Thursday, December 16, 2010
Semua pekerjaan adalah professional!
Teringat semasa di zaman persekolahan. Antara soalan yang sering ditanyakan adalah mengenai cita-cita. Dan semestinya cita-cita yang menjadi pilihan ramai adalah doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Pekerjaan-pekerjaan tersebut dianggap di mata kita sebagai pekerjaan yang 'baik'dan profesional. Mentaliti masyarakat kita suka membanding, membezakan, meninggi merendahkan, memuji menghina. Ada golongan yang dianggap kelas tinggi, manakala yang lain pula kelas rendah.
Apa yang dimaksudkan dengan professional sebenarnya? Dari Dewan Bahasa :
1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~;
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~;
3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~;
4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.
Bukankah sepatutnya semua pekerjaan adalah professional,dan dilakukan sebaik-baiknya
berdasarkan peraturan/ilmu yang terkandung dalam bidang tersebut? Misalnya seorang
construction worker yang menyusun batu-bata, menyimen, memasang tiling, kesemua itu
memerlukan kemahiran. Begitu juga petani yang berhempas pulas membanting tulang
4 kerat untuk memastikan seluruh rakyat negara kita dapat makan. Nelayan pula meredah lautan luas, dilambung ombak tinggi untuk menangkap ikan. Maka adakah pendapatan yang diterima berbaloi dengan usaha mereka?
Tanpa mereka, sekalipun ada jurutera yang bijak pandai, merangka pelan bangunan gah dan tinggi berserta rekabentuk yang canggih dan kreatif, bangunan tersebut hanya tinggal pelan tanpa construction worker. Sekalipun ada mereka yang bijak pandai mencipta alat menanam padi dan menuai yang canggih, beras takkan terhasil tanpa ada yang menanamnya dan sekalipun ada kapal secanggih manapun, ikan itu takkan datang bergolek ke daratan tanpa ada nelayan yang menangkapnya.
Perlu kita ingat, pekerjaan mereka bukanlah pekerjaan yang mudah. Sedang kita berjemur sedikit pun sudah mengadu panas, buat senaman sikit-sikit pon dah lenguh-lenguh badan. Saya sarankan untuk tonton Dirty Jobs di Discovery Channel.
Sebagai rakyat pada sebuah negara, semua orang harus memainkan peranan masing-masing secara profesional, biar apa pekerjaan sekalipun kerana kita saling memerlukan.Jadi yang terbaik! Jadi profesional dalam apa jua bidang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betol2x.. Teringat plak zaman kecik2 dulu, bila cikgu tanya, dah besar nak jadi apa?? aku jawab nak jadik tentera... kekeke, last2 jadi seorang pendidik... hehehehe
ReplyDeletewow tentera huhu, aku nak jadik macam-macam dulu, tapi seme yang 'glamer2' je - doktor, engineer, lawyer, jawapan standad budak sekolah ;P
ReplyDeletehaha..aku nak jadi doktor sakit puan...rugi lak tak kejar cita2 tu....
ReplyDelete