Saturday, December 27, 2008

Tagged - 16 perkara rawak

Disebabkan kene tag oleh Fiqin, so aku pon layan jela kan. haha

#1 Masuk sekolah di Malaysia mula dengan darjah 2 sebab sambung persekolahan dari overseas. Tapi kat sana darjah 2 umur 7 tahun. Jadi, aku muda setahun dari rakan2 sekelas masa sekolah rendah hoho tuh pasal slalu kne buli tuh

#2 Pernah memenangi pertandingan meniup rekoder (no. 3) dan mencipta puisi di sekolah rendah (numero uno)

#3 Selalu orang salah budget umur kalau suruh teka umur

#4 Amik lesen kereta after matriks, tapi lepas tuh langsung tak drive kereta berapa tahun tah. Masa dkt U final year, baru start drive kereta...officially

#5 Boleh bermain rekoder dan keyboard based on instinct, tak reti sangat nak tengok notes pon..kire blasah je janji jadi lagu tuh ahaha

#6 Tak pernah duduk hostel except matrix (KMPP) n UKM 1st year (hmm tuh pon hari2 blk rumah je, sama mcm x duduk hostel hehe)

#7 Aku anak 1st, ada 3 adek

#8 Pernah kena denda rotan tangan masa sekolah menengah sebab malas nak attend gotong royong huhu

#9 Subjek paling susah nak faham adalah fizik. Tak tahulah apsal tah

#10 Amik subjek bahasa arab sampai form 5. Tapi sekarang banyak dah lupa sebab takde orang nak cakap b.arab ngn aku (ceh pandai nak salahkan org ;P)

#11 Suka sangat baca buku. Rasa sehari tak membaca mcm ada kekurangan.

#12 Tak reti sangat ber "sports". Tapi minat la jgk follow sports nih kn bola ke (pengaruh membe time world cup 1998 hehe), badminton ke dll ikut mood.

#13 Pernah dapat hadiah dr Santa Claus huhu

#14 Suka jalan2. Tapi malangnya, xdelah banyak sgt kesempatan kan nak jln2 selalu.

#15 Dulu masa sekolah rasanya antara subjek yang paling tak menarik adalah sejarah. Boring, buat ngantuk je, xde kaitan ngn aku pon, mende dh lps. Tapi sekarang nih when I view it from a different perspective, sangat menarik rupanya :D

#16 Pernah masa matrix buat experiment ape tah kat lab, tgh syok campur2 seme bhn2 sekali rs pedih gile mata, rupa2 nye salah buat experiment tuh, seme org dlm lab lari keluar, mata pedih hehe. So moral of the story, nak buat experiment, sila lah baca dulu procedur, arahan dan langkah2 dalam buku tuh, barulah experiment tuh menjadi, kalau x, jadi mende lain dah nyusahkan org...hehe

Aaaa yg 16 org tuh susah tuh. Xpe akan diusahakan nanti ok ;P

Wednesday, December 17, 2008

Egyptology

Ok, setelah dikumpul-kumpulkan balik semua bahan-bahan mana yang boleh, kirenya boleh memulakan post mengenai ketamadunan nih. Dalam post2 yang lepas, ada yang bertanya apakah itu ketamadunan? Dan saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Night Angel.

"Akar kata TAMADUN atau MODEN atau MADANI itu sebenarnya adalah dari Al-Din, Dana, Yadnu, Madinah. Tamadun tidak hanya bermakna perubahan ekstrinsik seperti pembangunan yang pesat dan teknologi yang tercanggih, tetapi kita miskin dari segi roh, jiwa dan penghayatan maksud ‘din’ itu sendiri...."

Kiranya masyarakat yang dikatakan bertamadun adalah masyarakat yang teratur, tersusun, bersistematik. Jadi memang betullah satu ketamadunan tuh tak boleh kita define dari segi luaran sahaja, kerana apa yang paling penting adalah peradaban setiap rakyat yang berada dalam ketamadunan tersebut. Dan melihat kepada takrifan nih, kalau kita buat kajian, di samping kita nanti akan melihat achievements setiap ketamadunan nih, kita akan lihat juga social structure mereka. Jadi, kita akan lihat nanti kepada beberapa tamadun terdahulu, seperti Yunani, Rom, Mesir, Persia dan Islam. Kita start dengan ketamadunan Mesir.

Ketamadunan Mesir nih bermula kira-kira 3000BC dan berakhir dengan kejatuhannya di tangan Rom around 31BC Raja yang memerintah mereka seperti yang ramai ketahui, Firaun dan Firaun yang pertama memerintah mereka adalah Menes.

Kawasan ketamadunan ini terletak di sepanjang sungai Nil dan sungai ini yang menjadi nadi penggerak kepada aktiviti pertanian yang sangat bergantung kepada kitaran sungai Nil yang membawa lumpur yang mengandungi tanah subur dan dgn ini membolehkan mereka bercucuk tanam dan mendapat hasil yang banyak. Dan aktiviti pertanian ini yang banyak mencorak sistem kehidupan, pemerintahan dan struktur sosial mereka. Golongan pekerja adalah yang teramai.

Kebanyakkan mereka mengerjakan tanah yang dimiliki oleh pihak kerajaan, institusi keagamaan mereka atau golongan bangsawan. Golongan pekerja juga dikenakan cukai. Tapi, kehidupan golongan nih terjaga dari segi tempat tinggalnya, makanan dan lain-lain.Pekerja-pekerja nih ditempatkan di satu kawasan bernama deir al-medina (madinah? tamadun?) Kemudian, ada golongan bangsawan, wazir dan pemerintah tertinggi adalah Firaun yang menggubal undang-undang. Kiranya, di sini kita dapat lihat strata, ataupun status dan kedudukan lapisan masyarakat di Mesir dahulu.

Antara pencapaian mereka dari segi sains, teknologi, bahasa (hiroglif) dan sebagainya sememangnya maju. Contoh paling jelas adalah pembinaan piramid.Bayangkan di tengah-tengah padang pasir, bongkah-bongkah batu diangkut dari sungai, dipotong, polished dan kemudian disusun pula dengan bahagian dalam ada pula bilik-bilik. Dan setiap proses nih kena make sure siap on time. Memang hebat! Kiranya selain daripada pengurusan pekerja yang sangat ramai tuh, ada pulak sistem komunikasi supaya kerja berjalan lancar.

Teknologi yang canggih pada masa kini belum tentu dapat membina piramid. Dan sebab tuh juga maybe sebab dah malas nak fikir kot ada sebahagian come to a conclusion yang piramid nih dibina oleh alien! Hehe.Dan satu lagi, cara mereka memumifikasi mayat Firaun nih memang sangat kompleks . Bayangkan mayat yang dah beribu tahun tuh tapi still sampai sekarang kita boleh lihat.

Sebenarnya macam banyak lagi cerita pasal Mesir nih kan, tapi inilah sedikit sebanyak mengenai ketamadunan Mesir yang dapat dipaparkan kali nih. Ada terbaca bahawa sejarah tuh berulang-ulang . History repeats itself. Jadi nanti kita lihat yang lain pula...

Thursday, December 11, 2008

Korban @ pengorbanan

Walaupun agak terlambat untuk post entry berkaitan Hari Raya Korban a.k.a Haji a.k.a Aidiladha nih kan, tapi nak la jugak post. Sebabnya, kalau x post kali nih, nak kene tunggu taun depan...mcm lbt sgt la lagi kan hehehe. Sebenarnya, bukanlah nak bercerita mengenai raya tuh sangat. Saya pasti ramai dh yang tau, raya korban nih, adalah untuk mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail, dan disebabkan itu, secara simboliknya, kita mengorbankan binatang ternak. Dan umat Islam menyambut raya korban selama 3 hari, jika hendak dibandingkan dengan raya puasa yang hanya disambut selama sehari sahaja. Sebab itu di sesetengah kawasan ada yang menamakan raya korban dengan eid akbar (raya besar).

Jadi, berbalik kepada pengorbanan tadi, apa makna pengorbanan? Pengorbanan yang macamana? Sejauh mana kita dah berkorban dan sanggup berkorban ? Berbaloi ataupun tidak pengorbanan yang dilakukan?

Mungkin setiap orang tuh lain matlamat hidupnya, jadi makna pengorbanan bagi setiap individu tuh berbeza kan. Ada yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki - harta, pangkat dll. Ada yang berhabis untuk judi. Ada yang berhabis untuk kereta kesayangan. Ada yang berkorban untuk makwe....Hmm..kalau kaum wanita pulak, biasala kan, handbag, kasut, make up, accessories dll.

Ada yang mengorbankan alam sekitar memusnahkan hutan-hutan dan bukit-bukit untuk kesenangan segelintir golongan yang tertentu. Dan bila terjadinya tragedi yang mengorbankan nyawa, nak salahkan sapa? Malas jugak nak komen panjang2, sebab mendenya simple je, segala kerosakan yang berlaku di muka bumi nih, adalah salah manusia tuh sendiri...hmmm walaupun ade je yang menyatakan nih bukan human error..dh tuh, salah hujan? Aih...kdg2 fikir degilnya..bodohnya...zalimnya makhluk bergelar manusia nih.

Hmm..jadi bila dah tau matlamat pengorbanan tadi, dan dah korbankan apa yang patut mengikut kesanggupan diri masing-masing, barulah boleh nilai, berbaloi ke pengorbanan tuh akhirnya - dapat naik pangkat, atau pegang jawatan yang best, dapat banglo besar, kereta besar, wife cantik...@ for ladies dapat handbag LV, kasut CD, make up ape2 la jenama yang best tuh kan...priceless? worth it? Memang ini ke yang manusia seme inginkan dalam dunia yang sekadar satu persinggahan...

Jadi bersempena raya korban nih, sama-sama kita fikirkan erti pengorbanan. Moga pengorbanan yang kita lakukan tuh berbaloi, mendatangkan hasil kelak...