Friday, August 8, 2008

FAQ daripada non-muslim to muslims

Ini berkenaan dgn. beberapa soalan yang selalu ditanyakan oleh non-muslims kepada seorang nih. Dia nih actually a medical doctor. Tapi mmg suke kaji Quran dan juga kitab-kitab agama lain – bibles (yang ade ntah berapa version tuh), Talmud, Taurat, dan kitab-kitab Hindu. Dia nih mmg famous because of kehebatan dia memberikan explanation based on sound and logical facts. Ada sekali tuh die nih penah debate ngn Dr. William Campbell about “Quran and Bible in the Light of Science. Eh lupa plk nama dia Dr Zakir Naik.

Ok, so ade beberapa soalan lah yang selalu ditanyakan pada Dr. Zakir nih. Antaranya :

When Islam is against idol worship why do the Muslims worship, and bow down to the Kaaba in their prayer?
Islam melarang penganutnya menyembah sebarang berhala, tetapi kenapa umat Islam dilihat sebagai menyembah Kaabah?

All religions basically teach followers to do good deeds. Why should a person only follow Islam? Can he not follow any of the religions?
Seme bentuk agama pun mengajak kepada kebaikan, jadi, kenapa seseorang perlu menganut Islam dan bukan agama lain?

So macamana? Kita sebagai muslims bole jawab ke kalau diajukan soalan-soalan macam nih?
Ataupun kita sendiri pon kurang arif mengenai agama kita sendiri.

Rasanya tidak patut kewajiban mencari jawapan kepada persoalan macam nih disandarkan kepada ustaz-ustaz dan orang alim semata. Derang muslims, kita pon muslims, kalau macam tuh macamana? Kita mengaku muslims tapi tak tahu pasal agama sendiri kan.

Nih baru 2 soalan nih. Ada lagi soalan lain, tapi post lain la pulak kn. Kalau letak semua, panjang blog nih.

Jawapan:

Kaabah merupakan kiblat (arah umat Islam semasa melaksanakan solat). Dan sudah pasti bukan Kaabah tuh yang disembah. Yang disembah hanyalah Allah. Ia juga symbol penyatuan muslims.

Kalau ikut dalam Quran pon ade explain jugak :

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. 2:144

Kat sini pon jelas, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.
Jadi muslims bukan menyembah Kaabah tuh.

Aih nih pon dh panjang. Ok hmm the second question, ape kata korang fikir, cube buat research cari jawapan. Next post baru aku bgtau hehehe.

No comments:

Post a Comment