Wednesday, September 24, 2008

Raya oh Raya

Tak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya, menandakan berakhirnya ramadhan dan bermulalah syawal.Don't know if it is just me, tapi macam ada something yang tak kena dengan raya tahun nih. Tak meriah, no raya spirit...nape ek? Iklan pon tak macam dulu, dah xde lampu kelip2 n ketupat tuh, nak shopping lagi la xde mood.

Mungkin disebabkan pergolakan ekonomi dan politik yang semakin hebat melanda mengusutkan fikiran,menggoncangkan jiwa dan menghilangkan mood raya. Ataupun mungkin bukan tahun nih je kot, maybe sejak a few years back pon tak rasa meriah. Tak rasa bersemangat. Yelah, dulu buat kuih, rendang, ketupat gotong royong satu famili, saling hantar dan membalas kad raya,... Tapi sekarang nih kuih pon kuih beli je,rendang pon katering, ketupat daripada daun kelapa dah moden, jadi ketupat plastik.Dulu hanta kad raya, sekarang main SMS je hehe.

Supposednye teknologi dan kemodenan tuh macam memudahkan dan merapatkan lagi hubungan kan dengan adanye telefon,internet,dll, tapi nih macam makin menjauhkan hubungan tuh. Membuatkan orang semakin individualized.Macam pagi raye pon after solat raye, balik rumah dah trus tuka baju raye tuh..tengok TV.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain,
dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu (An-Nisa 4,176)

Ataupun sebenarnya kita tak faham pengertian raye tuh? Raye = makan-makan .Atau pon sebab kita dh berjaya puase sebulan, so celebrate dengan raya sbb kita dah menang. Tapi kalau fikir balik, menang ape sebenarnya? Melihat kepada keadaan sekarang nih, mungkin dari segi bilangan, umat Islam tuh ramai, agama yang teramai penganutnya di dunia (Vatican newspaper, 2008 - mereka cakap Islam ramai sebab org Islam ada ramai anak) .Tapi yang dibom, yang dibunuh, yang dihina, dikeji, yang dirampas haknya tuh seme umat Islam kan? Macamana tuh?

Kadang-kadang rasa mcm segan..malu menyambut raya, membesarkan Allah dengan bertakbir, tapi dalam keadaan macam nih. Keadaan umat Islam yang lemah dan tak bersatu. Walaupun kita di sini masih bernasib baik, tapi macamana yang lain, kita bersuka ria, sedang saudara kita...

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Kalau ikut itu kemenangan umat terdahulu, zaman Rasulullah dulu, memang Islam tuh menang. Tapi sekarang nih,tak taulah nak cakap macamana ...

Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan. (Al-Baqarah 2,134)

Dan kalau perasan, waktu azan sehari2 takbir yang dilaungkan adalah 2 kali Allahuakbar Allahakbar!, tapi time raye 3 kali kan? Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar!. Kenapa ek? Ape signifikannye?

Hmm...Aidilfitri, membawa makna kembalinya manusia tuh kepada fitrah, kepada landasan sebenar, kepada keadaan yang suci murni seperti bayi baru dilahirkan, besar ertinya tuh.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Ar-Ruum 30,30).

Jadi kat sini saya mahu ambil kesempatan, selamat hari raya aidilfitri! hari kemenangan, kembalinya manusia kepada fitrah Allah...same2 kita mencari kemenangan tersebut..create our own history!

Friday, September 19, 2008

Manusia berasal dari monyet?

Aik? pasal fahaman lagi? hehe. Ntah..rasa mcm menarik nak share mengenai fahaman2 nih.Membuatkan kita berfikir apa sebenarnya yang fahaman-fahaman nih nak buktikan? Sebut je pasal Darwinism, mesti terfikir teori yang mengatakan manusia nih berasal monyet. So ape teori nih sebenarnya?

Ok, so teori evolusi Darwin nih mengatakan bahawa semua benda hidup adalah berkaitan dan berasal dari leluhur moyang yang sama.Perkembangan benda hidup daripada benda bukan hidup berlaku secara semulajadi (natural selection) dan bergantung kepada kemandirian untuk hidup atau "survival of the fittest", yang kuat akan menang, terus hidup dan yang lemah akan kalah.(Hmm..macam liberalism ek...mcm communism pon ade jugak tuh, racism, facism - fahaman-fahaman yang timbul akibat daripada satu teori nih).Dan yang plg penting, teori nih materialist (bukan materialistik ok..lain tuh). Materialist ni percaya yang seme mende perlu ada jasad, berjisim (matter). So dh sah2they don't believe in roh dan termasuklah menafikan kewujudan Tuhan.So this fahaman, bukan setakat sains, biologi je...die memang mengubah macamana pemikiran dah pemahaman manusia tuh

Jadi,kalau kita tengok kat dunia nih kan,diri sendiri sebagai manusia ,binatang ,tumbuhan,hasil galian, dan segala-galanya. Logik ke kalau seme mende nih berlaku secara tiba-tiba (by chance)? Memang betul, kehebatan sains dan teknologi masa kini membolehkan manusia tuh "play god". Contoh dalam penciptaan bayi tabung uji, kita bole pilih ciri-ciri baby yang kita nak,dalam bidang bioteknologi, kita boleh menggabungkan spesis-spesis tumbuhan (kacuk) menjadi satu spesis lain yang lebih hebat dan macam-macam la kan. But science does not deny the existence of god. Sepatutnya dengan kajian dan pengetahuan yang lebih mendalam, ia membawa kita lebih hampir kepada Dia.

Macam penciptaan baby tadi, tak terfikir ke betapa unik dan kompleksnya ciptaan Dia yang sekecil2 sperma, ovum, DNA? Dan daripada sekecil2 sel tuh, boleh membesar, berkembang jadi manusia! Sistem dalam badan manusia tuh, organ-organ - telinga, mata, hati dan lain-lain boleh jadi secara sendiri? Kalau penciptaan tumbuhan pulak, daripada sekecik-kecik benih, boleh jadi sebesar-besar pokok sendiri?

Rasanya bukti paling jelas, kalau teori evolusi nih betul, mana fosil-fosil perantaraan bagi setiap spesis? Tak ada. Sekarang nih tak nampak pulak mende-mende hidup berevolusi.Contohlah, evolutionist ada mengatakan hidupan di darat berasal daripada air. ok contoh hidupan air, ikan kan. So dari ikan, tiba-tiba dia naik ke darat, then develop paru-paru sendiri utk hidup kat darat. Rasanye sejuta tahun pun, ikan tetap ikan.Tak ada pon jumpa fosil half fish/half reptile atau half reptile/half bird ke.

Pengubahsuaian mengikut sesuatu persekitaran tuh ada, tapi tuh bukanlah evolusi. Contoh, manusia yang hidup atas bukit (high altitude) ada kapasiti paru-paru yang lebih besar berbanding manusia yang hidup pada sea level. That is called adaptation not evolution. Manusia tetap manusia.Hidupan dan benda lain pon sama jugak.Nih kehidupan realiti, bukan tv series heroes (evolved human, transformed into so called super human, with super power merepek la but still, tengok jugak hehe).Lepas tuh, macam contoh kereta ke,komputer ke, henset ke,rumah ke, logik tak kalau jadi by chance? Kita lambakkan je seme bahan-bahan dia, lepas tuh jadilah seme benda tuh? Sedangkan seme benda tuh pun perlu dibuat, perlu dicipta, so apatah lagi manusia yang mencipta benda-benda tuh,kita pun diciptakan oleh yang Maha Pencipta.

Banyak lagi la sebenarnya kalau nak cerita, tapi nanti panjang pulak kan. Memang mostly kita menolak teori nih (nama pon teori). Tapi, akibat daripada teori tuh yang dah mengaburi ramai orang yang "bijak pandai". Yelah, dalam media pon diwar-warkan psl evolusi. Kita take for granted sebenarnya penciptaan diri kita sendiri dan juga benda-benda lain. So, teori nih diadakan untuk apa sebenanya? sampai utk cover line siap ade neo-darwinsm lah, punctuated equilibrium? (hehe nih kene cari sendiri ek, tanya Mr. Google ;P) Akibat dari teori nih? Fikirkan...

Sumber :
http://www.darwins-theory-of-evolution.com
wikipedia
Harun Yahya books

Friday, September 12, 2008

Sekularism

Uih nk sambung psl fahaman-fahaman lagi ke? Hmm..sebenanye sbb post yang dulu tuh pasal liberalism dan sosiolism berkait rapat sebenanye dengan sekularism nih. So rasa macam nk tulis psl nih pulak.Rasanya ramai yang tahu secara asas la maksud sekularism nih kan : satu ideologi bahawa urusan keduniaan - pentadbiran, politik,laws harus dipisahkan dengan urusan agama.Kirenya macam memperjuangkan hak bebas individu terhadap agama (kebebasan-liberal).So sebarang bentuk aktiviti keagamaan tuh hanya terhad pada individu serta rumah-rumah ibadah.

Holoyoake (penulis yg mule2 memperkenalkan istilah sekular nih) cakap "sekularisme bukan menyanggah Kristian tetapi tidak bergantung kepada agama itu. Ia juga tidak mempersoalkan ajaran Kristian".Holyoake berpegang kepada prinsip bahawa sekularisme dan etika sekular tidak harus menunjukkan minat terhadap persoalan keagamaan (iaitu agama itu tidak penting) dan harus membezakan ia dari ateisme.Kirenya dia nak cakap sekular is not atheism.

Dan ideologi nih pon start dr zaman enlightenment @ Europe, masa dia nak pisahkan kuasa church dan state tuh. Sbb kalau mengikut Christians, Jesus pernah cakap ""Then give to Caesar what is Caesar's, and to God what is God's".Sbb time tuh mcm timbul tanda tanya patut ke derang bayar cukai kat Caesar nih.

Dan pada zaman enlightenment nih org2 mule turn towards science dan rationalism dan berpaling daripada agama serta superstitous belief.Dekat sini pon kalau tengok, org lari dpd church tuh because of institusi keagamaan mereka sendiri.Mereka menentang science and scientist sebab berpendapat science nih bercanggah dengan religion.So memang derang bakar dan bunuh scientist nih.Gerakan yang dipanggil Roman Inquisition yang mendakwa orang-orang yang dikatakan ada ilmu sihir, witch.

Antara scientist terkenal yang didakwa adalah Galileo Galilei sebab dia percaya dengan teori heliocentrism - matahari tuh berada di tengah2 system galaxy (btollah tuh kan).

Sebab ada ayat2 dalam Bible yang bertentangan dgn teori tuh :

1. Psalm 93:1 - "the world is firmly established, it cannot be moved."
2. Psalm 104:5- "the LORD set the earth on its foundations; it can never be moved."
3. Ecclesiastes 1:5 states that "And the sun rises and sets and returns to its place,
etc."

So boleh faham la kan kenapa org menjauhkan diri dari institusi agama. Sedangkan kalau ikut, kehidupan yang merangkumi seme aspek, sains dan Islam tuh selari je, time Islam tengah gemilang tu lahirnya ramai bijak pandai, saintis yang hebat2. Islam is a way of life!

So,persoalan di sini, adakah kita nih dah menjadi sebahagian dpd sekularism nih? Kenapa ada percanggahan antara institusi keagamaan & saintis time dulu tuh?Apa akibat daripada sekularism nih? Fikirkan...

*Sumber from Wikipedia

Sunday, September 7, 2008

Liberalism & Sosialism

Lama tak buat post baru hehe. So, kali nih nak share about ideology2 yang dulu blaja, time sejarah form 4 dan form 5 - liberalism & sosialism. Sebab dulu belaja mcm blur je, besides, lagi pentingkan Sains & Math at that time. Tapi bile baca balik, wow, it totally makes sense, serious, sebab dlu masa budak2 mana la nak faham politik la ideology la kan.Tapi terfikir jugak, apesal nak kene blaja seme nih, history org2 barat yang macam xde kaitan je dgn Malaysia kan. Ok so
lets take a look.

Liberalism

Liberalism adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi.Actually start zaman renassaince, enlightenment kat barat dulu.Mereka perjuangkan kebebasan daripada raja-raja dan institusi agama.Derang tak nak terikat dengan kekuasaan raja yang mutlak dan juga agama.Mereka mahu seme rakyat ada hak untuk mengundi secara bebas dan adil untuk run the nation.Di sinilah wujudnya sistem raja berperlembagaan, pengundian.

Antara tokoh-tokoh pejuang liberalism nih adalah John Locke, Adam Smith, John Stuart Mill dan Thomas Paine.

Liberalism nih kalau dilihat secara amnya, memang merujuk kepada sistem pemerintahan la kan,contohnya demokrasi tapi secara tak langsung, keliberalan tuh boleh diluaskan lagi dan dikembangkan lagi kepada liberalism budaya (kebebasan individu dalam sastera, seni, akademik, judi, seks, pengguguran bayi, arak, dll), liberalism ekonomi (kebebasan mengambil keuntungan,monopoly,persaingan dalam berniagayang membawa kpd kapitalism).

Sosialism

Sosialisme nih ideologi/sistem organisasi sosial dan ekonomi yang mana ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh rakyat secara sama rata.Sosialisme nih wujud disebabkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kemiskinan melampau, ketidaksamarataan dalam pembahagian kekayaan hasil daripada revolusi industri time tuh dan nak transformasi masyarakat kepada komuniti2 kecil tanpa harta individu, kirenya harta belongs to negara and sepatutnya dikongsi bersama. Tak ada pangkat dan tak ada kasta-kasta, rakyat seme sama taraf.

Ada sebahagian golongan sosialis mengikut Vladimir Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan atau welfare state.

Ini adalah 2 ideology terbesar la dalam dunia nih. So barulah faham kenapa US dan Russia bersaing antara satu sama lain-2 kuasa besar berlainan fahaman/ideologi. Dan bukan setakat tuh, rasanye every country mostly mesti akan adalah both ideologies nih.Antara tokoh-tokoh penting ideologi sosialisme nih adalah Karl Marx, Robert Owen dan Jean Jacques Rousseau.

Kalau tengok balik kan baru tahu apsal la kite blaja mende2 alah nih masa sekolah. Rupa-rupanya because all these ideology-ideology nih nak diserapkan dalam minda kita dan secara rela ataupun terpaksa, memang ideology nih ade di sekeliling kita. Kat negara kita sendiri
macamana? Ideology mana jadi pegangan kita? Ade ke yang liberal? ade ke yang sosialis? Ape akibat ideology-ideology nih? Sape yang rugi? Sape yang untung?Ade ke yang menindas dan tertindas?Ataupun statik je macam tuh? Boleh ke ideology nih ditukar-tukar, diubah sesuka hati?Fikir-fikirkan...


*sumber from Wikipedia