Friday, June 19, 2009

Review on Science & Islam Documentary

Baru menonton dokumentari Science dan Islam hari tuh di Astro ada 3 episod kesemuanya, dan sebab tak sabar nak tengok sampai habis, try search di Youtube, sekali ada hehe. Maybe sebelum ni pon kita dah pernah dengan mengenai kehebatan dan kebijaksanaan orang-orang di zaman kegemilangan Islam dulu kan. Nama-nama seperti Al-Khawarizmi, Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Biruni dan ramai lagi memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi apa yang membuatkan mereka hebat sebenarnya? Itu yang bermain di benak fikiran. Adakah mereka pergi ke sekolah, belajar, exam….kemudian masuk universiti kemudian bekerja? Erk….dat is me I guess..bukan derang…Kalau follow flow macam tuh, than rasanya kita akan jadi just typical, bland, boring, just another person on earth. Sebenarnya bukan sahaja mereka di zaman dahulu, kalau lihat zaman sekarang pon, contohnya mereka yang berjaya seperti Bill Gates dan Spielberg adakah mereka menjalani kehidupan yang typical? Rasanya, kalau life mereka typical, kita tak mungkin kenal mereka seperti hari ini.

Kalau lihat mereka ni jenis berani untuk membuat satu pembaharuan, yang kemungkinan pada zaman tu tak dapat diterima dek akal manusia. It transcends human though pada masa tersebut. Contohnya teori heliocentric oleh Copernicus. Kita dengar dia ni yang mula-mula menyatakan teori bahawa bumi bukan merupakan pusat alam semesta. Matahari yang sebenarnya berada di tengah2. Beliau banyak merujuk kepada kajian-kajian pengkaji Islam seperti Nasir al-Din al-Tusi , Ibnu Shatir dll. Dan bila dia sampaikan pada orang-orang zaman dia, ramai cakap die ni tak betul, dan tak percaya walaupun itu kebenaran. Sama jugakla macam dulu orang ingat bumi ni rata. Tak boleh imagine kan kalau takda orang-orang yang dare to challenge apa yang selama ini orang anggap betul. Gamaknya kita masih lagi mencari penghujung dunia.

Tapi yang saya rasa agak terkilan adalah kita masih lagi mempelajari apa yang dah lalu dan tak improvise on it. Ok sebagai contoh la kan, kita ada belajar Sains kan, tapi apa kaitan Sains yang lepas dan aplikasinya dalam Sains dan Teknologi masa kini. Macamana kita boleh improve sebarang teori, experiment dll. Apa flaw yang ada dalam teori Sains yang kita sedang belajar ni. Jadi kita tak nampak cara untuk extend knowledge yang kita ada.

Kesimpulannya, ending kepada series tu, saya dapat buat kesimpulan bahawa tiada siapa pon boleh claim ilmu tu milik mutlak sesuatu bangsa, kaum even agama. Ilmu tu milik yang Maha Berilmu, yang Maha Pencipta. Dan kehebatan satu bangsa, kaum dan agama tuh akan diperolehi melalui asimilasi semua ilmu. Macamana nak dapat ilmu? Question and have doubts. Selalu bertanya dan persoalkan perkara yang kita tak pasti (Haih teringat zaman sekolah. Saya antara pelajar yang non-entity dalam class, senyap, non-responsive. Ubah mentality ni!!).

Dan untuk maintain, jangan rasa we have enough atau we know enough. Perasaan macam ni membuatkan kita perasan bagus dan hebat dan rasa macam dah tepu sangat dah. Tapi selalunya mesti ada ruang lagi untuk diperbaiki. Mustahil takde. Contoh, Al-Khwarizmi berjaya perkenalkan algoritma masa dulu. Tapi takde siapa masa tuh nak improvise. Then, dapat kat orang Barat ilmu tu, mereka improve sampai skrg konsep algoritma tuh org guna untuk programming pulak. Disebabkan ada perasaan taknak improvise ataupun rasa dah cukup hebat tuh memang antara sebab mengapa zaman kegemilangan Islam tu akhirnya jatuh.

“Science is a universal language. It is logical. Human law can be changed, but not nature”



No comments:

Post a Comment