Sekarang sibuk diperkatakan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Ini lantaran system pendidikan di Negara kita yang terlalu berasaskan peperiksaan . Ini ada benarnya. Saya bersetuju bahawa memang pendidikan di Malaysia sangat berorientasikan peperiksaan. Saya pasti ramai lagi yang bersetuju. Namun persoalan yang harus dibangkitkan kini adalah mengenai tahap kesediaan negara untuk menghapuskan peperiksaan ini. Adakah kita sudah sedia? Dan mengapa hanya kini kita hendak menukar sistem pendidikan sedia ada?
Jika dilihat kepada beberapa negara Eropah, terutama di Finland, negara kita jauh lagi ketinggalan. Pertamanya, mereka menyediakan pendidikan percuma untuk semua pelajar dan ini termasuk sekolah swasta.
Semasa di prasekolah, penekanan adalah kepada mengapa mereka perlu belajar & keseronokan belajar. Mereka melakukan penilaian secara formatif atau berterusan di dalam kelas dan jika mereka gagal, maka mereka tidak boleh melangkah ke kelas seterusnya. Masuk sekolah menengah, mereka diasingkan mengikut potensi diri.Setiap sekolah pula diberikan ruang yang lebih besar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Yang paling menarik, adalah pendapatan guru jauh berbeza (sek ren - $50 per jam, sek men - $80 per jam). Kerjaya guru sangat dihormati dan bukan calang-calang orang dapat menjadi guru dan mereka hanya mempunyai 18-20 orang dalam satu kelas. Klik sini untuk membaca lebih lanjut
Persoalan kedua, mengapa kini? Saya suka menyentuh mengenai pendapat yang diberikan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kini lebih menjurus kea rah peperiksaan dan ia lebih “girls@women favoured”. Kita dapat lihat hasil daripada sistem ini yang menyebabkan ketidakseimbangan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti. Dan ini antara sebab juga mengapa dicadangkan agar peperiksaan ini dimansuhkan. Namun jika difikirkan kembali, sistem ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu.
Sistem yang sama bukan? Tetapi dahulu tidak timbul pula masalah ini. Saya berpendapat ini merupakan masalah adaptasi. Sila klik sini untuk membaca artikel yang saya kira sangat menarik mengenai isu ini.
Apa-apa pun, saya bersetuju jika sistem berlandaskan peperiksaan ini dapat diubah namun negara perlu bersedia terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak terutama usahasama guru dan ibu bapa, peranan sekolah yang lebih besar dan sistem penilaian yang akan digunakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama semasa PPSMI dilaksanakan. Idea ini jika dapat dilaksanakan saya kira memang dapat meningkatkan lagi potensi diri pelajar yang pelbagai kepandaian (multiple intelligence).
Wednesday, June 30, 2010
Thursday, June 3, 2010
Anak-anak di sana sini
Blog yang telah diabaikan beberapa bulan terasa ingin dibuka kembali. Sungguh, memang niatnya ingin ditutup sahaja, namun perasaan untuk menulis semakin menebal pula. Menulis itu satu cerita, untuk istiqamah itu sangat sukar rupanya.
Bila dibuka sahaja surat khabar, maka tiadalah cerita lain melainkan kes buang bayi. Mana bayi yang bernasib baik, hidup lagi, yang tidak bernasib baik? Ada yang ditanam, ada yang ditinggalkan dalam kotak, ada yang dibuang dalam tong sampah, ada yang dicampak ke dalam longkang. Begitu mudahnya! Dosa pertama sudah dibuat, disusuli pula dosa kedua…Jikalau mereka dapat berbicara…”Apa dosa kami ibu, apa dosa kami ayah?. Baru sahaja kami hendak mengenali dunia, baru sahaja kami ingin mencelikkan mata. Mengapa kami dibuang? Mengapa kami dibunuh? Kami inilah pewaris bangsa, kami inilah generasi penerus . Kami ingin berbakti pada agama, negara dan bangsa. Namun tidak! Kami tidak diberi peluang. Kejamnya!”
Selak helaian yang lain,dihidangkan pula kisah perang yang tiada kesudahan di Semenanjung Gaza. Muak, jenuh, lelah, bagaikan sudah lali telinga mendengar berita-berita sebegitu. Apatah lagi bila mendengar yang menjadi mangsa adalah orang-orang tua, wanita dan juga kanak-kanak. Bayangkan suara isi hati mereka merintih… “Apa yang telah kami lakukan? Kami tidak mengerti. Mengapa mereka ingin menyakiti kami? Kami tidak mengerti mengapa ada rakan-rakan kami dibunuh dan ditembak? Kami tidak faham, mengapa ibu dan ayah kami sudah tiada di sisi? Mengapa negara, tanahair kami dibom? Apa yang mereka inginkan?”
Itu belum lagi kisah anak-anak kecil yang kebuluran di Afrika, kisah anak-anak yang mengemis di jalanan, kisah anak-anak yang dipaksa melacur, kisah anak-anak yang didera, sampai mati!…Ada pula anak-anak yang mungkin dijaga makan minumnya dan pakainya, namun dibiarkan pula melepak di sana sini dan merempit di jalanan. Keluar, balik rumah tak tentu masa. Makin mudahlah orang-orang berniat jahat mengambil kesempatan, kemudian siapa perlu disalahkan? Siapa yang patut bertanggungjawab? Tak kurang juga kisah “haruan makan anak”, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Anak sendiri, kenapa diperlakukan begitu?
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, dalam mana-mana situasi, anak-anak yang tidak bersalah dan yang belum memahami apa yang terjadi itu menjadi mangsa. Jika aset penting negara tidak dijaga, maka tidak hairanlah jika anak-anak membesar dengan perasaan marah, perasaan takut, tidak mengenali jati diri, perasaan tidak peduli. Sedang kita sibuk mencari punca mengapa nilai-nilai murni semakin luntur, fikir-fikirkan adakah penerus generasi akan datang ini terbela? Jika anak-anak sendiri tak terjaga dan terbela, mungkin tak perlulah difikirkan mengenai sifat kemanusiaan.
Jangan biarkan mereka(baca:generasi akan datang) ini menanggung derita akibat kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan (baca: generasi sekarang) . Mereka amanah yang besar, yang diberikan untuk dijaga, kerana bila sampai waktunya siapa lagi yang boleh diharapkan , kepada siapa lagi patut kita wariskan bumi ini…
Bila dibuka sahaja surat khabar, maka tiadalah cerita lain melainkan kes buang bayi. Mana bayi yang bernasib baik, hidup lagi, yang tidak bernasib baik? Ada yang ditanam, ada yang ditinggalkan dalam kotak, ada yang dibuang dalam tong sampah, ada yang dicampak ke dalam longkang. Begitu mudahnya! Dosa pertama sudah dibuat, disusuli pula dosa kedua…Jikalau mereka dapat berbicara…”Apa dosa kami ibu, apa dosa kami ayah?. Baru sahaja kami hendak mengenali dunia, baru sahaja kami ingin mencelikkan mata. Mengapa kami dibuang? Mengapa kami dibunuh? Kami inilah pewaris bangsa, kami inilah generasi penerus . Kami ingin berbakti pada agama, negara dan bangsa. Namun tidak! Kami tidak diberi peluang. Kejamnya!”Selak helaian yang lain,dihidangkan pula kisah perang yang tiada kesudahan di Semenanjung Gaza. Muak, jenuh, lelah, bagaikan sudah lali telinga mendengar berita-berita sebegitu. Apatah lagi bila mendengar yang menjadi mangsa adalah orang-orang tua, wanita dan juga kanak-kanak. Bayangkan suara isi hati mereka merintih… “Apa yang telah kami lakukan? Kami tidak mengerti. Mengapa mereka ingin menyakiti kami? Kami tidak mengerti mengapa ada rakan-rakan kami dibunuh dan ditembak? Kami tidak faham, mengapa ibu dan ayah kami sudah tiada di sisi? Mengapa negara, tanahair kami dibom? Apa yang mereka inginkan?”
Itu belum lagi kisah anak-anak kecil yang kebuluran di Afrika, kisah anak-anak yang mengemis di jalanan, kisah anak-anak yang dipaksa melacur, kisah anak-anak yang didera, sampai mati!…Ada pula anak-anak yang mungkin dijaga makan minumnya dan pakainya, namun dibiarkan pula melepak di sana sini dan merempit di jalanan. Keluar, balik rumah tak tentu masa. Makin mudahlah orang-orang berniat jahat mengambil kesempatan, kemudian siapa perlu disalahkan? Siapa yang patut bertanggungjawab? Tak kurang juga kisah “haruan makan anak”, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Anak sendiri, kenapa diperlakukan begitu?
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, dalam mana-mana situasi, anak-anak yang tidak bersalah dan yang belum memahami apa yang terjadi itu menjadi mangsa. Jika aset penting negara tidak dijaga, maka tidak hairanlah jika anak-anak membesar dengan perasaan marah, perasaan takut, tidak mengenali jati diri, perasaan tidak peduli. Sedang kita sibuk mencari punca mengapa nilai-nilai murni semakin luntur, fikir-fikirkan adakah penerus generasi akan datang ini terbela? Jika anak-anak sendiri tak terjaga dan terbela, mungkin tak perlulah difikirkan mengenai sifat kemanusiaan.
Jangan biarkan mereka(baca:generasi akan datang) ini menanggung derita akibat kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan (baca: generasi sekarang) . Mereka amanah yang besar, yang diberikan untuk dijaga, kerana bila sampai waktunya siapa lagi yang boleh diharapkan , kepada siapa lagi patut kita wariskan bumi ini…
Monday, February 8, 2010
SOS! I can't remember things!

Are you forgetful? Finding yourself hard to memorise things, or have trouble remembering
stuffs? Ever felt that it would be wonderful to have the 4GB RAM as your short-term
memory and that 500GB hard disk of yours as your long-term memory? Well don't feel
that way. We are so much better than the computers. So how can we improve our memory? These are some tips :
1. Chunk the information
Group certain words or numbers, so that it will be easier to remember. For example, you can chunk the number 8977344 into 897 7344. Sometimes, we do chunking, but we are not aware of it. This can also be applied to types of fruits, animals and so on. When grouping, arrange the information in order.
2. Rhyming
In Malay, we don't really apply rhyming, maybe except for pantun and syair. And maybe thats why they use rhyming in these poetry work (hey and also in songs right?). Because besides that it sounds great, when the lyrics rhyme, it is also easy to memorise.
3. Recitation before you go to sleep
Before you go to sleep, relax yourself & go through the things that you want to memorise. Write it down, read it and go to sleep (Never tried this technique before, but sometimes, before I go to sleep, I will think about what to do the next day, does that count?)
4. Don't tense yourself
This often happens to us...when we try so hard to recall something, we just can't remember it. But when we don't want to think about it, then we remember. So don't tense yourself, relax and don't be anxious especially when answering your exams. Because that will make things worst.
5. Mnemonics
This is a quite popular technique. Who doesn't use this technique (especially in remembering rainbow colours - "Michael Jackson kena halau balik India Utara"). But in using mnemonics, it is better if we can visalise it.
6. Excercise
Yes, our life is hectic, but excercise does really improve our memory. Do physical exercise as well
as mental excercise (playing Scrabble, Sudoku you get the idea).
7. Ample rest & sleep
Doze off ZzZZZZZZzzzzz.......
Happy memorising! ;)
Saturday, January 16, 2010
Laughter is the best medicine!

After such a heavy topic, lets cool things off. Since it is already hot out there, I do not intend to increase the temperature. So lets talk about humor, jokes, comedy, laughter
Have you ever watched a comedy movie alone, and it didn’t even crack a smile on your face, but when you watched it again with your friends or family, suddenly it was the funniest movie ever and you laughed your head off none stop. Why? Well it seems that humor or laughter is infectious. It is contagious. When you are all alone, there is no one who can share the happiness with you. So is it true that laughter is the best medicine?
I like reading Readers Digest, and the “Laughter is the best medicine” segment would be the first part that I will be reading. The jokes never fail to make me laugh (although I’m reading alone, I’ll still laugh like crazy) and that is my monthly dose of medicine.
According to research, laughter can reduce pain, discomfort, stress (with the release of endorphins) and decrease our blood sugar level. It also helps our blood vessel function well . It also lightens your burdens, inspires hopes, connects you to others, and keeps you grounded, focused, and alert. Besides that, it boosts our immune system.
http://www.psychologytoday.com/articles/200504/laughter-the-best-medicine
http://www.helpguide.org/life/humor_laughter_health.htm
And jokes will definitely help a lot in understanding language better (this applies to smart jokes). It is actually not easy to understand jokes. There are thinking skills involved (lateral thinking skills, according to De Bono). Lateral thinking is defined as a technique of problem solving by approaching problems indirectly at diverse angles instead of concentrating on one approach at length. This can be applied to jokes as in understanding jokes, there are various angle and approach that we choose to think to understand it.
So I guess a joke or two a day will be great! Just please don’t joke about other people ok. Ready to smile & laugh :)) Check this out
Saturday, January 2, 2010
Isu Penggunaan Nama Allah
Sebelum ini saya ada menulis mengenai isu penggunaan nama Allah oleh Herald serta kaitannya dengan tauhid tiga serangkai (baca di sini). Dan seperti yang anda ketahui, Mahkamah telah memutuskan bahawa penggunaan Allah dalam Herald Tribune adalah dibenarkan.
Maka ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan menggesa raja-raja Melayu sebagai ketua agama untuk campur tangan dan ingin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Jadi, ingin saya berkomentar sedikit mengenai isu ini.
Pertama, keputusan ini telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, dan kes ini difailkan di sana dan bukannya Mahkamah Syariah. Hakimnya pon bukan pula beragama Islam, jadi apa yang anda harapkan?
Kedua, penganut agama Kristian di negara lain seperti Mesir dan Indonesia telah lama menggunakan Allah dalam Bible mereka. Jika tak percaya, anda boleh ke kedai buku, dan lihat sendiri terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia atau anda boleh lihat secara online (klik sini). Apa yang hendak dihairankan jika mereka merujuk Tuhan sebagai Allah? Bukankah Bible itupun asalnya diturunkan oleh Allah? Sepatutnya kita yang percaya dan beriman bahawa adanya kitab – Zabur, Taurat, Injil & Al-Quran sebagai pelengkap lebih memahami mengapa mereka pon menggunakan nama Allah.
Sepatutnya, jika kita dapat melihat dari sudut yang positif, bukankan ini lebih membuka ruang dakwah? Kita percaya pada Allah, mereka pun percaya pada Allah. Jadi mungkin boleh bertanya atau berdialog bertanyakan mengapa mereka percaya pada Allah, tapi pada masa sama percaya Jesus itu anak Allah, malah Jesus itu adalah Lord juga? Sedang kita percaya Nabi Isa@Jesus itu adalah rasul@utusan Allah.
Ketiga, jika benar kita bimbangkan akidah orang Islam, takut mereka terkeliru, terpedaya, terkena hasutan, diseleweng dan sebagainya oleh “orang-orang yang berniat jahat dan beragenda”, maka sepatutnya mantapkanlah diri orang-orang Islam. Apa benteng yang orang Islam patut ada? Sebelum saya akhiri penulisan saya, renungkanlah petikan ayat berikut :
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah:62)
* *Shabiin : orang-orang yang mengikuti syari'at Nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa.

Monday, December 28, 2009
Improving your English Language

Language is a medium of communication. There are over 6000 languages spoken by the entire human race. And through further reading, I found out that the most spoken language is Chinese, followed by English. Malay/Indonesian is at #9. So, based on that statistic, of course we can’t deny the importance of mastering the English language. I must admit that I am not really that good in English, but I still want to share some tips on improving the language. Actually this can be applied to any language that you wish to learn. For myself, I had the opportunity to learn Arabic language too, but after 10 years , it totally slipped my mind and I regret that.
1. Like any language, it must be spoken, and practiced. Don’t be afraid or shy to speak although it may be broken English. It is totally fine. It may be difficult and frustrating at first but it can be done. Peers , parents and teachers play a big role in encouraging others to speak in English. Speaking is important in practicing our pronunciation and building our confidence.
I know that a lot of us are inferior when it comes to communicating in English. We think too much about the perception of others. Put that aside. Remind ourselves that whatever other people think, the main point is that you want to improve your English.
2. Read English materials – newspapers, magazines, novels, books. With lots of reading, we can familiarise ourselves with the language. Especially when it comes to learning grammar. Yes of course in the school we are taught the rules of English grammar, but sometimes there are exceptions, and you can identify this by reading. Reading will also add on to your vocabulary.
3. Find the why. If we know the answer to “Why do you have to learn English?” then it will be easier for us to motivate ourself. For me, I have to learn English because most of the reading materials nowadays are in English and by mastering English, it will help me to get through job interviews.
4. Write. Practice writing. Blogging is a way to practice writing. Share your thoughts and stories to others. Write comments in FB or twit in English.
5. Listen to English materials. English songs, listen to English radio stations. But be careful with the language used. It is known that sometimes the language used is not proper English.
6. Watch English materials. Dramas, movies, cartoons. I don’t see anybody having problem with this tip right? When you watch these materials, ignore the subtitles.
7. Make English learning fun. Don’t get tense by learning English. It should be fun and enjoyable. Try language games and activities.
Easier said than done right? But if don’t even try, then of course it won’t be any easier to learn English. So give it a try ok? :)
Monday, December 21, 2009
Minggu Filem Islam
Anda peminat filem? Saya sememangnya suka menonton filem, malangnya selain daripada kesuntukan masa, filem yang ditayangkan juga kadangkala kurang menepati citarasa saya. Ya, memang filem merupakan satu aktiviti santai tetapi saya lagi menggemari filem yang ada pengisian samada dari jalan ceritanya (paling penting) , cinematography serta CGI. Barulah berbaloi kan?
Jadi pada penggemar filem, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menonton filem bertemakan Islam yang ditayangkan secara percuma!

Menarik juga menonton karya dari negara lain ni, asyik dengan filem US je. Kalau filem tempatan pula...memang fikir banyak kali untuk menonton. Kesemua cerita kelihatannya menarik. Saya hanya pernah membaca & menonton Laskar Pelangi. Filem daripada Indonesia yang walaupun memang bagus sangat ceritanya, namun tidak pula ditayangkan di Malaysia (adakah orang Malaysia tidak tahu menghayati cerita sebegini?). Memang saya sarankan filem tersebut untuk ditonton.
Kalau filem daripada timur tengah, lagilah kurang sangat diberikan perhatian di Malaysia. Saya pon jarang menonton filem dari sana. Tetapi apa kata kita cuba, barangkali boleh membuka mata dan minda kita. Jika mahu melihat sinopsis filem-filem tersebut, boleh lihat di sini
Jadi jika berkelapangan, silalah ya ke Kompleks Studio Merdeka.
p/s: Hmm...tak sabar menantikan filem Mualaf!

Subscribe to:
Posts (Atom)