Ok now, for the 2nd question yg hari tuh kn. Jadi, memang semua agama mengajak kepada kebaikan, and in my opinion this question memang akan menyuruh kita untuk membuat perbandingan di antara agama. Dan rasanya perkara itu tidaklah salah, kerana itu akan menambahkan keyakinan kita pada agama yang kita anuti, yalah kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Maybe dalam post2 seterusnya boleh diskas about these different religions. Tapi now, back to the question.
Agama Islam ini adalah agama fitrah. Memang kalau ikut kebanyakan agama menyuruh kebaikan dan jangan berbuat kejahatan, tetapi bagaimana? Bagaimana untuk membuat kebaikkan dan menolak kejahatan tuh? Kiranya dalam Islam memang lengkap dijelaskan melalui Quran the 4W and 1H – Where? What? When? Why? And How? Dan ia sesuai dengan fitrah manusia kerana sememangnya Dia yang menciptakan itu lebih mengetahui ciptaanNya.
Sebagai contoh, penyelesaian untuk masalah mencuri. Memang most religion pon mengatakan mencuri tuh tak baik, perbuatan jahat kan. Dan dalam Islam pon memang ada diberitahukan. Yang paling jelas mengenai hukumannya, iaitu potong tangan. Dengar pon macam ganas je kan. But this punishment is a prevention method supaya kecurian tuh tak berlaku.
Orang memang tak akan berani mencuri daripada sekecil2 barang kepada sebesar2. Lagi-lagi kecurian zaman sekarang nih bukan main canggih lagi kan esp ICT. So macamana kita nak halang? Kita bukan boleh monitor orang 24/7. Kesedaran nih kene datang thru pendidikan. Setiap jiwa harus dididik dan diajar dari kecik lagi. Jadi kalau dari kecik di ajar mengenai Islam, siapa yang berani nak mencuri? Teringat masa kat Mekah, selamba je sebahagian peniaga-peniaga meninggalkan barang2 jualan macam tuh je. Terus pegi solat bile time solat. Xde risau-risau pon.
Itu dari segi prevention. Sekarang dari segi penyelesaian. Orang mencuri sebab tak cukup duit, miskin, tak cukup makan ermmm…walaupun zaman sekarang nih macam lagi teruk kot, bukan orang miskin je mencuri, orang kaya pon mencuri jugak..siap juta2 lagi..aih..ok ok back to the question. Ok so dalam Islam ade pulak sistem zakat dan jizyah (tax for non-muslim). Jadi, orang-orang yang lebih bernasib baik, membantu orang-orang yang kurang bernasib baik. Dan mmg ade di explain mengenai berapa yang perlu diberi, sape yang berhak menerima dll.
Itu baru cerita mengenai satu permasalahan. Dah nampak kebaikannya kan. Imagine kalau memang ada perlaksanaannya, memang insyaAllah aman sejahtera, sesuai dengan nama agamanye ISLAM.
No comments:
Post a Comment