Monday, June 23, 2008

Manusia - akal = ?

Dah banyak jugak cr mengenai berfikir, akal, minda dan sebagainya daripada internet. Ada yang complicated, tak faham la pulak, ada yang macam tak sesuai pulak. Hehe tapi ape ape pon nih la serba sedikit yang diperolehi mengenai berfikir nih daripada wikipedia kan.

Camne pon klu ditengok eh nih pasal berfikir so x boleh nk tengok, ok kalau difikir2, minda tuh adalah satu proses yang sangat kompleks. Minda tuh secara keseluruhannya merujuk kepada aspek intelek dan kesedaran iaitu kombinasi – berfikir, persepsi atau tanggapan kita, memori, emosi, kehendak dan imaginasi, minda adalah satu proses kesedaran

Berfikir pulak melibatkan manipulasi informasi dalam serebral (satu bahagian dalam otak) di mana kita membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sebenarnya mmg satu proses yang sangat kompleks la kan, aku pon bkn la kaji beria-ia psl pemikiran nih hehehe.

Tak kisah la minda atau pemikiran, tapi kesimpulannye, nih la anugerah Allah yang dia bagi khas untuk manusia je kan. Nih yang membezakan kita dan haiwan, pemikiran kita, akal tuh. Tapi bile tengok zaman sekarang nih…x tau nak cakap macamana…banyak manusia dah malas nak berfikir, nak senang je, tak nak gunakan otak, akal yang diberi. Buat sesuke hati je kan.

Perlu diceritakan ke kat sinih perkara-perkara kerosakan yang dilakukan oleh so called ‘manusia’ nih? Layak ke seme ‘manusia’ digelar manusia? ‘manusia’ yang membunuh orang lain sesuke hati, tak kira tua, mude, baby, ‘manusia’ yang merosakkan alam sekitar sampai habis gondol hutan2 habih bukit ditarah, ‘manusia’ yang mencuri duit sampai ATM tuh diambiknya, ‘manusia’ yang rogol anak sendiri, yang bunuh, buang anak sendiri, manusiake tuh? Boleh digelar manusia ke ‘manusia’ yang ada akal, tapi akal die letak kat mana?

Jadi, gunakan akal, fikirkan dengan sebaiknya, kalau tak, ape bezanya manusia tuh dengan haiwan? Sedang haiwan pon sayang anak, dan die pon ikut fitrah die, dah die dijadikan macam tuh, dia jadi macam tuh la kan. Kita pon sebagai manusia, ada tugas kita. Sedangkan manusia pon x tahulah layak atau tak dipanggil manusia kan, inikan pula nak dipanggil khalifah pulak. Layak ke?

Fikir-fikirkan...bak kata Nabil - Lu fikir la sendiri..

Monday, June 16, 2008

From Msia to Bangla to Jeddah to Madinah to Mekah and back (pheww….looooong journey)

Waaa..lamanya x memblog dh lebih 2 minggu. Kali nih wat in BM sbb ade jgk request nk wat in BM sng nk baca hehe.

Alhamdulillah, selamat sampai balik ke Malaysia, selepas perjalanan yg sangat panjang. Macam-macam cabaran dan dugaan dihadapi, hanya Allah yg mengetahui. Tapi bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman yang diperolehi yang hendak dikongsikan bersama.

Mula-mula perjalanan pon dah diuji, sebab flight delay dan disebabkan ketiadaan tiket flight lain, kami menaiki flight chartered, Bangladesh tuh. Actually nih macam kes tipu la jgk sebab mengikut travel agent nih, supposedly naik Qatar or Saudi tapi nih naik Biman plk ish ish ish…dahla delay, lambat pulak tuh..mmg menguji kesabaran.

Oklah, kitorang pon naik flight (12pm Msia time) , dan sampai ke Dhaka, Zia International Airport (3pm Dhaka time) . Dari sana disebabkan kerenah birokrasi yang tah ape2 nk klua from airport pon lambat. Sebab kitorang disediakan hotel sementara menunggu flight transit ke Jeddah. Nak kluar from airport kene bayar 20USD per person…So after a few hours baru setel seme and kami p ke hotel. Kat Bangladesh, traffic nye..tak tau la nk ckp camne, bawak kereta mcm ape plus hon hon tuh mmg constant all the time kene tekan.

So after lepak2 hotel, rehat + makan, pkl 11pm (Dhaka time) gerak p Jeddah. Perjalanan 6 jam tuh..lama banget. Tp sampai kt Jeddah 5am (Jeddah time). Kat sana pkl 5am dh terang dah sbb musim panas, so siangnya panjang…subuh msk pukul 4am. Memang kene bgn awal pagi btul tuh hehe.

After setel passport, visa, luggage seme, naik bas utk bertolak ke Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan dr Jeddah ke Madinah dijangkakan selama 6 jam, tapi campur berenti makan..solat dan lain2..jadinye 8 jam. Pukul 3pm baru sampai Madinah. Sekitar Madinah, kalau tengok bangunan2 die, xde yg lebih tinggi dari menara masjid nabawi.

After check in hotel Jawharatul Fayroz, setelkan bilik seme, bersiap untuk solat maghrib, iaitu solat yg 1st di masjid nabawi. Hotel tuh dekat je ngn masjid, sng nk p. Time cuti2 sekolah nih mmg ramai org Malaysia p umrah sekali. Orang2 negara lain pon ramai, tp yg pastinye bile time solat, mmg berduyun2 org datang utk solat.

Selain dpd tuh, org2 perempuan, biasela…shopping la kn..ape lg hehe. Brg2 sana bole kata affordable la n sng je nk tawar menawar sbb seme pekedai pon tau cakap melayu (diorang tau org Msia kuat shopping tuh blaja bhs melayu tuh haha).

Sekitar Madinah, kitorang dibawak la melawat tempat2 ziarah mcm Masjid Quba’ (Masjid 1st yg Rasulullah bina), Masjid Qiblatain, p tpt cetak Quran n ladang kurma.

Satu lagi pengalaman yg x bole lupa kt Madinah nih masa kt Masjid Nabawi, time nk p Raudhah dalam tuh. Raudhah nih actually area makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Tempat nih dikatakan sebagai salah satu taman dari taman-taman syurga dan tempat berdoa yang makbul. Bagi orang perempuan susah sikit nak masuk because of the time limit. Perempuan dibenarkan masuk time after Subuh and after Zuhur sahaja. Before masuk tuh kene berkumpul dulu ikut negara seme, so adalah geng2 dari Pakistan, dari iran jgk dari Syria dan lain-lain. Diorang nih badan besar2 n kuat so pengawal kt Raudhah tuh bagila derang masuk dulu, takut kitorang dari Msia nih yang badan kecik2 nih kene himpit seme kan. Tapi kire bila masuk tuh pon berebut jgk tuh. Pengawal tuh pon kasi can kt situ kejap je, lps tuh kene halau dah hoho. Tapi sempat jgkla berdoa n solat sunat kt situh.

Lepas 3 hari kt Madinah, kitorang pon berangkat la ke Mekah pulak. Perjalanan dalam 6 jam jugak. Singgah dkt Bir Ali untuk niat umrah kt situ. Pukul 10pm sampailah ke Mekah dan lepas setel hotel seme, buat umrah.

Sekarang nih tgh buat renovation kat Mekah, tgh besarkan Masjidilharam and menambahkan hotel-hotel. Musimnya pulak, musim panas, mmg kalau tghari n petang time Zuhur dan Asar tuh panas amat bole sampai 47 darjah celcius tuh. Disebabkan musim panas, so waktu siangnye panjang. Pukul 4 dh masuk Subuh, Isyak pulak sama mcm kt Malaysia, pukul 8.30 lebih kurang. Mula-mula nak adjust tuh kire susah jgk tuh maklumla diriku ini bukan la seorang yang senang nk bangun awal hahaha tp lama2 okla.

Ape yang menarik yang dapat dilihat kat Mekah pon sama macam madinah, kalau time solat tuh, seme org pon solat, p masjidilharam. Seme orang pon orang Islam kn…n supposednye kaabah tuh adalah simbolik kepada penyatuan umat Islam, menunjukkan kite adalah searah, satu tujuan dan tuhan yang disembah pon satu je, ALLAH.
Tapi kalau tgk, manusia tuh mcm2 perangainye. Ade yang taksub pada kaabah tuh, berebut2 nak cium hajarulaswad seme. Dkt sini pon nampak tak bersatu, so macamana nak kalahkan musuh-musuh Islam tuh kan kalau difikirkan.

Tapi kalau makanan..best tuh..hehe jus mangga die..kebab..nasik arab.. aiskrim die yang mkn plk time panas2 ish ish mmg best. Kt Mekah pon, dibawak jugak round2 tempat2 ziarah macam bukit uhud, bukit thur, jabal rahmah, jamrah dan ladang unta hoho.

Selepas tuh, hari-hari seterusnya sampai balik, memang dihabiskan untuk beribadah dan shopping (sempat lagi haha).

Lepas tuh tibe la masa bertolak balik dah. So kembali ke airport Jeddah dan dari situ transit balik ke Bangla. Flight delayed ish ish. Stay plk kt Bangla tuh lagi sehari. So jalan2 la jgk kt Bangla tgk parlimen die lah umah presiden die seme..shoping lagi huhuhu hampeh btol. Lps tuh baru blk…sampaila ke Msia dgn selamat, Alhamdulillah. Tapi rsnye yang plg berkesan adalah rasa bersyukur yg amat berada di Msia nih…yg x best..blk2 minyak naik…waaaa…nih sure seme brg lain pon naik..ptuh fikir balik, spi bile kite kt Msia nih akan diberikan keamanan ataupun mungkin dalam sekelip mata je, keamanan yg ada nih bole ditarik……

p/s : 4 pix, tgkla dlm frenster ye hohoho