Thursday, October 1, 2009

Pasca Raya

Walaupun 1 Syawal dah berlalu, tapi kemeriahannya masih lagi terasa..sekurang-kurangnya untuk 2 minggu akan datang ni. Di televisyen pon masih ditayangkan hiburan-hiburan (saya suka menggunakan hiburan, kerana memang kebanyakan rancangan yang ditayangkan pon berbentuk hiburan semata) ala-ala raya yang dah pastinya kalau tak de nyanyi2 dan tarian, drama leleh, makanan, pakaian raya dan balik kampung, memang tak sah. Penuh hedonisme semata. Kelakar pula bila mengenangkan betapa jauh bak langit dan bumi antara bulan Ramadhan dan Syawal nih kan. Start je pkl 12 mlm raya tuh, non-stop hiburan. Don’t get me wrong, dengan beranggapan wah..tentunya si penulis blog ni langsung tak suka dengar lagu, tak tengok TV dan movies. Saya pon dengar juga lagu, tengok juga TV, movies dlll tapi there is a time and place for everything, berpada-pada lah kan, kita sendiri pon boleh menilai buruk baiknya…alahai raya….

Dan bila bercakap pasal raya nih tak sah la kalau takde rumah terbuka raya yang boleh dikatakan dapat menunjukkan betapa 1Malaysialah kita ni semua, berbilang agama dan bangsa sama-sama menjamu selera. Ternyata kehendak tekak dan perut kita ni sama je rupanya. Makanan yang menyatukan kita? Tak salah rasanya pernyataan tuh.

“Waktu makan, depan rezeki tak elok gaduh2” pesan orang2 tua kita itu ternyata dipegang teguh. Kalau macam tuh, bak kata Chedet dalam blognya, “Maybe we should have continuous festivals throughout the year” Mungkin perayaan-perayaan nih sebenarnya merupakan getaway sementara bagi semua orang untuk melupakan seketika masalah sebenar yang dihadapi, tak kiralah masalah apa – ekonomi, politik, keluarga dlll. When the party is over, startlah balik seme masalah until the next perayaan datang pulak…alahaii raya…

Oklah, walaupun raya dah berlalu, tapi saja di kesempatan ni nak share lagu raya yang pada saya besar juga ertinya walaupun takde langsung mention ‘bout kuih raya ke baju raya ke dan apa yang selalu disinonimkan dengan raya. Tapi pelik lagu nih takde keluar kat radio..kenapa ek? Kalau takde cerita pasal kuih raya, baju raya dan jumpa keluarga dan sanak saudara tak dikira sebagai lagu raya ek? Aih ape2 la, anyhow, kalau ada open house, bagitahulah, especially yang dah lama lost contact..bila lagi nak jumpa kan?

Enjoy Salam Dunia



No comments:

Post a Comment