Hari tu ada mengikuti satu bengkel mengenai Kaizen. Nih sebenarnya satu kaedah ataupun metod kerja yang diterapkan dalam kebanyakan company di Jepun dan telahpun digunapakai oleh company-company negara barat. Kaizen actually means continuous improvement. Perubahan yang sikit-sikit tapi berterusan dan konsisten. Contoh paling mudah macam kisah kura-kura dengan arnab tuh kan. Walaupun arnab tuh laju dan pecut, tapi sebab prasan dia terer, so dia berhenti tidur kejap, sekali kura-kura menang.
Jadi kalau boleh, kekuatan perlu distribute sama rata. Kalau dalam satu-satu company, untuk mencapai matlamatnya iaitu kualiti, kos dan penghantaran supaya lancar. Selain daripada itu, waste dari segi masa/tenaga/kerja yang tak perlu dilakukan mesti dibuang.
Bukan nak cerita sangat pasal kaizen ni, sebab rasanya, mesti secara direct atau indirectly apa yang dilaksanakan melalui Kaizen di company-company Jepun ni kita dah tau pun. Penyampai tu pon cakap macam tuh. Sebab yang paling penting sekali adalah apa yang dilakukan dengan apa yang diperolehi dalam bengkel tu. So sebenarnya saya lebih tertarik bukan pada isi bengkel tu, tapi pada slot selingan yang dia berikan untuk mengelakkan kebusanan.
Dia ni pernah study dan kerja di Jepun dan juga syarikat Jepun di Malaysia. Dan dia cakap apa yang membezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain adalah attitude dan saya rasa memang benar apa dia cakap ni. Kita pon tahu kerajinan dan sikap pekerja Jepun kan. Apa yang membezakan kita dan mereka? Mereka Asia, kita pon Asia, people of colour (discrimination barat). Mereka pon kalau ikut tak tinggi mana. Anggota badan sama. Jadi, yang membezakan memang attitude. Attitude memang tak dinafikan susah nak ubah, saya sendiri pon hadapi masalah tuh, tapi, seperti yang ditekankan dalam Kaizen tadi, take small, konsisten steps..slowly but steady.
Ok ni ada satu video that made me cry when I watched it. Sama-sama tgk ok. Enjoy dan selamat berkaizen.
No comments:
Post a Comment