Sunday, February 22, 2009

Apa Erti Kebebasan?

Disebabkan banyak hal, tak sempat nak update blog...aih alasan semata tuh..pttnye konsisten kn..anyway..kali nih nak diajak memikirkan mengenai kebebasan. Ini rentetan dari satu dokumentari mengenai sebuah negara yang saya baru tonton. Hmm..macam tak percaya pon ada..seriously Modern Pharoah.Negara nih mengamalkan komunism dan junte- memisahkan diri dpd dunia luar..taknak ade kaitan dgn negara lain, mahu berdikari sbb serik dengan penjajahan asing.Tapi masalahnye..sebuah negara miskin..yg penduduknya tak cukup makan..yang sememangnya nk berdikari memang tak logik.

Jadi adakah tindakan nk berdikari dan mendapat kebebasan negara sendiri itu betul? Sampai rakyat seme mati kebuluran...kanak-kanak terbantut pembesaran..tapi satu yang menarik..rakyat seme taat yang amat pada pemimpin kesayangan mereka...hmmm tak tahulah atas dasar apa..konon2 bangga sebab pemimpin itu yang mendapatkan kebebasan bagi mereka...dan memberikan hak sama rata pada semua rakyat...ataupun..atas dasar takut..sebab pemimpin dia nih pemerintah kuku besi...sape yg dia tahu tak setuju dgn cr pemerintahan dia..merungut..melawan..akan dibunuh je..bebas ke tuh?


Apa itu kebebasan? Adakah kebebasan itu dapat ditakrifkan sebagai tiada batasan...we can do whatever we like..whenever we like..how we like it..kesimpulannye sesuka hati. Adakah itu bebas? Hmm.. sebagai contohnya...kebebasan untuk merompak..membunuh...dan apa-apa saja yang disukai.Adakah itu kebebasan yang kita kehendaki?Ataupun kebebasan untuk memonopoli perniagaan, kapilisme...bebas untuk terus kaya..dan bebas dari memikirkan orang-orang miskin..anak-anak yatim adakah itu erti bebas?Rasanya..kalau itu makna bebas...memang habis. Hidup tanpa aturan..tanpa pegangan. Contoh macam burung yang kita nampak bebas terbang di angkasa...memang boleh terbang tinggi tapi adakah kebebasan itu bermakna dia boleh terus je terbang sampai ke atas lagi..melepasi segala sfera2 yang ada..ataupun ade batasan? Mestilah ada batasan ketinggian yang berbeza bagi setiap jenis burung...kalau burung tuh degil..nak jgk melepasi batas tuh ape jadi? Mungkin burung tu tak dapat terbang secara optimum..atau mungkin terus mati sebab makin ke atas..oksigen makin kurang kn? Jadi batasan itu bersebab kn?

Inikan lagi manusia...macamana nak hidup tanpa peraturan..tanpa pegangan. Memang seronok buat sesuka hati...tak perlu fikir apa-apa..bahagia je hidup tanpa restriction ye ke? Habis tuh..kalau contoh..ada sorang nih mencuri kereta kita..hidup tak ada undang-undang kan...so dia terlepas je...hidup kite sendiri bebas ke? Ke makin tak bebas sebenarnya? Memikirkan hari-hari ada kes curi..kes rompak..kes bunuh..rogol dll. Tak selamat, makin tekanan, makin stress..makin tension..bebas amendenya kn?

Itu kalau tak ade peraturan...memang bebas sebebasnya nak buat sesuka hati...hmmm tapi rsnye kita nih hidup berperaturan kn? Ada undang2 yg perlu diikuti...tapi kenapa masih berlaku segala kejahatan...kemungkaran? Kenapa masih tak rasa bebas...rasa selamat? Contoh..br je tgk berita mlm tadi mengenai kes rompak + bunuh yang berlaku pada pukul 9 pagi! Owner rumah keluar kejap je..terus perompak2 masuk..tikam owner sampai mati..ikat ahli famili lain + rompak brg2 di siang hari! Haih...ini ke boleh dikatakan satu perasaan yg bebas? So kenapa sebenarnya? Macamana sebenarnya? Apa sebenarnya yg terjadi nih? Sebab ku ingin BEBAS!!!

So minta jasa baik utk memberikan pandangan apa erti kebebasan bagi anda...

Sunday, February 1, 2009

Kenapa orang Yahudi Bijak?

Sementara isu Palestin nih masih lagi mendapat tempat di media massa dan di hati kita, ingin saya kongsikan di sini mengenai satu artikel yang saya perolehi mengenai "Kenapa orang Yahudi Bijak". Artikel nih ringkasan daripada satu tesis PhD. mengenai kehidupan org2 Yahudi yang menjadikan mereka bijak sebab dalam kajian ini dia nak mencari adakah kebijakan Yahudi tuh a coincidence or dicipta/dipupuk. Jadi di sini saya ringkaskan isi pentingnya.

Ok, sejak wanita Yahudi tahu die pregnant, memang pemakanan akan dijaga. Makan ikan, cod liver oil, kacang badam dll mknn yang baik2. Bkn tuh je, die turut akan menyelesaikan soalan2 matematik dan dengar muzik untuk stimulate perkembangan otak baby. Bkn wanita pregnant je, most org Yahudi mmg jaga mkn cth: kalau makan ikan, tak mkn daging sekali (Kalau ikut, ada je hadith psl nih, nak folo ke x nk je - sbb scientifically, mmg tak elok mkn sekali ikan + daging), then mkn buah dulu, baru mkn yg berat2.Makanan...npk remeh je kan tapi sebenarnya sangat penting, menjadi darah daging kan..tuh psl derang sgt2 jaga mknn tuh.

Disekolah pon, since tadika lagi, mknn turut dijaga, dan aspek pendidikan sgt ditekankan. Seme akan belajar 3 bhs - English, Arab dan Hebrew dan ilmu berkonsepkan sains dan perniagaan adalah plg utama. Di samping tuh, derang blaja musik - piano, violin (wajib). Muzik nih actually mmg scientifically proven dpt membijakkan otak, cb cr research psl nih. Dan sukan turut dimasukkan - menembak, memanah, berlari (seme sports yg boleh tingkatkn fokus, klu igt lg, zmn rasulullah pon ada jgk penekanan sports yg mcm nih).

Bila sebut psl Yahudi, tak sah kalau tak involve perniagaan kan. Di sana, kalau sesiapa yang ambil kursus perniagaan/business ke ape2 yang berkaitan dengan berniaga nih kan, untuk lulus kursus tersebut, dia perlu prove business idea yang dia buat tuh betul2 berkesan. So projek yang students nih share dalam 10 orang perlu dibuktikan berjaya dengan mendptkn keuntungan sebyk $1juta, baru boleh lulus.Lps tuh business idea tuh terus bole implement. Derang pon of course ade support group yang sgt kuat dari pertubuhan2 perniagaan mereka.

Kemudian, merokok merupakan satu taboo bg org Yahudi. Sebab merokok boleh membengapkan otak+org2 lain yg sedut asap tuh...oksigen tak cukup sampai ke otak. Tp ironinya, company rokok terbesar derang punya la kan. Bijak tak? Membengapkan org, sambil tuh dpt duit plk hahaha.

So itula sedikit sebanyak mengenai kenapa yahudi bijak. So bila fikir balik, patutkah kita salahkan derang atas kebijaksanaan derang? Sebab Allah Maha Adil, kalau dh satu2 kaum tuh berusaha, memang mereka akan dapat apa yang diusahakan. Jika kekayaan dan kesenangan yang mereka mahukan dan usahakan itu yang mereka perolehi, setimpal dgn apa yang mereka buat. Takkan nak tiba2 marah dan tak puas hati atas usaha mereka.

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (13:11)

Usaha tuh bukannya mudah...perlu diingatkan derang nih dh siap kene holocaust, ditindas jgk tapi mampu bangkit balik.Macamana derang bangkit walaupun seperti yang kita ketahui, tak ramai pon..klu nk compare, ade 14mil org yahudi dan 1.5bil org Islam.Tapi kalau tgk list penerima nobel sme die, kalau perniagaan seme die, science + technology mmg die konker. Sebelum nak tuding jari menyalahkn org, kene igt, 4 jari kene balik kat kita. Daripada asek kutuk2 atau dlm erti kata lain bebual jgk la tuh kan gn mulut je lebih, tapi tak ada tindakan, patutnya mantapkn diri dlu...hmmm sebenarnya diri tuh mmg yg 1st kene berubah, tapi seperti yg dinyatakan dlm ayat td, KAUM tuh kene berubah. Berjemaah, bersatu, bknnnya kerje sorang2...