Selalu je kn dengar perkataan ilmu, pengetahuan, knowledge. Kita tau ilmu tuh penting, tapi betapa pentingnya kita penah tau? Atau pernah cuba amik tau? Ataupun maybe ada yang mempunyai tanggapan bahawa ilmu pengetahuan nih dikaitkan dengan pelajar2 sekolah sampai ke universiti je. Bile dah dapat diploma, degree, pHD ke, dah tak payah cari ilmu, tak perlu membaca. Just sibukkan diri dengan kerja, famili, makan dan tido.
Ye ke?
Ilmu tuh sebenarnya sangatla penting. Sebab tanpa ilmu tuh, ape yang kite bole buat pon?
Tapi ada sesetengah orang tak nak, tak mahu, takut kepada ilmu. Takut kalau dah berilmu tapi tak buat, jadi dosa pulak, kalau tak tahu lagi bagus kan, ignorance is bliss konon-kononnya. Padahal dengan ilmu tuh baru boleh jadi bangsa yang hebat, yang bertamadun.
Tengok ilmuwan-ilmuwan Islam dahulu kala, betapa hebatnya mereka. Sebab mereka cari, tuntut ilmu tuh.
Walaupun sejak dah tua2 nih (tak adela setua mana pon kn..hehe) otak tuh rasa macam dah berkarat susah nak masuk dah dalam otak , tapi kita cubalah untuk cari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kita. Tak banyak, sikit kan, lama-lama jadi banyak jugak (pesanan utk pembaca n diri sendiri).
Sebab dalam Quran pon berapa banyak ayat yang mengatakan kepentingan ilmu tuh.
Nih pon mengkaji Quran nih pon part of menimba ilmu la kan dan memang sebaik-baik bacaan.Sebab dalam Quran tuh ilmunya terlampau banyak
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). AlKahfi , 18: 109
So just imagine betapa luasnya…Dalam Quran tuh mmg macam-macam ilmu ada, Biologi, Fizik, Ekonomi, Perundangan dan lain-lain yang membawa pula kepada pengkajian manusia kat bumi nih.
Dan melalui ilmu-ilmu yang banyak yang kita boleh dapat nih pon kita boleh kenal Pencipta kita, realize kebesaran dan kehebatanNya. Contoh mcm kalau kaji mengenai sel manusia dan DNA, betapa kompleksnya satu komponen yang sangat kecil dalam badan manusia tuh Dia ciptakan. Yang ade fungsi sendiri. Ataupun mende paling simple, rambut-rambut pada badan. Yang dekat kepala, tumbuh, makin memanjang, tapi bulu mata, kening tak tumbuh pulak kan? Kenapa?
(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Az-Zumar, 39:9
So kalau tengok based on ayat nih pon dah dinyatakan tak sama orang yang berilmu, yang mengetahui tu dengan orang yang tak mengetahui.
Sebabnya?
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Mujaadilah, 58:11
Orang-orang yang berilmu tuh akan ditinggikan darjat di sisi Allah.
So, kalau before nih ada dinyatakan kat dalam blog nih mengenai akal kan, gunakan la akal untuk mendalami ilmu-ilmu yang banyak nih. Sekarang teknologi pon dah canggih, ada internet dan sebagainya yang memudahkan lagi kita untuk mendalami ilmu.
Nih adela quotes sikit daripada beberapa orang barat. Orang barat mmg realize kepentingan ilmu tuh dan mmg itu yang membuat mereka maju. Kita bila lagi? hehe
"The greatest ignorance is to reject something you know nothing about"”
H. Jackson Brown, Jr.
"If you think education is expensive, try ignorance"
Derek Bok- educator/lawyer
"There is no darkness but ignorance" William Shakespeare
No comments:
Post a Comment