian. Apa signifikannya raya itu? Saya rasa pengertian raya yang kita ketahui terlalu shallow, cetek. Tiba masanya kita memikirkan dengan lebih mendalam, supaya hari raya itu lebih bermakna buat kita.