Monday, November 29, 2010

Raja terkaya!

Terbaca berita mengenai raja-raja/sultan atau pemimpin negara yang terkaya di dunia. Seperti biasa, kalau bab-bab kekayaan ni, dari mana lagi datangnya jika tidak dari Forbes kan?

Jadi tersenarailah 15 pemimpin negara yang terkaya yang anda boleh lihat senarainya di sini. Merekalah orang-orang bertuah yang dilahirkan dengan kekayaan melimpah ruah.

Dan antara 15 pemimpin tersebut, 9 daripadanya adalah dari negara Islam, (Ataupun dari nama pemimpin serta nama negara tersebut memang bunyinya Islamla kan) Dengan Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan (UAE) menduduki di tangga yang kedua, diikuti King Abdullah (Saudi Arabia) dan Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei) ditangga keempat dalam senarai tersebut.

Lebih daripada separuh pemimpin dunia terkaya, merupakan pemimpin negara Islam..hebat!

p/s - Perhatikan, Queen Elizabeth pon hanya menduduki kedudukan ke 12

Friday, November 26, 2010

Takut Kerana Pandai


Photo from : http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=982


Sudah menjadi lumrah dalam dunia ini bahawa manusia itu akan berasa takut atau 'insecure'
sekiranya dia tidak mengetahui sesuatu perkara. Namun begitu, ada pula yang takut atau cuak apabila dia mempunyai kelebihan di dalam sesuatu perkara. Misalnya seorang rakan saya pernah bercerita, bahawa di jabatannya, disebabkan oleh dia mempunyai kelayakan dalam bidang IT, maka segala perkara yang bersangkut paut dengan IT diserahkan kepada dia untuk menyelesaikannya, tak kiralah perkara tersebut sekecil atau sebesar mana. "Tolong burnkan CD ni"...."PC ni tak hiduplah, kenapa ek?", .."Internet kat PC ni slow, boleh tolong cek?"..begitulah antara permasalahan yang dilontarkan, sedangkan ada juruteknik IT, dan dia banyak urusan lain yang lebih penting untuk dihadap.

Begitu juga dengan seorang lagi sahabat lain apabila saban tahun dilantik
sebagai Setiausaha bagi persatuan yang disertainya, Alasannya "Kau memang yang paling layak".."Kau dah biasa dah buat kerja ni" "Aku tak tere macam kau, so kau jelah yang jadi setiausaha" Kalau difikirkan, banyak lagi sebenarnya contoh yang boleh diberikan, namun harapnya pembaca dapat menangkap apa yang saya cuba katakan di sini. Ya memanglah si polan tuh layak, boleh membuat kerja-kerja yang diberikan, tapi orang lain tak nak belajar ke? Sudahnya kalau si polan tu dah takde, tak ke kelam kabut? Bila si polan tu pula dilantik, banyaklah pula soal jawab serta penundingan jari. Tak puas hati itu dan ini, segalanya serba tak kena.

Kebenarannya ,kadangkala memang takut kerana pandai. Kerana kita diberi tanggungjawab
yang besar. Namun, cuba kita ubahkan perasaan tersebut kepada perasaan berani. Berani hadapi cabaran.Berani juga untuk berkata tidak jika perlu. Ya, untuk berkata tidak juga memerlukan keberanian, dan kita sendiri perlu menilaikan.