Baru-baru nih (tak delah baru sgt, hmm..time raya hari tuh) terbaca satu buku nih mengenai tamadun-tamadun zaman dahulu (ancient civilization). So after baca buku tuh,dan cari melalui beberapa sites, ada bahan menarik untuk dikongsikan mengenai ketamadunan nih.
Mungkin ramai diantara kita yang tidak menyedari bahawa sebenarnya, fahaman kapitalis, liberal dan sosialis nih dah wujud lama dah sebenarnya. Kita tau sejarah seme sistem nih dpd buku sejarah kita, ianya bermula pada zaman enlightenment kan? Tapi, dari zaman ketamadunan Yunani (1100-146BC) dan Rom (1000BC-500AD) lagi, dh ada dh. Pemerintahan mereka juga berubah daripada pemerintahan raja-raja, kepada demokrasi.Kehidupan mereka pada zaman tersebut, ideologinya lebih kurang sama la dengan keadaan sekarang ni- Mereka ada agama tetapi mereka taksub pada keupayaan dan kehebatan manusia semata-mata (humanism) dan juga materialism. Kira macam ala-ala ateist jugak.
Dan yang menarik, sebelum Darwin mengatakan mengenai teori evolution, seorang yang bernama Anaximander telahpun menyatakannya terlebih dahulu mengenai haiwan yang bermula dari air, kemudian setelah air surut, ia bertukar menjadi haiwan darat. Dan elemen ”survival of the fittest” juga telah dinyatakan oleh Heraclitus.
Manusia apabila sudah tiada pegangan, arah panduan boleh melakukan apa sahaja sesuka hati dengan sewenang-wenangnya. Selepas tuh, memang ada ketidakstabilan akibat daripada apa yang mereka cipta sendiri. Macamana kejatuhan ketamadunan Yunani dan Rom nih? Ada banyak sebab sebenarnya, dan antaranya disebabkan oleh kelemahan pimpinan, ekonomi tidak lagi stabil – inflasi dan kemiskinan dan ada juga yang mengatakan ia disebabkan faktor alam sekitar seperti pencemaran.
Jadi selepas ketidakstabilan dan kejatuhan sistem yang mereka cipta sendiri, apa yang terjadi? Macamana pula pemerintahan dan kehidupan mereka? Ada sesiapa yang take over ke?
Kiranya, macam zaman enlightenment, industri dan revolution dulu, ide-ide ataupun fahaman-fahaman yang diwujudkan seperti demokrasi, parlimen, darwinism dan sebagainya bukanlah fahaman-fahaman baharu. Mungkin pada zaman Yunani dan Rom tuh namanya takdelah sama kan, tapi konsep yang hendak dipaparkan tuh sama sahaja. Jadi, daripada zaman enlightenment tuh ( lebih kurang dalam tahun 1700) sampai la sekarang nih kan, walaupun fahaman tuh wujud dari barat (Perancis, Jerman dan British), tapi ia diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Hmm...so macamana ketamadunan kita sekarang nih? Sebab turun dan naik sesebuah ketamadunan tuh bergantung kepada manusia yang menjalankannya. Masing-masing sepatutnya memegang amanah untuk memakmurkan bumi. Kalau tak dijaga....(untuk difikirkan dan dijawab oleh diri masing-masing). Kita tak nak ambil pelajaran ke terhadap apa yang telah terjadi pada ketamadunan-ketamadunan dahulu?
Jadi sebenarnya sehebat mana ketamadunan dulu nih? Mestilah tak sehebat sekarang kot, sebab tuh ketamadunan mereka dah berakhir...ok nantikan post seterusnya, kita tengok timeline ketamadunan manusia. Tunggu......
apa itu tamadun
ReplyDeleteKalau mengikut wiki :
ReplyDeleteThe word Civilization comes from the Latin word civilis, the adjective form of civis, meaning a "citizen" or "townsman" governed by the law of his city.
Hmm maksudnya bandar, kemajuan, kemodenan, taraf hidup yang tinggi.
Tapi saya tak bersetuju kalau ini yang dimaksudkan sebagai tamadun. Adakah kehebatan satu ketamadunan tuh kite dpt define dengan kemodenan dan kemajuan je? How about cara hidup masyarakat tuh sendiri?
Senang cerite, kita lihat sekarang nih je mcmmn keadaan kita. Bertamadun sgt ke kita kalau curi ATM, buang bayi, seks bebas (tuh tak termasuk gays n les lagi), haruan mkn anak... i mean need i say more? Hari2 pon dgr cerite sama kn. Actually kalau tgk, mmg back to keadaan jahiliyyah je sebenarnya.
Saya sebenarnya lebih suke menggunakan perkataan peradaban. Because adab defines the human yg ada dlm society tuh, not the technology, not the kemajuan n kecanggihan only.
Sebab kalau manusia tuh beradab, kemajuan dan yg lain2 tuh akan follow. Tapi, kemajuan tak semestinya dapat membawa manusia itu kepada peradaban...
Akar kata TAMADUN atau MODEN atau MADANI itu sebenarnya adalah dari Al-Din, Dana, Yadnu, Madinah.
ReplyDeleteTamadun tidak hanya bermakna perubahan ekstrinsik seperti pembangunan yang pesat dan teknologi yang tercanggih, tetapi kita miskin dari segi roh, jiwa dan penghayatan maksud ‘din’ itu sendiri. Contoh masyarakat yang paling bertamadun dalam sejarah dunia ialah masyarakat Madinah, di mana Muhammad SAW sebagai Ketua Negara, sebagai Jeneral dalam tentera, sebagai hakim di mahkamah dengan rakyatnya yang berbilang bangsa hidup dengan rukun dan damai di bawah satu sistem dan undang-undang. Sistem dan undang-undang itu adalah dari ‘din’ itu sendiri iaitu din Al Islam. Demikianlah maksud dan pengertian tamadun. Ini bermakna apabila kita mengalami proses modenisasi, di samping sistem yang canggih, pembangunan material yang pesat, kita juga mengalami modenisasi dalam sikap dan jiwa. Sikap dan jiwa kita haruslah melambangkan ketamadunan itu. Umpamanya kita haruslah menghormati jiran, tetamu, saling mengambil berat terhadap sesama anggota masyarakat dan apa sahaja yang disarankan oleh Islam.
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (3/85)
:)