Ok so mungkin saya boleh mula dengan merumuskan apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau memberikan talk di ICOT ’09. Memang tak dinafikan beliau adalah seorang thinker yang hebat. Dapat menjana bermacam-macam ide dan buah fikiran yang kreatif. Dan saya pon memang plan untuk sampai ke venue iaitu KLCC pada jam 9, dan tidak mahu ketinggalan mendengar ucaptama beliau, tetapi keadaan trafk di KL pada hari itu sangat teruk, menyebabkan saya hanya dapat mendengar separuh daripada ucapan beliau.
Beliau banyak menekankan aspek mendisiplinkan cara berfikir, dan berfikir secara sistematik dan teratur. Memandangkan beliau seorang doktor (dulu la kn, hehe) jadi ide beliau dalam berfikir banyak menerapkan aspek berfikir sebagai seorang medical practitioner.
Mengenai isu PPSMI (pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris) yang menjadi perdebatan hangat masakini, beliau ada memberikan rasional beliau. Beliau menyatakan, sekarang, bahasa yang menjadi bahasa antarabangsa adalah bahasa inggeris. Jadi itu sebabnya kita perlu belajar bahasa tersebut. Jika dilihat zaman dahulu misalnya, orang Islam turut mempelajari bahasa yunani, hindi dan lain-lain untuk mendapatkan ilmu yang terdapat dalam bahasa tersebut. Kemudian, orang inggeris juga, demi mendapatkan ilmu orang islam, mereka mempelajari bahasa arab. Memang usaha penterjemaha itu penting, tapi dalam zaman IT sekarang ni, maklumat berubah dengan pantas, banyak ilmu baru yang memang tak sempat menunggu usaha penterjemahan. Dan saya rasa ada benarnya apa yang diperkatakan. Memang betul bahasa inggeris perlu ditingkatkan, tetapi saya rasa tidak perlu diterapkan dalam sains dan matematik, mungkin masa pembelajaran bahasa inggeris dan content pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri perlu diperbaiki.
Ada satu bahagian yang menarik semasa sesi soal jawab yang berlangsung. Ada seorang peserta bertanyakan mengenai hala tuju sistem politik dan masa kini yang nampaknya agak kekurangan dalam menerapkan elemen berfikir ni. Beliau pon berkata beliau tidak mengatakan bahawa sistem politik yang diamalkan oleh negara kita dan juga sebahagian negara lain iaitu demokrasi merupakan satu sistem politik yang sempurna. Sebagai contohnya, jika terdapat satu golongan minoriti dalam negara, tetapi dapat menghasilkan orang-orang yang hebat, pendapat mereka tidak akan didengari, ini kerana demokrasi menekankan aspek suara majority, dan ini tentunya tidak adil bagi golongan minoroti ini.
Namun begitu, kata beliau, sekurang-kurangnya, kita boleh mengundi untuk menukar pemimpin yang baharu setiap 4-5 tahun sekali kalau pemimpin yang ada tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. (But just imagine apa yg dh jadi menjelang 4-5 tahun tu..sementara nk tunggu pemimpin lain). memang politik ni satu mende yang sangat controversial. Bukan di Malaysia je, kalau tengok tempat lain pon..mcm Iran, Thailand, Indonesia, even UK dan US pon kalau pasal politik, ada je berita2 hangat . Dan saya memang bersetuju dengan beliau dalam hal ni. Demokrasi bukan sistem politik yang sempurna, itu satu reality! Tapi bila ditanyakan apakah alternatifnya? Beliau pon tak dapat berikan jawapan…anda ada jawapan?
No comments:
Post a Comment