Thursday, December 11, 2008

Korban @ pengorbanan

Walaupun agak terlambat untuk post entry berkaitan Hari Raya Korban a.k.a Haji a.k.a Aidiladha nih kan, tapi nak la jugak post. Sebabnya, kalau x post kali nih, nak kene tunggu taun depan...mcm lbt sgt la lagi kan hehehe. Sebenarnya, bukanlah nak bercerita mengenai raya tuh sangat. Saya pasti ramai dh yang tau, raya korban nih, adalah untuk mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail, dan disebabkan itu, secara simboliknya, kita mengorbankan binatang ternak. Dan umat Islam menyambut raya korban selama 3 hari, jika hendak dibandingkan dengan raya puasa yang hanya disambut selama sehari sahaja. Sebab itu di sesetengah kawasan ada yang menamakan raya korban dengan eid akbar (raya besar).

Jadi, berbalik kepada pengorbanan tadi, apa makna pengorbanan? Pengorbanan yang macamana? Sejauh mana kita dah berkorban dan sanggup berkorban ? Berbaloi ataupun tidak pengorbanan yang dilakukan?

Mungkin setiap orang tuh lain matlamat hidupnya, jadi makna pengorbanan bagi setiap individu tuh berbeza kan. Ada yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki - harta, pangkat dll. Ada yang berhabis untuk judi. Ada yang berhabis untuk kereta kesayangan. Ada yang berkorban untuk makwe....Hmm..kalau kaum wanita pulak, biasala kan, handbag, kasut, make up, accessories dll.

Ada yang mengorbankan alam sekitar memusnahkan hutan-hutan dan bukit-bukit untuk kesenangan segelintir golongan yang tertentu. Dan bila terjadinya tragedi yang mengorbankan nyawa, nak salahkan sapa? Malas jugak nak komen panjang2, sebab mendenya simple je, segala kerosakan yang berlaku di muka bumi nih, adalah salah manusia tuh sendiri...hmmm walaupun ade je yang menyatakan nih bukan human error..dh tuh, salah hujan? Aih...kdg2 fikir degilnya..bodohnya...zalimnya makhluk bergelar manusia nih.

Hmm..jadi bila dah tau matlamat pengorbanan tadi, dan dah korbankan apa yang patut mengikut kesanggupan diri masing-masing, barulah boleh nilai, berbaloi ke pengorbanan tuh akhirnya - dapat naik pangkat, atau pegang jawatan yang best, dapat banglo besar, kereta besar, wife cantik...@ for ladies dapat handbag LV, kasut CD, make up ape2 la jenama yang best tuh kan...priceless? worth it? Memang ini ke yang manusia seme inginkan dalam dunia yang sekadar satu persinggahan...

Jadi bersempena raya korban nih, sama-sama kita fikirkan erti pengorbanan. Moga pengorbanan yang kita lakukan tuh berbaloi, mendatangkan hasil kelak...

3 comments:

  1. wah.hehe.

    sarah, ade buat freelance gfx tak?

    ReplyDelete
  2. yo!

    freelance gfx? aih, ko kn hebat bab2 gfx nih, bab2 berlakon lagilah hebat kn wakakaka. Hmm..gfx ape tuh?

    ReplyDelete
  3. ces, bab2 berlakon yer..tapi paling macho suara ar, skali aku sebut other than detttt, kompem cair budak2 skolah dgr.hehe

    ReplyDelete