Sunday, September 7, 2008

Liberalism & Sosialism

Lama tak buat post baru hehe. So, kali nih nak share about ideology2 yang dulu blaja, time sejarah form 4 dan form 5 - liberalism & sosialism. Sebab dulu belaja mcm blur je, besides, lagi pentingkan Sains & Math at that time. Tapi bile baca balik, wow, it totally makes sense, serious, sebab dlu masa budak2 mana la nak faham politik la ideology la kan.Tapi terfikir jugak, apesal nak kene blaja seme nih, history org2 barat yang macam xde kaitan je dgn Malaysia kan. Ok so
lets take a look.

Liberalism

Liberalism adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi.Actually start zaman renassaince, enlightenment kat barat dulu.Mereka perjuangkan kebebasan daripada raja-raja dan institusi agama.Derang tak nak terikat dengan kekuasaan raja yang mutlak dan juga agama.Mereka mahu seme rakyat ada hak untuk mengundi secara bebas dan adil untuk run the nation.Di sinilah wujudnya sistem raja berperlembagaan, pengundian.

Antara tokoh-tokoh pejuang liberalism nih adalah John Locke, Adam Smith, John Stuart Mill dan Thomas Paine.

Liberalism nih kalau dilihat secara amnya, memang merujuk kepada sistem pemerintahan la kan,contohnya demokrasi tapi secara tak langsung, keliberalan tuh boleh diluaskan lagi dan dikembangkan lagi kepada liberalism budaya (kebebasan individu dalam sastera, seni, akademik, judi, seks, pengguguran bayi, arak, dll), liberalism ekonomi (kebebasan mengambil keuntungan,monopoly,persaingan dalam berniagayang membawa kpd kapitalism).

Sosialism

Sosialisme nih ideologi/sistem organisasi sosial dan ekonomi yang mana ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh rakyat secara sama rata.Sosialisme nih wujud disebabkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kemiskinan melampau, ketidaksamarataan dalam pembahagian kekayaan hasil daripada revolusi industri time tuh dan nak transformasi masyarakat kepada komuniti2 kecil tanpa harta individu, kirenya harta belongs to negara and sepatutnya dikongsi bersama. Tak ada pangkat dan tak ada kasta-kasta, rakyat seme sama taraf.

Ada sebahagian golongan sosialis mengikut Vladimir Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan atau welfare state.

Ini adalah 2 ideology terbesar la dalam dunia nih. So barulah faham kenapa US dan Russia bersaing antara satu sama lain-2 kuasa besar berlainan fahaman/ideologi. Dan bukan setakat tuh, rasanye every country mostly mesti akan adalah both ideologies nih.Antara tokoh-tokoh penting ideologi sosialisme nih adalah Karl Marx, Robert Owen dan Jean Jacques Rousseau.

Kalau tengok balik kan baru tahu apsal la kite blaja mende2 alah nih masa sekolah. Rupa-rupanya because all these ideology-ideology nih nak diserapkan dalam minda kita dan secara rela ataupun terpaksa, memang ideology nih ade di sekeliling kita. Kat negara kita sendiri
macamana? Ideology mana jadi pegangan kita? Ade ke yang liberal? ade ke yang sosialis? Ape akibat ideology-ideology nih? Sape yang rugi? Sape yang untung?Ade ke yang menindas dan tertindas?Ataupun statik je macam tuh? Boleh ke ideology nih ditukar-tukar, diubah sesuka hati?Fikir-fikirkan...


*sumber from Wikipedia

5 comments:

  1. Alamak...

    Aku mmg betol2 dah lupe laaa pengertian liberalisme dan sosialisme nie...Ye laa, dulu main hapal utk duduki exam je kan...Aku cuma ingat "jus soli" jer... Ko mesti dah tak ingat kan apa itu "jus soli"??? HaHAHAHa

    ReplyDelete
  2. Amboi...

    Biasa la orang kita dulu main ikut jer....terima jer apa yang diorag buat.....so skrag la kita generasi muda kena pikir n berubah.....Jangan kerna ditabur wang yang banyak...hal yang betul jadi salah...yang salah jadi betul...

    ReplyDelete
  3. menarik! sesuatu yg aku baru baca + tau balik..ttg pahaman2 yg ada dlm dunia..dari liberalisme(kapitalis)->socialisme->komunisme..sistem yg di "evolvekan" utk me"resolvekan" MASALAH SISTEM TU SENDIRI...hasilnye menghasilkan sistem yg solve sistem sebelumnya..tetapi mewujudkan masalah lain kemudiannya..hehehe..

    malaysia....bagi aku..melaksanakan semua sistem ini mengikut keadaan atau kondisi keperluan satu sistem tu..contoh: kita ada parlimen utk bincang semua isu2 negara+masalah2 negara(liberal)..

    tetapi apabila kepimpinan tertinggi berhujah..sistem berbincang itu hilang camtu je..contohnye pembentangan bajet?boleh bantah?hehehe?

    ReplyDelete
  4. Salam, Maaf mencelah..

    Saya rasa kedua2 sistem ini ada kebaikan dan kelemahannya..dan Malaysia sering di uar-uarkan mengamalkan demokrasi berparlimenlah..tp realitinya kita hampir mencapai sistem autokrasi. Nasib baik semasa PRU12 pihak pembangkang mempunyai kerusi2 yg banyak dan boleh check and balance k'jaan sekarang. Kalau tidak apa shj yg k'jaan skrg putuskan itulah yg hakiki. Rasuah dlm k'jaan atau org perseorangan dh mcm barah. Sana sini adaje kes baru. Itu dari segi politik.

    Dari segi ekonomi pulak, penguasaan satu-satu kaum amat tinggi dlm perniagaan. Monopoly dikalangan mereka sahaja..Kalau di kira manusia terkaya di Malaysia dr no 1 hingga 10 , hampir dikuasai mereka. Dah hampir mcm Kapitalis lah pulak.

    Dari segi sosial pulak, Malaysia memang berbilang bangsa dan takde masalah hubungan tuh. Tapi satu2 kaum tuh masih rasa dia tuan, org lain pekerja jd sukar bercampur, ada mcm jarak antara satu2 kaum padahal sudah hampir 51thn merdeka, sosial kontrak masih jauh. Kalau sosialism hak kesamarataan perlu wujud, adakah Malaysia gitu?

    Suatu perkara yg harus difikirkan ialah Islamism. Adakah pernah dikaji? difikir? atau kita hanya menganggap islam sebagai agama? dan tk wujud sistem politik, sosial dan ekonomi islam? Satu perkara kekadang kita masyarakat islam dalam negara islam ini suka mencedok sikit2 dlm prinsip islamism ini..ada yg baik dan ringan kita ambil yang berat kita tinggalkan. Kenapa yek? Islamism datang dr Allah bukan datang dari buah fikiran manusia seperti sistem2 yg lain tadi. Tenung dan renungkan.

    ReplyDelete
  5. Jus soli? Cam ingat2 lupe hehe tp tuh psl hak2 kaum di Malaysia nih kan?

    Hmm bagus! komen2 yang membina.Tapi rasanye kite sendiri pon boleh lihat, akibat daripada ide manusia tuh yang cube mencipta satu penyelesaian tp timbul pulak masalah-masalah lain.

    Dan bak kata Abg Beca tuh, the solution yang ada dpn mata, kembali berpegang kepada Al-Quran, ikut hukum Allah secara sepenuhnya , tp mcmmn nk dilaksanakan?

    ReplyDelete