Thursday, January 8, 2009

Palestin - a hot & cold issue?

Sebenarnya kalau boleh macam taknak je tulis pasal Palestin nih. Sebab saya tahu end up nya adalah sama. Satu isu yang dah lama, dan ada pasang surut, Bila time2 mcm nih, mmg la hot kan cerita tuh. Dengan kutuk-mengutuk, mencaci, mencerca, mengata, menderma, berkempen, memboikot, bersidang, bercakap macam-macam lah. Tapi tak setel pon...lama2 jadi? cold, basi, perkara normal and the cycle will continue...

Seriously sebenarnya dah tak mampu dah nak tengok berita Palestin nih. Tak terkata dah. Sampai bila? Nak tunggu sape? Ade saviour ke..atau diri sendiri yang kene save ourselves and save the world? Kadang-kadang manusia memang mudah meletakkan kesalahan dan tanggungjawab pada orang lain... Tapi kalau fikir2 nih salah sape? Tanggungjawab sape? Segelintir pihak je ke?

Bila umat Islam tuh nak realize yang kita ni ramai tapi....okla, sape pernah tengok "A bugs life"? Cerita yang simple je tapi membawa maksud yang dalam. Setiap musim panas, semut2 akan kumpulkan makanan double, untuk mereka dan jugak untuk geng belalang. Kiranya semut nih menjadi hamba pada belalang nih. So bila tiba masa belalang nih datang nak ambik mknn, sekali ada seekor semut nih buat slack, abis seme mknn. Belalang marah dan bagi tempoh masa untuk dptkn jgk mknn. Dan semut yang buat slack nih tak setuju. Dia sorang tentang cakap belalang dan nak buat perubahan. Last2 dia kena halau. Belalang nih pulak kira after some time mcm dh lupa la kes semut nih, and dah jumpa port baru, mknn cukup untuk winter, tapi still ketua dia suruh jugak pergi amik mknn semut sbb ape? To keep them in order! Supaya semut2 nih forever jadi hamba. Tapi cut the story short, semut yang dihalau tuh berjaya buat the whole colony of semut2 realize yang derang tuh ramai dan boleh tentang belalang nih TOGETHER.

Kalau usaha seorang, memang susah. Tapi kalau sama2, baru ada hasilnya. Sebab sepatutnya matlamat adalah sama kan, kita nak keamanan, kesejahteraan. Saya ambil pulak analogi bola sepak for those yang minat bola hehe. Ok, untuk satu team bola, tugas menjaringkan gol sape? Adakah tugas striker je? Ataupun the whole team? Matlamat satu team untuk gol, dan menang, so of course it is a teamwork. Walaupun setiap player berbeza tugas - goal keeper, defender, striker, midfielder tapi kemenangan dan kejayaan hasil kerja seme. Bukan tugas satu individu je. So, kalau training, seme kene turun training. Dan kalau ada match, seme kene standby and perform the best. Mana bole goal keeper je mantap training bagus seme kan , yang lain hampeh...tak jadi...

Dan satu lagi point penting, apa terjadi kalau ada player tuh penat ataupun injured? Aaa ade substitute kan? Ada player lain menggantikan player yang dah tak bole perform dengan baik. So sama jugakla macam kalau kita tengok zaman kegemilangan Islam dulu, ramai yang hebat2 sampai dikagumi dunia barat.Sekarang nih? Sebabnya tak ada pelapis, pengganti..so lama2 kalau macam contoh tadi main bola kan, boleh ke kalau takde substitute? Team tuh nanti akan penat, lemah, kalah. Dan bila dan lemah tuh yang bergaduh antara players, dgn manager dgn owner. Nampak tak kaitan dia?

Nih sorotan daripada post lepas, tapi more spesifik untuk umat Islam. Bila lagi? Jangan sampai it is too late to do anything. Cukup2 la tuh kita terlalai dan terleka, berada in our confort zone.Dah lama sangat dah kita tidur. Its time to wake up and do our part. Sekarang dunia memang tak tahu nak cakap apa. perang, economic crisis, pembuangan pekerja, rompak dan lain-lain sebab one problem will lead to another. Maybe kita akan survive lagi this catastrophic time macam tahun 1997 just take it for granted and hope everything will fall back into place , tapi boleh ke sape2 bagi jaminan? So macamana nak unite? What can you do to unite? Sejauh mana kesanggupan untuk unite ?...

3 comments:

  1. Dulu, org yahudi mendpt perlindungan oleh org arab drpd kekejaman org eropah... At last, dorg yg mengganas, membunuh org2 arab palestin yg beragam Islam... Kejam sungguh

    ReplyDelete
  2. Yup...memang kejam, tp cukup kah kita sekadar kesian dan membenci org yahudi, akan berubah ke nasib mereka dan seluruh umat Islam lain? Kalau kita tak berubah, kita pon sama kejam kerana membiarkan je nasib saudara seagama mcm tuh...

    ReplyDelete
  3. :-) good post!!!

    Al-muddatsir(1-10)
    Hai orang yang berkemul (berselimut),bangunlah, lalu berilah peringatan!, dan Tuhanmu agungkanlah! dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah,dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.
    Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.Apabila ditiup sangkakala,maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah.

    ReplyDelete