Monday, October 27, 2008

Dulu, kini, akan datang ?

Baru-baru nih (tak delah baru sgt, hmm..time raya hari tuh) terbaca satu buku nih mengenai tamadun-tamadun zaman dahulu (ancient civilization). So after baca buku tuh,dan cari melalui beberapa sites, ada bahan menarik untuk dikongsikan mengenai ketamadunan nih.

Mungkin ramai diantara kita yang tidak menyedari bahawa sebenarnya, fahaman kapitalis, liberal dan sosialis nih dah wujud lama dah sebenarnya. Kita tau sejarah seme sistem nih dpd buku sejarah kita, ianya bermula pada zaman enlightenment kan? Tapi, dari zaman ketamadunan Yunani (1100-146BC) dan Rom (1000BC-500AD) lagi, dh ada dh. Pemerintahan mereka juga berubah daripada pemerintahan raja-raja, kepada demokrasi.Kehidupan mereka pada zaman tersebut, ideologinya lebih kurang sama la dengan keadaan sekarang ni- Mereka ada agama tetapi mereka taksub pada keupayaan dan kehebatan manusia semata-mata (humanism) dan juga materialism. Kira macam ala-ala ateist jugak.

Dan yang menarik, sebelum Darwin mengatakan mengenai teori evolution, seorang yang bernama Anaximander telahpun menyatakannya terlebih dahulu mengenai haiwan yang bermula dari air, kemudian setelah air surut, ia bertukar menjadi haiwan darat. Dan elemen ”survival of the fittest” juga telah dinyatakan oleh Heraclitus.

Manusia apabila sudah tiada pegangan, arah panduan boleh melakukan apa sahaja sesuka hati dengan sewenang-wenangnya. Selepas tuh, memang ada ketidakstabilan akibat daripada apa yang mereka cipta sendiri. Macamana kejatuhan ketamadunan Yunani dan Rom nih? Ada banyak sebab sebenarnya, dan antaranya disebabkan oleh kelemahan pimpinan, ekonomi tidak lagi stabil – inflasi dan kemiskinan dan ada juga yang mengatakan ia disebabkan faktor alam sekitar seperti pencemaran.

Jadi selepas ketidakstabilan dan kejatuhan sistem yang mereka cipta sendiri, apa yang terjadi? Macamana pula pemerintahan dan kehidupan mereka? Ada sesiapa yang take over ke?

Kiranya, macam zaman enlightenment, industri dan revolution dulu, ide-ide ataupun fahaman-fahaman yang diwujudkan seperti demokrasi, parlimen, darwinism dan sebagainya bukanlah fahaman-fahaman baharu. Mungkin pada zaman Yunani dan Rom tuh namanya takdelah sama kan, tapi konsep yang hendak dipaparkan tuh sama sahaja. Jadi, daripada zaman enlightenment tuh ( lebih kurang dalam tahun 1700) sampai la sekarang nih kan, walaupun fahaman tuh wujud dari barat (Perancis, Jerman dan British), tapi ia diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Hmm...so macamana ketamadunan kita sekarang nih? Sebab turun dan naik sesebuah ketamadunan tuh bergantung kepada manusia yang menjalankannya. Masing-masing sepatutnya memegang amanah untuk memakmurkan bumi. Kalau tak dijaga....(untuk difikirkan dan dijawab oleh diri masing-masing). Kita tak nak ambil pelajaran ke terhadap apa yang telah terjadi pada ketamadunan-ketamadunan dahulu?

Jadi sebenarnya sehebat mana ketamadunan dulu nih? Mestilah tak sehebat sekarang kot, sebab tuh ketamadunan mereka dah berakhir...ok nantikan post seterusnya, kita tengok timeline ketamadunan manusia. Tunggu......

Thursday, October 9, 2008

Depression

Krisis ekonomi..satu isu yg paling besar masa nih kan. Ke ada yang masih x realize? Maybe sbb x rasa efek lagi tuh kot...seme kaye2 nih ek..hehe lain la aku nih sesak dan bertambah sesak. I'm no economist, tapi saje jela nak share je ape opinion aku kn.

Rasa mcm baru2 nih je start isu ni. Tiba2 je kan. Tak ade ribut tak ade angin terus dengar cerite company lehman bankrup, lps tuh AIG (yang sponsor ManU tuh) terpaksa menerima 85 billion USD daripada rizab US State sebagai bantuan kewangan, dan jugak 700 billion USD yg US keluarkan (duit taxpayers derang la tuh) utk bailout bank2 dan comp yang tgh cronic.Bile keadaan economy mcm nih, rege brg pon naik, dan unemployment pon berlaku.

Dan kalau tengok, stock market kt US still jatuh je merudum-rudum. Dan mende nih mcm domino effect,satu-satu jatuh. Kat europe, kt asia, the whole world la kesimpulannya kn. Sampai 8 October arituh bursa saham Russia dan Indonesia terpaksa ditutup sebab teruk sgt, index jatuh melebihi 10% dalam masa tak sampai sehari pon. Dan kalau tengok, setiap negara pon masing-masing dh merangka plan tindakan untuk save economy negara msg2. (Hmm I wonder Msia ade ke ek ape-ape plan?) Will this crisis end? Adakah kita safe? The whole world tgh mcm nih, so adekah jaminan, guarantee kita tak akan kene ape2-directly or indirectly.

Kadang-kadang terfikir, sebuah negara besar, US tuh,bank2 yang gah, yelah kalau ikut bank kan, tempat terkumpulnya duit, buat investment, amik faedah dpd setiap org yg amik loan dr bank tuh brp byk tuh..bole bankrup...Kalau ikut, mostly berlaku sebab subprime mortgage, senang sgt nk bagi kredit/loan wpun pada org2 yang tak layak sebenarnye utk memiliki aset-tanah, rumah, kereta. Orang makin seronok berhutang. Tak kisahlah dari banks ke, insurance, perabot, kad kredit sbb senang sangat. Jadi, bile org yg amik loan nih tak dapat bayar balik..ape jadi? Especially bile berlaku inflasilah bagai kan. And mende nih lead to economic stagnancy. Xde liquidity

Satu perkara yang menarik kat sini, ape yang berlaku skrg nih kt US, sebijik mcm ape yang terjadi zaman 30an iaitu the great depression. Mende nih start dgn kejatuhan market 29/10/1929 (Black Tuesday). International trade lumpuh, perindustrian pon habis, as well as pertanian dan jugak unemployment. Memang US time tuh teruk amat dan the whole world pon habis seme kene economic crisis.Tak menarik lagi? OK, so berakhirnya era great depression nih ade bersangkut paut dengan WORLD WAR 2! Yang dipanggil war economy. After berlakunye great depression nih, terjadilah perang dunia kedua.

Ape kaitan perang utk solve economic problem? Bukan lagi teruk ke? Bukan ramai yang mati ke? Maybe inilah yang dikatakan the survival of the fittest. Bile negara2 nih pergi berperang, permintaan utk heavy industry (penghasilan peralatan perang) meningkat. Peluang pekerjaan pon ade (as askar, as pekerja kilang dll) So after perang nih tamat, dengan berjuta2 penduduk dunia mati, habis musnah seme kan, US muncul sebagai satu kuasa ekonomi terbesar dunia...So sekarang nih macamana?

Tuh baru cerita psl economic tuh..nak tambah psl crisis politic plak ke? Kt US - Obama VS Mc Cain..Hmmm kt sini pon cam same je, memang kita nih suke sgt ikut derang nih.Think about it...ape bakal jadi lps nih....