Saturday, January 3, 2009

Finding unity - Jewish, Christianity, Islam

Tiba-tiba bila baca balik post-post yang lama, saya sampai pada post di mana saya ada mengatakan nak buat post mengenai interfaith comparison nih kan. Especially baru-baru nih Palestin terus diserang, jadi, saya ada buat research dan summarize so hopefully post nih dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berguna bagi para pembaca.

Di sini saya ingin fokus pada 3 agama samawi iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam. Sebenarnya sedar tak sedar, memang banyak persamaan antara ketiga-tiga agama nih. Tapi apa yang terjadi sekarang nih, sampai ketiga-tiga penganut agama nih bergaduh, berperang dan macam-macam lagi la kan? Tapi apa yang dikatakan tu based on apa? Kitab-kitab ke? atau persangkaan semata? Masing-masing saling tuduh menuduh mengatakan itu dan ini mengenai setiap agama. Yelah, sedangkan seagama pon boleh tak sefaham, macamana pulak la bila berlainan agama kan. Sebenarnya to tell the truth, saya pon ada persepsi negatif terhadap penganut agama lain nih, tapi after dah buat research, minda jadi lebih open dan lebih jelas.

Jadi, sebagai orang Islam, kita memang mengakui adanya kitab-kitab terdahulu; kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa dan juga kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa. Kitab terakhir, Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah sebagai pelengkap kepada kitab-kitab terdahulu. Kita juga percaya adanya nabi-nabi terdahulu daripada Adam hinggalah kepada Rasulullah.

Sebenarnya kalau trace back,ramai nabi-nabi terdahulu dari kalangan bani Israel. Nabi Ibrahim dianugerahkan nabi Ismail dan Ishak Bani Israel nih gelaran yang diberikan kepada nabi Yaakub, iaitu putera nabi Ishak dan keturunannya yang ada sebahagiannya menjadi Rasul juga - Daud (David), Sulaiman (Soloman), Musa (Moses), Harun (Aaron), Zakaria, Yahya (John, yg juga dikenali John the baptist) dan termasuklah nabi Isa (Jesus) yang juga berketurunan bani Israel. Manakala Rasulullah pula daripada susur galur nabi Ismail. Kalau lihat memang bersaudara pon kan asalnya. Sebab tuh kalau search, ketiga-tiga agama nih ada yg panggil Abrahamic religions, starting from nabi Ibrahim.

Tapi macamana pulak boleh jadi agama-agama berbeza kalau asalnya sama? Actually sekarang nih pon, kalau kita lihat agama jewish dan christian yg orthodox (kalau tengok orthodox nih mcm perkataan x best kn, kuno cmtuh, but it really means yg asal, yg original) , memang ada persamaan dengan Islam. Kepercayaan, ritual ibadat memang ada persamaan . Tapi sebab ada bahagian-bahagian dalam Taurat (Torah, dlm parts of bible pon ada ayat-ayat dari Taurat dimasukkan dalam Old Testament) dan Injil yg di ditukar, ditambah dan diubah so jadilah seperti apa yg dpt dilihat hari nih.

Bila research, memang dari segi akidah pada asalnya sama, percaya pada Tuhan, rasul-rasul, kitab, kiamat dan ibadat pon sama juga mcm contoh solat kan. Dekat sini saya ada jumpa links daripada Youtube mengenai cara solat Jewish dan Christian Orthodox. Cuba tengok

Solat ancient Jew
Solat ancient Christian

Ada similarity kan? Kemudian macam puasa dan zakat pon ada jugak, tapi masing-masing dengan cara yang lain. Sebenarnya banyak lagi, kalau tengok pulak dari segi peraturan, pakaian pon ada persamaan jugak (lihat pada orthodox jewish & christian - rahib2, cuba search derang pon pakai "tudung" jugak) . Dan ada yang orthodox sampai kemodenan terus ditolak no televisyen, computers. Dan kalau nak kata "Tapi sekarang nih kalau tengok orang Yahudi dan Nasrani tak folo agama diorang pon...ada je yang buat kerosakan...ada je yang tak ikut hukum diorang.." kita yang mengaku Islam nih macamana pulak?

Jadi berbalik kepada persoalan kenapa sekarang nih jadi macam nih, keadaannya kan? Sebenarnya semakin banyak kaji, faham cari ilmu tuh makin jelas jawapannya. So selama nih tak ramai yg realize ke? Tak nak realize? Selama nih tak ada ke yang cuba mencari persamaan yang ada? Bukan kah apa yang kita nak dalam dunia nih keamanan, kesejahteraan - ISLAM tuh? So adakah kesejahteraan...keISLAMan tuh start daripada Rasulullah? ataupun dah lama sebenanarnya? Kalau macam tuh, sape pulak yang bagi nama agama Yahudi(Judaism) dan Nasrani(Christianity) nih? Kalau ramai yg nak hidup aman sejahtera...kenapa masih macam sekarang nih keadaan dunia?

Jadi, persoalan-persoalan nih berbalik semula kepada manusia tuh sendiri. Bukan agama tuh yang menjadi masalah, manusia tuh sendiri punca permasalahan. Macamana kita sebagai hamba kepada yang Maha Berkuasa, Tuhan, God, Ilah, Rabb menjalankan perintahnya...

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.-Al-Baqarah, 2:62-

Mungkin banyak lagi yang boleh dikupas. Tapi sebab panjang sangat post saya kali nih. Kalau ada lagi info saya akan share kemudian.

2 comments: