Ok, setelah dikumpul-kumpulkan balik semua bahan-bahan mana yang boleh, kirenya boleh memulakan post mengenai ketamadunan nih. Dalam post2 yang lepas, ada yang bertanya apakah itu ketamadunan? Dan saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Night Angel.
"Akar kata TAMADUN atau MODEN atau MADANI itu sebenarnya adalah dari Al-Din, Dana, Yadnu, Madinah. Tamadun tidak hanya bermakna perubahan ekstrinsik seperti pembangunan yang pesat dan teknologi yang tercanggih, tetapi kita miskin dari segi roh, jiwa dan penghayatan maksud ‘din’ itu sendiri...."
Kiranya masyarakat yang dikatakan bertamadun adalah masyarakat yang teratur, tersusun, bersistematik. Jadi memang betullah satu ketamadunan tuh tak boleh kita define dari segi luaran sahaja, kerana apa yang paling penting adalah peradaban setiap rakyat yang berada dalam ketamadunan tersebut. Dan melihat kepada takrifan nih, kalau kita buat kajian, di samping kita nanti akan melihat achievements setiap ketamadunan nih, kita akan lihat juga social structure mereka. Jadi, kita akan lihat nanti kepada beberapa tamadun terdahulu, seperti Yunani, Rom, Mesir, Persia dan Islam. Kita start dengan ketamadunan Mesir.
Ketamadunan Mesir nih bermula kira-kira 3000BC dan berakhir dengan kejatuhannya di tangan Rom around 31BC Raja yang memerintah mereka seperti yang ramai ketahui, Firaun dan Firaun yang pertama memerintah mereka adalah Menes.
Kawasan ketamadunan ini terletak di sepanjang sungai Nil dan sungai ini yang menjadi nadi penggerak kepada aktiviti pertanian yang sangat bergantung kepada kitaran sungai Nil yang membawa lumpur yang mengandungi tanah subur dan dgn ini membolehkan mereka bercucuk tanam dan mendapat hasil yang banyak. Dan aktiviti pertanian ini yang banyak mencorak sistem kehidupan, pemerintahan dan struktur sosial mereka. Golongan pekerja adalah yang teramai.
Kebanyakkan mereka mengerjakan tanah yang dimiliki oleh pihak kerajaan, institusi keagamaan mereka atau golongan bangsawan. Golongan pekerja juga dikenakan cukai. Tapi, kehidupan golongan nih terjaga dari segi tempat tinggalnya, makanan dan lain-lain.Pekerja-pekerja nih ditempatkan di satu kawasan bernama deir al-medina (madinah? tamadun?) Kemudian, ada golongan bangsawan, wazir dan pemerintah tertinggi adalah Firaun yang menggubal undang-undang. Kiranya, di sini kita dapat lihat strata, ataupun status dan kedudukan lapisan masyarakat di Mesir dahulu.
Antara pencapaian mereka dari segi sains, teknologi, bahasa (hiroglif) dan sebagainya sememangnya maju. Contoh paling jelas adalah pembinaan piramid.Bayangkan di tengah-tengah padang pasir, bongkah-bongkah batu diangkut dari sungai, dipotong, polished dan kemudian disusun pula dengan bahagian dalam ada pula bilik-bilik. Dan setiap proses nih kena make sure siap on time. Memang hebat! Kiranya selain daripada pengurusan pekerja yang sangat ramai tuh, ada pulak sistem komunikasi supaya kerja berjalan lancar.
Teknologi yang canggih pada masa kini belum tentu dapat membina piramid. Dan sebab tuh juga maybe sebab dah malas nak fikir kot ada sebahagian come to a conclusion yang piramid nih dibina oleh alien! Hehe.Dan satu lagi, cara mereka memumifikasi mayat Firaun nih memang sangat kompleks . Bayangkan mayat yang dah beribu tahun tuh tapi still sampai sekarang kita boleh lihat.
"Bayangkan mayat yang dah beribu tahun tuh tapi still sampai sekarang kita boleh lihat"
ReplyDeletesurah Yunus ayat 92
:)
haah btol2
ReplyDelete"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami " (Yunus, 92)
mmg spi skrg org bole tgk mayat Firaun nih. Hmm..kalau mengikut kajian ada yang mengatakan firaun Ramses II adalah firaun yg diceritakan kisahnya dalam Quran tuh...tp xtau la setakat mn kesahihannya kn