Friday, September 11, 2009

Apa pengertian raya buat anda?

Demi sahabat2 ku yang mengunjungi blog ni (ade ke hehe) digagahkan juga menulis sepatah 2 sebagai santapan minda. Berkenaan tajuk post pada kali ini yang berkisarkan raya, saya pasti mesti ramai yang dah tak sabar2 nak raya kn? Nak balik kampung, jumpa famili & saudara, pakai baju baru dan makan yang best2...itu yang sinonim dengan raya bukan? Kalau difikir-fikir balik,bila kita tolak part balik kampung dan makan2 tuh, rasa macam dah takde apa je dah raya yang disambut...dan pada pendapat saya, secara asasnya takde bezanya pon dengan perayaan-perayaan lain - Christmas, Deepavali, Gong Xi Fa cai.

Kalau tengok time perayaan lain, pon berkumpul jugak satu famili, ada makanan special (mengikut perayaan masing-masing), ada open house. Jadi apa yang membezakan perayaan hari raya kita ni sebenarnya? Apa yang kita nak rayakan? What are we celebrating anyway? Meraikan kita berpuasa sebulan? Saya kaji pula perayaan orang yahudi dipanggil Yom Kippur (Sebab bila kaji Christmas, sebenarnya dah banyak unsur2 pagan dimasukkan dalam perayaan tersebut, dikatakan sempena menyambut kelahiran Jesus, so search the net to know more k).

Ok so Yom Kippur ni adalah perayaan hari untuk repent, taubat, day of atonement bagi mereka. Ia juga dikatakan sempana meraikan turunnya 10 commandments iaitu sebahagian dpd Taurat kepada Nabi Musa. Jadi mereka juga berpuasa sebelum hari Yom Kippur tuh selama 25 hours (no food/water, no sex) dan pada hari Yom Kippur tu ada upacara keagamaan.Jadi mereka pon ada puasa juga.

Kalau kita lihat, ada persamaannya Yom Kippur dan raya Aidilfitri. Fitrah iaitu kita kembali kepada keadaan asal kita, bersihkan diri dari dosa, taubat, sucikan diri. Macamana kita mahu bersihkan diri dari dosa dan menyucikan diri? Dengan Al-Quran yang diturunkan semasa bulan puasa itu.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah: 185)


Al-Quran yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah dan sampai kepada kita. Pernah kita fikirkan betapa bertuahnya sebagai umat Islam, kita dapat mukjizat itu? Dengan berpegang dan kembali kepada Al-Quran kita akan berjaya. Kiranya flow dia adalah penurunan kitab, kita berpuasa (berpegang pada Al-Quran, menahan diri, beribadat, taubat) dan barulah kita capai kemenangan dan meraikannya, raya. Tak hairan jika ada persamaan pon, sebab asalnya adalah dari Allah jua. Manusia itu yang leka dan lalai dari berpegang kepada agama yang lurus itu.

Jadi, bagi saya itulah yang sepatutnya diraikan. Dengan bersyukur, bertakbir, dan memuji Allah. Tapi adakah kita layak untuk meraikannya jika kita tidak kembali kepada fitrah tersebut? Sedang ramai antara kita masih lena, sedang ramai antara kita dihina, sedang ramai antara kita dipijak2, sedang ramai antara kita dibunuh. Saya buat research mengenai Aidilfitri pun, yang banyak dihuraikan adalah dari aspek persiapan raya, amalan-amalan semasa raya dan pakaian. Apa signifikannya raya itu? Saya rasa pengertian raya yang kita ketahui terlalu shallow, cetek. Tiba masanya kita memikirkan dengan lebih mendalam, supaya hari raya itu lebih bermakna buat kita.

Thursday, July 2, 2009

Dalam dilemma lagi - derma sekolah/asrama anak yatim

Asyik dalam dilema je kan? Baru-baru ni, masa tengah isi minyak kat satu stesen minyak nih adalah seorang budak ni meminta derma untuk sekolah agama/ rumah anak yatim. Lepas tu masa tengah makan malam dgn famili, pon ada jugak budak-budak minta derma. Rasa mesti ramai jugak kan yang pernah jumpa budak-budak macam ni betul tak? Memang rasa kesian, kecik-kecik lagi dah dipertanggungjawabkan untuk meminta sumbangan. Padahal kalau diikutkan, budak-budak nih, selayaknya tempatnya di sekolah, tanggungjawabnya adalah belajar, dalami ilmu. Jadi, kalau dah hari bersekolah mereka meminta derma, bila masa mereka belajar?

Tapi nak salahkan sekolah/asrama sepenuhnya pon rasanya tak wajar, sebab selalu kita dengar peruntukan sekolah/asrama anak yatim ni sangat terhad. Jadi nak salahkan siapa? baru start menulis pasal isu ni, sekali masalah ini menjadi topik perbincangan hangat di MHI (Malaysia Hari Ini) dan juga 360. Sebab rasanya masalah ni boleh kata besar juga. Seperti yang saya katakan tadi, peruntukan untuk rumah dan sekolah anak yatim ini sangat terhad. Ada seorang pemanggil yang pernah mentadbir/mengurus salah sebuah rumah dan sekolah anak yatim nih cakap, dalam 10 permohonan untuk dapat bantuan daripada pihak kerajaan ataupun badan swasta,nak kata satu yang diluluskan pon susah. Jadi, terpaksa dibuat satu surat kebenaran yang ditandatangani oleh penjaga pelajar menyatakan bahawa mereka akan ditaja di asrama/sekolah anak yatim tersebut tetapi pelajar perlu dibenarkan untuk mengutip derma atau membuat jualan bagi mendapatkan dana.

Sangat tidak adil sebenarnya. Ini belum lagi jika dipertimbangkan kes-kes penipuan yang berlaku. Betulkah pelajar-pelajar ini mengutip dana untuk asrama/sekolah ataupun terdapat sindiket? Nak bagi salah, tak bagi pon rasa salah. Bagaimana kalau mereka betul-betul perlukan bantuan? Betul-betul tiada sumber kewangan? Tapi tiba-tiba teringat satu kisah ni, mengenai ada seorang miskin, meminta derma pada seorang yang kaya ni, tapi orang kaya ni tak bagi duit, dia bagi pancing dan ajar orang miskin ni memancing. Moralnya, kalau bagi duit, of kos la akan habis, esok2 nanti kene mintak derma lagi, tapi bile bagi ilmu yang bermanfaat, itu yang akan bebaskan orang miskin tu dari kemiskinan. Teringat balik kat budak-budak ni...akan terbebaskah mereka?

Tuesday, June 30, 2009

Tun Dr M’s Talk @ ICOT '09

Ok so mungkin saya boleh mula dengan merumuskan apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau memberikan talk di ICOT ’09. Memang tak dinafikan beliau adalah seorang thinker yang hebat. Dapat menjana bermacam-macam ide dan buah fikiran yang kreatif. Dan saya pon memang plan untuk sampai ke venue iaitu KLCC pada jam 9, dan tidak mahu ketinggalan mendengar ucaptama beliau, tetapi keadaan trafk di KL pada hari itu sangat teruk, menyebabkan saya hanya dapat mendengar separuh daripada ucapan beliau.

Beliau banyak menekankan aspek mendisiplinkan cara berfikir, dan berfikir secara sistematik dan teratur. Memandangkan beliau seorang doktor (dulu la kn, hehe) jadi ide beliau dalam berfikir banyak menerapkan aspek berfikir sebagai seorang medical practitioner.

Mengenai isu PPSMI (pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris) yang menjadi perdebatan hangat masakini, beliau ada memberikan rasional beliau. Beliau menyatakan, sekarang, bahasa yang menjadi bahasa antarabangsa adalah bahasa inggeris. Jadi itu sebabnya kita perlu belajar bahasa tersebut. Jika dilihat zaman dahulu misalnya, orang Islam turut mempelajari bahasa yunani, hindi dan lain-lain untuk mendapatkan ilmu yang terdapat dalam bahasa tersebut. Kemudian, orang inggeris juga, demi mendapatkan ilmu orang islam, mereka mempelajari bahasa arab. Memang usaha penterjemaha itu penting, tapi dalam zaman IT sekarang ni, maklumat berubah dengan pantas, banyak ilmu baru yang memang tak sempat menunggu usaha penterjemahan. Dan saya rasa ada benarnya apa yang diperkatakan. Memang betul bahasa inggeris perlu ditingkatkan, tetapi saya rasa tidak perlu diterapkan dalam sains dan matematik, mungkin masa pembelajaran bahasa inggeris dan content pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri perlu diperbaiki.

Ada satu bahagian yang menarik semasa sesi soal jawab yang berlangsung. Ada seorang peserta bertanyakan mengenai hala tuju sistem politik dan masa kini yang nampaknya agak kekurangan dalam menerapkan elemen berfikir ni. Beliau pon berkata beliau tidak mengatakan bahawa sistem politik yang diamalkan oleh negara kita dan juga sebahagian negara lain iaitu demokrasi merupakan satu sistem politik yang sempurna. Sebagai contohnya, jika terdapat satu golongan minoriti dalam negara, tetapi dapat menghasilkan orang-orang yang hebat, pendapat mereka tidak akan didengari, ini kerana demokrasi menekankan aspek suara majority, dan ini tentunya tidak adil bagi golongan minoroti ini.

Namun begitu, kata beliau, sekurang-kurangnya, kita boleh mengundi untuk menukar pemimpin yang baharu setiap 4-5 tahun sekali kalau pemimpin yang ada tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. (But just imagine apa yg dh jadi menjelang 4-5 tahun tu..sementara nk tunggu pemimpin lain). memang politik ni satu mende yang sangat controversial. Bukan di Malaysia je, kalau tengok tempat lain pon..mcm Iran, Thailand, Indonesia, even UK dan US pon kalau pasal politik, ada je berita2 hangat . Dan saya memang bersetuju dengan beliau dalam hal ni. Demokrasi bukan sistem politik yang sempurna, itu satu reality! Tapi bila ditanyakan apakah alternatifnya? Beliau pon tak dapat berikan jawapan…anda ada jawapan?

Friday, June 26, 2009

International Conference on Thinking 09 @ KLCC part 1

Wow...a long week at KLCC. I was there to attend ICOT 09(International Conference on Thinking 09) and it was totally enlightening, inspiring...and I felt really lucky to attend it. This was the 1st time I heared about this conference. The conference showcased prominent keynote speakers including Howard Gardner, Tony Buzan, Edward De Bono and also our previous Prime Minister, Tun Dr. Mahathir. Each of their ideas are great and I would really like to share some of their ideas here in this blog, well that is if you are interested in thinking. The thing about thinking and this conference specifically is that because it is general, so you can relate to any other fields. The speakers and participants also came from various fields and countries and it's really good because we can share ideas and information from all these thinkers. And I really think that everyone must attend this type of conference from the academicians, technical people, business people and definitely politicians. For once, lets start thinking....TO BE CONT...

Friday, June 19, 2009

Review on Science & Islam Documentary

Baru menonton dokumentari Science dan Islam hari tuh di Astro ada 3 episod kesemuanya, dan sebab tak sabar nak tengok sampai habis, try search di Youtube, sekali ada hehe. Maybe sebelum ni pon kita dah pernah dengan mengenai kehebatan dan kebijaksanaan orang-orang di zaman kegemilangan Islam dulu kan. Nama-nama seperti Al-Khawarizmi, Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Biruni dan ramai lagi memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi apa yang membuatkan mereka hebat sebenarnya? Itu yang bermain di benak fikiran. Adakah mereka pergi ke sekolah, belajar, exam….kemudian masuk universiti kemudian bekerja? Erk….dat is me I guess..bukan derang…Kalau follow flow macam tuh, than rasanya kita akan jadi just typical, bland, boring, just another person on earth. Sebenarnya bukan sahaja mereka di zaman dahulu, kalau lihat zaman sekarang pon, contohnya mereka yang berjaya seperti Bill Gates dan Spielberg adakah mereka menjalani kehidupan yang typical? Rasanya, kalau life mereka typical, kita tak mungkin kenal mereka seperti hari ini.

Kalau lihat mereka ni jenis berani untuk membuat satu pembaharuan, yang kemungkinan pada zaman tu tak dapat diterima dek akal manusia. It transcends human though pada masa tersebut. Contohnya teori heliocentric oleh Copernicus. Kita dengar dia ni yang mula-mula menyatakan teori bahawa bumi bukan merupakan pusat alam semesta. Matahari yang sebenarnya berada di tengah2. Beliau banyak merujuk kepada kajian-kajian pengkaji Islam seperti Nasir al-Din al-Tusi , Ibnu Shatir dll. Dan bila dia sampaikan pada orang-orang zaman dia, ramai cakap die ni tak betul, dan tak percaya walaupun itu kebenaran. Sama jugakla macam dulu orang ingat bumi ni rata. Tak boleh imagine kan kalau takda orang-orang yang dare to challenge apa yang selama ini orang anggap betul. Gamaknya kita masih lagi mencari penghujung dunia.

Tapi yang saya rasa agak terkilan adalah kita masih lagi mempelajari apa yang dah lalu dan tak improvise on it. Ok sebagai contoh la kan, kita ada belajar Sains kan, tapi apa kaitan Sains yang lepas dan aplikasinya dalam Sains dan Teknologi masa kini. Macamana kita boleh improve sebarang teori, experiment dll. Apa flaw yang ada dalam teori Sains yang kita sedang belajar ni. Jadi kita tak nampak cara untuk extend knowledge yang kita ada.

Kesimpulannya, ending kepada series tu, saya dapat buat kesimpulan bahawa tiada siapa pon boleh claim ilmu tu milik mutlak sesuatu bangsa, kaum even agama. Ilmu tu milik yang Maha Berilmu, yang Maha Pencipta. Dan kehebatan satu bangsa, kaum dan agama tuh akan diperolehi melalui asimilasi semua ilmu. Macamana nak dapat ilmu? Question and have doubts. Selalu bertanya dan persoalkan perkara yang kita tak pasti (Haih teringat zaman sekolah. Saya antara pelajar yang non-entity dalam class, senyap, non-responsive. Ubah mentality ni!!).

Dan untuk maintain, jangan rasa we have enough atau we know enough. Perasaan macam ni membuatkan kita perasan bagus dan hebat dan rasa macam dah tepu sangat dah. Tapi selalunya mesti ada ruang lagi untuk diperbaiki. Mustahil takde. Contoh, Al-Khwarizmi berjaya perkenalkan algoritma masa dulu. Tapi takde siapa masa tuh nak improvise. Then, dapat kat orang Barat ilmu tu, mereka improve sampai skrg konsep algoritma tuh org guna untuk programming pulak. Disebabkan ada perasaan taknak improvise ataupun rasa dah cukup hebat tuh memang antara sebab mengapa zaman kegemilangan Islam tu akhirnya jatuh.

“Science is a universal language. It is logical. Human law can be changed, but not nature”



Thursday, June 18, 2009

Kaizen??

Hari tu ada mengikuti satu bengkel mengenai Kaizen. Nih sebenarnya satu kaedah ataupun metod kerja yang diterapkan dalam kebanyakan company di Jepun dan telahpun digunapakai oleh company-company negara barat. Kaizen actually means continuous improvement. Perubahan yang sikit-sikit tapi berterusan dan konsisten. Contoh paling mudah macam kisah kura-kura dengan arnab tuh kan. Walaupun arnab tuh laju dan pecut, tapi sebab prasan dia terer, so dia berhenti tidur kejap, sekali kura-kura menang.

Jadi kalau boleh, kekuatan perlu distribute sama rata. Kalau dalam satu-satu company, untuk mencapai matlamatnya iaitu kualiti, kos dan penghantaran supaya lancar. Selain daripada itu, waste dari segi masa/tenaga/kerja yang tak perlu dilakukan mesti dibuang.

Bukan nak cerita sangat pasal kaizen ni, sebab rasanya, mesti secara direct atau indirectly apa yang dilaksanakan melalui Kaizen di company-company Jepun ni kita dah tau pun. Penyampai tu pon cakap macam tuh. Sebab yang paling penting sekali adalah apa yang dilakukan dengan apa yang diperolehi dalam bengkel tu. So sebenarnya saya lebih tertarik bukan pada isi bengkel tu, tapi pada slot selingan yang dia berikan untuk mengelakkan kebusanan.

Dia ni pernah study dan kerja di Jepun dan juga syarikat Jepun di Malaysia. Dan dia cakap apa yang membezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain adalah attitude dan saya rasa memang benar apa dia cakap ni. Kita pon tahu kerajinan dan sikap pekerja Jepun kan. Apa yang membezakan kita dan mereka? Mereka Asia, kita pon Asia, people of colour (discrimination barat). Mereka pon kalau ikut tak tinggi mana. Anggota badan sama. Jadi, yang membezakan memang attitude. Attitude memang tak dinafikan susah nak ubah, saya sendiri pon hadapi masalah tuh, tapi, seperti yang ditekankan dalam Kaizen tadi, take small, konsisten steps..slowly but steady.

Ok ni ada satu video that made me cry when I watched it. Sama-sama tgk ok. Enjoy dan selamat berkaizen.

Tuesday, May 26, 2009

Tua setahun..muda setahun?

Bertambah lg usiaku...setahun lebih tua...hmm..tp kalau ikut, setahun lg tua ke..dah berkurang lagi setahun usia hidup...Masa lalu mcm kejap je rasa. Rasa mcm takdelah lama sgt..mcm br je abis SPM...masuk matrix..masuk U..kerja. Rpnye dh lama dh seme tuh...Teringat masa dulu2, time birthday je sambut beria la bagai kan, rasa macam happy je but I guess that time and moment dah berlalu. Sekarang nih, tak berperasaan je bila tibe birthday hehe

Pencapaian hidup yang boleh dibanggakan? Senang cerita, setakat nih belum membanggakan lagi...banyak lagi matlamat hidup yang tak tercapai haih...jadi harapnya, walaupun umur dah berkurang lagi setahun, harapnya sempat untuk mencapai apa yag belum tercapai tuh..Amin