Tuesday, June 30, 2009

Tun Dr M’s Talk @ ICOT '09

Ok so mungkin saya boleh mula dengan merumuskan apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau memberikan talk di ICOT ’09. Memang tak dinafikan beliau adalah seorang thinker yang hebat. Dapat menjana bermacam-macam ide dan buah fikiran yang kreatif. Dan saya pon memang plan untuk sampai ke venue iaitu KLCC pada jam 9, dan tidak mahu ketinggalan mendengar ucaptama beliau, tetapi keadaan trafk di KL pada hari itu sangat teruk, menyebabkan saya hanya dapat mendengar separuh daripada ucapan beliau.

Beliau banyak menekankan aspek mendisiplinkan cara berfikir, dan berfikir secara sistematik dan teratur. Memandangkan beliau seorang doktor (dulu la kn, hehe) jadi ide beliau dalam berfikir banyak menerapkan aspek berfikir sebagai seorang medical practitioner.

Mengenai isu PPSMI (pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris) yang menjadi perdebatan hangat masakini, beliau ada memberikan rasional beliau. Beliau menyatakan, sekarang, bahasa yang menjadi bahasa antarabangsa adalah bahasa inggeris. Jadi itu sebabnya kita perlu belajar bahasa tersebut. Jika dilihat zaman dahulu misalnya, orang Islam turut mempelajari bahasa yunani, hindi dan lain-lain untuk mendapatkan ilmu yang terdapat dalam bahasa tersebut. Kemudian, orang inggeris juga, demi mendapatkan ilmu orang islam, mereka mempelajari bahasa arab. Memang usaha penterjemaha itu penting, tapi dalam zaman IT sekarang ni, maklumat berubah dengan pantas, banyak ilmu baru yang memang tak sempat menunggu usaha penterjemahan. Dan saya rasa ada benarnya apa yang diperkatakan. Memang betul bahasa inggeris perlu ditingkatkan, tetapi saya rasa tidak perlu diterapkan dalam sains dan matematik, mungkin masa pembelajaran bahasa inggeris dan content pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri perlu diperbaiki.

Ada satu bahagian yang menarik semasa sesi soal jawab yang berlangsung. Ada seorang peserta bertanyakan mengenai hala tuju sistem politik dan masa kini yang nampaknya agak kekurangan dalam menerapkan elemen berfikir ni. Beliau pon berkata beliau tidak mengatakan bahawa sistem politik yang diamalkan oleh negara kita dan juga sebahagian negara lain iaitu demokrasi merupakan satu sistem politik yang sempurna. Sebagai contohnya, jika terdapat satu golongan minoriti dalam negara, tetapi dapat menghasilkan orang-orang yang hebat, pendapat mereka tidak akan didengari, ini kerana demokrasi menekankan aspek suara majority, dan ini tentunya tidak adil bagi golongan minoroti ini.

Namun begitu, kata beliau, sekurang-kurangnya, kita boleh mengundi untuk menukar pemimpin yang baharu setiap 4-5 tahun sekali kalau pemimpin yang ada tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. (But just imagine apa yg dh jadi menjelang 4-5 tahun tu..sementara nk tunggu pemimpin lain). memang politik ni satu mende yang sangat controversial. Bukan di Malaysia je, kalau tengok tempat lain pon..mcm Iran, Thailand, Indonesia, even UK dan US pon kalau pasal politik, ada je berita2 hangat . Dan saya memang bersetuju dengan beliau dalam hal ni. Demokrasi bukan sistem politik yang sempurna, itu satu reality! Tapi bila ditanyakan apakah alternatifnya? Beliau pon tak dapat berikan jawapan…anda ada jawapan?

Friday, June 26, 2009

International Conference on Thinking 09 @ KLCC part 1

Wow...a long week at KLCC. I was there to attend ICOT 09(International Conference on Thinking 09) and it was totally enlightening, inspiring...and I felt really lucky to attend it. This was the 1st time I heared about this conference. The conference showcased prominent keynote speakers including Howard Gardner, Tony Buzan, Edward De Bono and also our previous Prime Minister, Tun Dr. Mahathir. Each of their ideas are great and I would really like to share some of their ideas here in this blog, well that is if you are interested in thinking. The thing about thinking and this conference specifically is that because it is general, so you can relate to any other fields. The speakers and participants also came from various fields and countries and it's really good because we can share ideas and information from all these thinkers. And I really think that everyone must attend this type of conference from the academicians, technical people, business people and definitely politicians. For once, lets start thinking....TO BE CONT...

Friday, June 19, 2009

Review on Science & Islam Documentary

Baru menonton dokumentari Science dan Islam hari tuh di Astro ada 3 episod kesemuanya, dan sebab tak sabar nak tengok sampai habis, try search di Youtube, sekali ada hehe. Maybe sebelum ni pon kita dah pernah dengan mengenai kehebatan dan kebijaksanaan orang-orang di zaman kegemilangan Islam dulu kan. Nama-nama seperti Al-Khawarizmi, Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Biruni dan ramai lagi memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi apa yang membuatkan mereka hebat sebenarnya? Itu yang bermain di benak fikiran. Adakah mereka pergi ke sekolah, belajar, exam….kemudian masuk universiti kemudian bekerja? Erk….dat is me I guess..bukan derang…Kalau follow flow macam tuh, than rasanya kita akan jadi just typical, bland, boring, just another person on earth. Sebenarnya bukan sahaja mereka di zaman dahulu, kalau lihat zaman sekarang pon, contohnya mereka yang berjaya seperti Bill Gates dan Spielberg adakah mereka menjalani kehidupan yang typical? Rasanya, kalau life mereka typical, kita tak mungkin kenal mereka seperti hari ini.

Kalau lihat mereka ni jenis berani untuk membuat satu pembaharuan, yang kemungkinan pada zaman tu tak dapat diterima dek akal manusia. It transcends human though pada masa tersebut. Contohnya teori heliocentric oleh Copernicus. Kita dengar dia ni yang mula-mula menyatakan teori bahawa bumi bukan merupakan pusat alam semesta. Matahari yang sebenarnya berada di tengah2. Beliau banyak merujuk kepada kajian-kajian pengkaji Islam seperti Nasir al-Din al-Tusi , Ibnu Shatir dll. Dan bila dia sampaikan pada orang-orang zaman dia, ramai cakap die ni tak betul, dan tak percaya walaupun itu kebenaran. Sama jugakla macam dulu orang ingat bumi ni rata. Tak boleh imagine kan kalau takda orang-orang yang dare to challenge apa yang selama ini orang anggap betul. Gamaknya kita masih lagi mencari penghujung dunia.

Tapi yang saya rasa agak terkilan adalah kita masih lagi mempelajari apa yang dah lalu dan tak improvise on it. Ok sebagai contoh la kan, kita ada belajar Sains kan, tapi apa kaitan Sains yang lepas dan aplikasinya dalam Sains dan Teknologi masa kini. Macamana kita boleh improve sebarang teori, experiment dll. Apa flaw yang ada dalam teori Sains yang kita sedang belajar ni. Jadi kita tak nampak cara untuk extend knowledge yang kita ada.

Kesimpulannya, ending kepada series tu, saya dapat buat kesimpulan bahawa tiada siapa pon boleh claim ilmu tu milik mutlak sesuatu bangsa, kaum even agama. Ilmu tu milik yang Maha Berilmu, yang Maha Pencipta. Dan kehebatan satu bangsa, kaum dan agama tuh akan diperolehi melalui asimilasi semua ilmu. Macamana nak dapat ilmu? Question and have doubts. Selalu bertanya dan persoalkan perkara yang kita tak pasti (Haih teringat zaman sekolah. Saya antara pelajar yang non-entity dalam class, senyap, non-responsive. Ubah mentality ni!!).

Dan untuk maintain, jangan rasa we have enough atau we know enough. Perasaan macam ni membuatkan kita perasan bagus dan hebat dan rasa macam dah tepu sangat dah. Tapi selalunya mesti ada ruang lagi untuk diperbaiki. Mustahil takde. Contoh, Al-Khwarizmi berjaya perkenalkan algoritma masa dulu. Tapi takde siapa masa tuh nak improvise. Then, dapat kat orang Barat ilmu tu, mereka improve sampai skrg konsep algoritma tuh org guna untuk programming pulak. Disebabkan ada perasaan taknak improvise ataupun rasa dah cukup hebat tuh memang antara sebab mengapa zaman kegemilangan Islam tu akhirnya jatuh.

“Science is a universal language. It is logical. Human law can be changed, but not nature”



Thursday, June 18, 2009

Kaizen??

Hari tu ada mengikuti satu bengkel mengenai Kaizen. Nih sebenarnya satu kaedah ataupun metod kerja yang diterapkan dalam kebanyakan company di Jepun dan telahpun digunapakai oleh company-company negara barat. Kaizen actually means continuous improvement. Perubahan yang sikit-sikit tapi berterusan dan konsisten. Contoh paling mudah macam kisah kura-kura dengan arnab tuh kan. Walaupun arnab tuh laju dan pecut, tapi sebab prasan dia terer, so dia berhenti tidur kejap, sekali kura-kura menang.

Jadi kalau boleh, kekuatan perlu distribute sama rata. Kalau dalam satu-satu company, untuk mencapai matlamatnya iaitu kualiti, kos dan penghantaran supaya lancar. Selain daripada itu, waste dari segi masa/tenaga/kerja yang tak perlu dilakukan mesti dibuang.

Bukan nak cerita sangat pasal kaizen ni, sebab rasanya, mesti secara direct atau indirectly apa yang dilaksanakan melalui Kaizen di company-company Jepun ni kita dah tau pun. Penyampai tu pon cakap macam tuh. Sebab yang paling penting sekali adalah apa yang dilakukan dengan apa yang diperolehi dalam bengkel tu. So sebenarnya saya lebih tertarik bukan pada isi bengkel tu, tapi pada slot selingan yang dia berikan untuk mengelakkan kebusanan.

Dia ni pernah study dan kerja di Jepun dan juga syarikat Jepun di Malaysia. Dan dia cakap apa yang membezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain adalah attitude dan saya rasa memang benar apa dia cakap ni. Kita pon tahu kerajinan dan sikap pekerja Jepun kan. Apa yang membezakan kita dan mereka? Mereka Asia, kita pon Asia, people of colour (discrimination barat). Mereka pon kalau ikut tak tinggi mana. Anggota badan sama. Jadi, yang membezakan memang attitude. Attitude memang tak dinafikan susah nak ubah, saya sendiri pon hadapi masalah tuh, tapi, seperti yang ditekankan dalam Kaizen tadi, take small, konsisten steps..slowly but steady.

Ok ni ada satu video that made me cry when I watched it. Sama-sama tgk ok. Enjoy dan selamat berkaizen.

Tuesday, May 26, 2009

Tua setahun..muda setahun?

Bertambah lg usiaku...setahun lebih tua...hmm..tp kalau ikut, setahun lg tua ke..dah berkurang lagi setahun usia hidup...Masa lalu mcm kejap je rasa. Rasa mcm takdelah lama sgt..mcm br je abis SPM...masuk matrix..masuk U..kerja. Rpnye dh lama dh seme tuh...Teringat masa dulu2, time birthday je sambut beria la bagai kan, rasa macam happy je but I guess that time and moment dah berlalu. Sekarang nih, tak berperasaan je bila tibe birthday hehe

Pencapaian hidup yang boleh dibanggakan? Senang cerita, setakat nih belum membanggakan lagi...banyak lagi matlamat hidup yang tak tercapai haih...jadi harapnya, walaupun umur dah berkurang lagi setahun, harapnya sempat untuk mencapai apa yag belum tercapai tuh..Amin

Tuesday, May 19, 2009

Malay dilemma

Sebenarnya saja je rasa macam nak tambahkan maklumat mengenai sejarah melayu, latarbelakang orang melayu, culture dan sebagainya. Maybe ada info yang selama ni saya sebagai org Melayu sendiri kurang arif dan x tahu kan. Jadi cubalah bertanya kepada enche Google, taiplah kat situ "Melayu" and press enter. Rasa macam nak pengsan je bila yang keluar adalah "S*x melayu", "Melayu "Bo*el", "Skandal Awek Melayu" dll yang tak sanggup nak tulis kat sini.

So cuba imagine mcm nih, foreigners yang nak tahu asal usul Melayu, sejarah, bangsa, keturunan, adab dll mengenai orang Melayu nih, sekali yang dia jumpa adalah link2 macam nih. Apa impression dia agak-agaknya ek? Tak boleh nak imagine lah. Tak cukup lagi ke dengan pandangan derang yang mengatakan Islam nih terrorist, extremist nak tambah lagi ke? Oklah, saya pon kurang berpuas hati jugak kan, maybe bangsa lain pon ntah2 lagi banyak link2 yang mengarut macam tuh. Jadi saya pon search "Cina".."India".."Caucasian" takde satu pon link yang mengarut (OK xdela cek seme..tp at least utk beberapa page awal tuh mmg xde.

Memang bukan semua orang Melayu macam tuh. Saya yakin dan pasti, ada yang cuba sedaya upaya untuk ubah nasib diri, nasib bangsa. tapi cukuplah dengan perumpamaan2 "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga", "Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit". Tak perlu ramai pon..cukuplah "setitik" nila ataupun "seekor" kerbau, dah cukup.

Dan satu lagi yang baru keluar surat khabar arituh mengenai Mat Rempit..baru tahu sebenarnya Mat Rempit nih kt Msia je ade gejala ni rupanya..dan yang sedehnye sekali lagi ramai yg involved pon org Melayu la kn...hebat rpynya org Melayu nih..berani tuh, spi nyawa pon tergadai..berani tak bertempat. Bila suruh public speaking ke takut pulak kan. Oklah so kesimpulannya, terpaksa jugak mengata melayu wpun diri seorang melayu...maybe inilah dia yang dikatakan Malay Dilemma...

Wednesday, May 13, 2009

Alam..Alami..Pengalaman

Ok maybe agak ketinggalan zaman..br last weekend berkesempatan tgk Slumdog Millionnaire.Tak dinafikan mmg best! Talk about reality, xtau la klu sengaja di exagerate the kemiskinan, religious rivalry, child beggars, gangsters dll, tapi dlm keadaan dunia hari ni, nothing is impossible. It is hard to deny xde mende2 mcm tuh although my mum found the situation a little off realistic, tapi saya percaya mmg itu adalah realiti. Neway, bkn nk fokus kan sgt about the storyline, ataupun about destiny - iaitu mesej yang dimasukkan dalam film tuh, but more about pengalaman. Ialah, kalau ikut, tak realistic seorang budak iaitu Jamal, noneducated, miskin, nobody, menang 1 juta USD setelah msk pertandingan "Who wants to be a millionnaire" , tapi dalam film tuh dia berjaya because of pengalaman hidup (street smart) yang dia ada. Memang pengalaman hidup banyak mengajar manusia untuk lebih matang dan berilmu. Sebab kata dasar dia pun "ALAM". Seseorang tuh can really feel dan menjiwai ape yg die lalui dan memang akan terkesan kat diri dia. Maybe kdg2 org fikir pengalaman nih perlu sumthing yg luar biasa, memorable, tapi daripada alam yang ada nih, byk sgt mende yg mungkin sebab dh biasa,menjadikan kita take it 4 granted...dan tak membuatkan kita rasa kagum dan sedar betapa mende2 yang kita anggap remeh dan kecik tuh adalah mende yg plg penting dlm hidup. Contoh udara dan air...ok fine...basically kedua-dua unsur alam nih mmg boleh kata dapat free2 je, simple kn? Tapi, untuk dpt udara dan air yg bersih...rsnye free x? Cth, udara yg berhabuk, berasap...tercemar...so kenela cipta air-condition yg canggih...dpt neutralize blk udara...ataupun air skrg nih rsnye boleh kata rmi la yg dh gn water filter sbb pencemaran air kn. Maybe akan ada org ckp, tercemar sket je...ape sgt..bile udara tercemar dgn SEDIKIT virus H1N1 @ influenza A, ataupun air tercemar dgn SEDIKIT mercury @ plumbum, efeknye? SEDIKIT? ataupun perlu dibayar dgn harga yg mhl?segala akibat..consequences.Unsur yg pd ALAMInya x perlu dibayar...Melalui pengALAMan, kita akan realize mende2 nih. Tak semestinya tunggu akibat2 tuh nk jadi pada kita baru nk realise n do sumthing, tapi melalui kita perhati apa yg berlaku sekeliling kita..dunia kita..alam kita, ape yg dh terjadi pada org lain..jadi pada saya tuh la erti pengALAMan. Byk lg la kalau nak bagi contoh2 macam makanan sekarang nih, how come makanan yg natural, organic, ALAMI tuh lagi mhl? So kesimpulannya..adakah yang ALAMI itu mudah? simple je?basic? ataupun itulah dia mende plg basic, dan plg penting tp diabaikan. Dan apa pengALAMan yg ptt kita perolehi dari ALAM kita ni?

"How can we think outside the box, when we're not even finish thinking about what's inside the box"