Tuesday, August 26, 2008

Sudah Merdekakah Kita?

Tanggal 31 Ogos makin dekat. Pada tahun 2008 nih genaplah usia negara Malaysia 51 tahun. Yang mendapat kemerdekaan setelah beratus-ratus tahun dijajah, bukannya tempoh yang singkat. Bermula dari kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 di tangan Portugis, kemudian Belanda, British, Jepun. Dan walaupun dari segi fizikalnya dah tak ada peperangan ataupun penjajahan, tapi kesannya sampai sekarang terasa lagi dijajah - penjajahan minda yang rasa-rasanya jauh lagi bahaya dari penjajahan@peperangan secara fizikal. Sebab kalau dari segi fizikal senang, samada kita membunuh atau terbunuh.

Tetapi penjajahan minda, tak nampak jelas, perlahan-lahan dan dengan cara yang halus.Kita dah didedahkan dengan pelbagai ide atau buah fikiran especially from economy and education yang menyebabkan kita lupa pada asal-usul, lupa pada agama, lupa pada semangat cintakan negara dan kita semakin sibuk dengan urusan dunia, money is everything, pangkat dan kekuasaan. Dan dah tak kisah kalau cara yang digunakan tuh salah atau betul - matlamat menghalalkan cara.

Jadi ape ertinya merdeka?

Kalau time merdeka sibuk nak cari bendera utk digantung lambang semangat cintakan negara. Menyertai acara kemerdekaan. Tapi bila fikir balik adakah itu tanda cintanya kita pada negara? Cukupkah sekadar mengibar bendera dan menyertai perarakan? Itu takdela dahsyat sangat kan, kalau nak dibandingkan dengan generasi muda yang membuat perkara yang tah apa2 menjelang 12 0 clock tuh . Rasanya, kalau tiba-tiba negara diserang, sanggupkah kita melawan mempertahankan negara? The point is, kita tak diuji lagi, macamana nak tau kita sayang tak kat negara kita. Orang-orang dulu yang berkorban nyawa untuk negara tuh dah diuji macam tuh kan. Kita?

Tak tau la kan, maybe ujian zaman sekarang nih lain. Maybe ujian zaman sekarang nih adalah untuk membebaskan diri dari penjajahan minda nih. Minda yang dah sekian lama dijajah, dah beratus-ratus tahun kan. Maybe ujian kita untuk menyatukan kembali bangsa yang dah bercerai-berai. Memang kadang-kadang fikir, ape yang kita sorang boleh buat? Siapa kita nih? Kita tak boleh buat ape-ape pon. Salah tuh. Patut fikir apa yang kita boleh buat..ape yang kita boleh sumbangkan untuk agama bangsa dan negara.

Kalau nak diikutkan memang tak mudah. Jalan penuh ranjau dan siapa yang cakap kemerdekaan atau kemenangan tuh mudah? Lihat saja perjuangan Rasulullah yang nak
'memerdekakan' masyarakat jahiliyah pada zaman itu sebab masyarakatnya menyembah
berhala, membunuh anak perempuan, arak, judi, zina. Jadi Rasulullah mengajak masyarakatnya kepada Islam. Ada yang menerima dan yang menolak. Rasulullah dan org Islam pada zaman itu diuji dengan peperangan dan tentangan yang hebat. Tapi akhirnya Islam itu menang. Di Tanah Melayu, kat negara kita ramai perajurit kita terkorban demi mempertahankan negara. So, memang tak mudah.

Jadi ditanyakan lagi sekali, merdekakah kita? Jadi kita cubalah hadapi ujian-ujian yang makin hebat nih, ujian-ujian tuh ade, mungkin ramai yang tak perasan atau buat-buat tak perasan je. Tak mudah tapi mulakan dengan diri sendiri, keluarga, sahabat...

4 comments:

  1. merdeka?

    satu perkataan keramat bagi rakyat malaysia..bagi org melayu khususnya..satu perkataan yg melambangkan jatidiri bagi bangsa melayu..iaitu "kebebasan dari penjajahan"..benar kata saudari sarah td..merdeka bkn hanya sekadar satu laungan yg bersambut..bukan sekadar kata2 yg mudah2 diluahkan tanpa sedar realiti dan condition sebenar keadaan sesuatu bangsa tu..seperti yg dinyatakan penjajahan bermula sejak tahun 1511..kalo sekarang..dah 2008..+-400 tahun kita djajah..satu jangkamasa yg sangat lama dan sangat perit utk dikenang..satu perjalanan yg perit+sakit oleh nenek moyang kita dulu..yg bertungkus lumus utk memerdekakan kita..

    realitinya hari ini..bentuk terima kasih kita kepada mereka adalah..kehebatan kita bangsa melayu yg dicerminkan dlm konteks besar iaitu dlm bentuk masyarakat keseluruhannya..apa yg boleh dibanggakan kita?dlm penjara paling ramai org melayu..dlm pusat serenti?kat jalan raya yg merempit2 tu?kat dlm disko?kat kedai2 4d?kat bawah2 jambatan?3GP porno? siapa paling ramai?inikah yg digambarkan kepada semua masyarakat bahawa kita sudah merdeka?inikah yg dikatakan "kebebasan dari penjajahan"..inikah bentuk representation kita pada dunia?bangsa melayu yg merdeka...

    saya tau..x semua macam tu..bak kata pepatah..sbb nila setitik!rosak susu sebelanga..tapi hari ini..nila itu bukan lagi setitik..maybe dah berbotol2 pon dicurahkan dalam susu tu..dan ape yg kita buat?perhatikan nila itu dicurah?tanpa ada sebarang tindakan utk mengasingkan nila dan susu..sbb kebanyakannya berkata..INI BUKAN KERJA AKU,NI KERJA KERAJAAN atau BIARLA..BUKAN ADIK BERADIK AKU YG BUAT PON or JANJI AKU X BUAT SUDAH..

    sampai bila?maybe sampai nila tu dah mendominasi susu..dan susu tu pon dah x boleh diminum..sbb dah xde zat didlmnye..tinggal racun yg menjadi element utama..sampai kita dibuang ke longkang..tiada nilai fizikal even nilai moral..sampai dimusnahkan kita hanya disebabkan perangai yg x diubah dari dulu..TUTUP MATA..akhir kata..tepuk perut?tanya selera?nak minum susu nila?...

    ReplyDelete
  2. Merdeka dulu = perjuangan nenek moyang kita membebaskan diri kita dari penjajah...

    Merdeka sekarang = Konsert avril lavinge!!!!

    Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Yup. Tuh la die. Sedih kan mengenangkan nasib anak bangsa macam tuh.Tapi sampai bila? sampai bila lagi kita sanggup dipijak, dihina? There are only 2 choices in life, just let it be, or take the responsibilities to change it. The choice is in our hands.

    Maybe sebab kite sendiri tak rasa responsibility dan perjuangan untuk dapatkan kemenangan tuh, dats y we take it 4 granted, dok buat konsert Avril bak kata Red...

    ReplyDelete
  4. Tapi kalau aku ade duet, aku nk gi jugak tgk konsert avril tuu... Muehehehe

    ReplyDelete