Sekarang tengah musim Olympics kan. Sports yeah! Minat jugak walaupun kadang-kadang tuh masa memang tak cukup nak layan seme. So kat sinih saje nak share my opinion on these spectators. Perangai diorang dan perangai kita jugak haha.
So bile time menang, kita pon tanpa segan dan silu berbangga-bangga dengan kemenangan, kehebatan dan kemasyhuran yang kita sendiri tak usahakan pon. Kita ke yang bermain badminton ke berenang ke menunggang basikal tuh? Yang memerah keringat, mengerah tenaga, berhempas pulas. Atau kita sekadar tukang sorak dan tukang maki. Sorak bila menang, maki bila kalah?
Memang seronok, bangga anak Malaysia mengharumkan nama negara, tapi haih...
And then bila time kalah bermulalah pula sesi kutuk mengutuk, kondem-mengondem, masing-masing tuding jari menyalahkan orang lain. Lepas tuh ada pulak la sidang akhbar, komen orang2 yang berkenaan dll.
This doesn’t only apply to sports ok, it applies to almost everything in our life - from our jobs, among our friends, politics haha. So nak generalize la sket. Kita amik pelajaran from sports nih.
Yang membuat kerjanya ataupun yang berusahanya adalah sekerat dua aje. Tapi tukang soraknya kemain ramai. Go! Go! Cepat! Cepat! Smash la cepat! Pass la kat orang tuh, ee sepak jela kt gol tuh hehe macam-macam la kn. Cakap je lebih. Ok dalam life pon mcm tuh jugak. Tukang arah, tukang menyebuk, tukang jaga tepi kain orang, plg mudah, orang yang bercakap berbual ..orang yang tau nak cakap je ramai. Kalau projek berjaya dialah orang pertama mengaku bertanggungjawab ke atas projek tuh and receive the credits. Kalau projek fail, nobody wants to take the blame, orang yang mengusahakan projek tuh jugak la yang disalahkan.
Ok, I think most of us have experienced this situation. Masa kat U, group work. Ok so yang buat kerja, menyiapkan assignment tuh punya la berhempas pulas. Ade pulak la yang sibuk nak mengarah2 and then tumpang nama je. Tensen kan?
Kalau dalam politiks pulak. Tau cakap je. B4 elections kemain lagi janjikan itu dan ini..well to think back, can’t blame them either, politics work that way rite? After elections...janji tinggal janji jela. Lepas tu bincang hal nih la bincang hal tuh, tak abih2 bincangnye, yet they still fail to find the solution. Why?
Kita familiar dengan quotes - Talk the talk, walk the walk – cakap dan buat.
Peringatan bagi diri sendiri dan pembaca. Bak kata Tun Dr Mahathir pun Melayu mudah lupa. Manusia memang sifatnya mudah lupa. Kena selau diingatkan…Jadi yang nak ditekankan adalah perbuatan tuh, perlaksanaan, implementation baru la ada hasilnya.
Kita buat, usahakan yang terbaik, less talk and more work. Kalau kita duduk membebel, setakat cakap-cakap kat opis, kedai kopi tak de effect pon kan…
No comments:
Post a Comment