Tuesday, August 5, 2008

Manusia..manusia

Hari nih ditimpa kesusahan, ade exam, ade masalah dengan famili, bankrup ape yang manusia buat. Rasa-rasanya time tuh la nak berdoa sungguh2 kt Allah kan minta pertolongan moga diperkenankan oleh Allah. Sebelum tuh, kalau tak ada masalah..ape yang kita buat? Bersuka ria, lalai dan leka dengan kehidupan dunia, merasakan serba serbi cukup dan lengkap.

Apabila doa tidak diperkenankan apa pula yang kita sebagai manusia lakukan? Kita bertanyakan pula apalah salahku? Apalah dosaku? Apa lagi yang tak kena? Kenapa aku diuji sebegini? Aku tidak disayangi ke oleh tuhanku?

Sekarang kita renungkan kembali..mengapa makhluk tuhan yang bernama manusia nih, bersikap macam nih…

Manusia tuh, telah diciptakan..dijadikan oleh yang Maha Pencipta dengan bentuk yang sebaiknya

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(95:4)

Dan dengan tujuan.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku (51:56)

Tapi..kalau kita tengok kita nih macamana? Nilai diri sendiri dahulu, kemudian tengok pulak kt luar nun, manusia nih macamana perangainya. Bukan ke yang membuat kerosakan tuh mmg manusia – Mencuri, merompak, merogol, zina, menipu. Habis punah dunia nih kerana tangan manusia tuh la jugak.

Jadi tercapai ke matlamat atau tujuan hidup manusia tuh? Kita diciptakan nih, menjalankan tak apa yang diperintahkan? Sebelum kita tanya soalan-soalan macam yang tadi tuh, kenapa aku hidup macam nih? Apa dosaku ? dan sebagainya, fikir balik, apa yang telah kita buat sebagai hambaNya? Apa yang telah kita laksanakan dan lakukan untuk Tuhan kita..untuk Allah..apa yang telah kita buat?

Sedangkan Dia dah bagi segala-galanya untuk makhluk bernama manusia nih. Jahat macamana pon manusia tuh tetap diberikan oksigen, air, makanan, minuman dan segala-galanya. Sebab Maha Pemurahnya Dia. Bermacam-macam nikmat telah diberikan. Macam dalam surah Ar-Rahman. Dalam tuh dinyatakan pelbagai nikmat yang Allah beri pada manusia dan sebanyak 31 kali ditanyakan balik “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Tapi kita? Still lupa..alpa..lalai tak nak jugak buat ape yang disuruh dan tinggalkan ape yang dilarang. Dahlah macam tuh, kalau manusia tuh berusaha untuk mendapatkan apa yang dikehendaki tuh, ok lagi kan. Nih dahlah lupa lalai leka je dgn dunia, tak berusaha, lps tuh berdoa dan mengharap je keajaiban akan berlaku..macamana tuh?

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). (27:62)

Peringatan pada diri sendiri yang utamanya..dan juga pada pembaca. Hopefully dapat manfaat.

1 comment: