Thursday, August 28, 2008

Laskar Cinta

Wahai, jiwa jiwa yg tenang..berhati-hatilah dirimu..kepada..
Hati hati yang penuh..dengan..kebencian yang dalam
Karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..
Di hati yang penuh..Dengan benci...dihati..Yang penuh..Dengan prasangka

Chorus:Laskar cinta..sebarkanlah benih benih cinta..
Musnahkanlah virus virus benci..
Virus yang bisa rusakkan jiwa..Dan busukkan hati..
laskar cinta..Ajarkanlah ilmu tentang cinta..
Karena cinta adalah hakikat Dan jalan yang terang bagi semua manusia

Jika..kebencian meracunimu..Kepada...manusia lainnya...
Maka sesungguhnya iblis...sudah berkuasa atas dirimu
Maka..jangan pernah berharap..aku..akan mengasihi..menyayangi..
Manusia manusia..yang penuh benci..seperti kamu...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..jangan sekali-kali kamu..
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..

Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
Dan menjadi suku suku bangsa..
Yang pasti berbeda
Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata


Laskar cinta...lagu lama dh nih hehe. Cinta..ceh sebut psl cinta je mesti first sekali terfikir about love relationship between a man and a woman. If that's the case then I'm not the appropriate person to write on the topic of love haha.

Cinta tuh sendiri membawa maksud yang luas kan.Perkataan CINTA nih actually sangat2 universal.Kalau nak didefine pon, susah rasanye. Maybe setiap orang ade definisi tersendiri mengenai cinta nih. Kalau tengok sekali lalu pada lagu nih, maybe kite boleh katakan sebagai mencintai keamanan, kesejahteraan dunia sejagat - cinta pada agama, bangsa dan negara dan tidak ketinggalan pada famili, saudara-mara & diri sendiri.

Dah sebab sekarang nih kalau tengok, perasaan cinta tuh makin lama makin terhakis. Cinta means nothing. Yang ada, perasaan menyampah, benci, dengki, marah. Itu penyebab berlaku perselisihan faham, pergaduhan dan yang paling besar, perang la kan.

Tak dinafikan memang perasaan macam tuh akan sentiasa ada.Dah nama manusia.Perangai
manusia nih memang takkan berubah. Akan ade orang2 yang dengki, yang sombong dan macam-macam lagilah kan, tetapi pasti ada jugak org2 yang baik-baik, yang ada perasaan
cinta tuh tadi.

Actually macam rangkap terakhir lagu nih diambil daripada ayat Quran :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujaraat, 49:13)

Yelah kan, mana nk datang cinta kalau kita tak kenal? Bak kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Tapi sekarang nih, usahkan antara bangsa-bangsa lain, kaum lain, dalam bangsa sendiri pon tak habis-habis bergaduh kan? Sedih la tengok.Orang lain pon of kos akan amik kesempatan kan. Sebab time satu2 kaum @ bangsa tuh lemah, baru senang nak masukkan anasir2 yang jahat tuh. Kalau bersatu, orang lain memang tak berani.So adakah itu bermakna kita tak mengenal agama, bangsa negara kita sendiri? Tak kenal diri sendiri? Bukankah kalau kita dah menjadi org Islam kita kne kenal agama Islam, kalau bangsa Melayu, kene kenal Melayu dan kalau menjadi seorang warganegara sebuah negara tuh, kenelah kenal negara tuh.

Kerana bila dah kenal tuh baru ada perasaan cinta, ada perasaan taat, ada perasaan setia dan timbulnye pengorbanan.Rasanye perasaan cinta tuh ada, manusia tuh fitrahnya mencinta dan dicinta, tapi, kemana hendak disalurkan perasaan cinta tuh, thats the question. Macam yang dicakapkan tadi, bile sebut pasal cinta je the first thing that crosses our mind cinta sesama manusia yang berlainan gender.Itulah yang selalu digembar-gemburkan as cinta agung. Cinta Laila Majnun la, Cinta Romeo & Juliet dan macam-macam lagilah kan, yang klasik, yg moden. Seme pon ade.

Yelah nak diceritakan punya kuatnya, hebatnya cinta tuh ape juga sanggup diredah, sanggup berkorban, sanggup mati pon demi cinta. Sekarang nih pon,demi makwe, dibelikan seme mende. Demi pakwe, sanggup la ape saje, sanggup gadai maruah, gadai body pon. Demi cinta? Cinta yang tak tahu ape kesudahannya? Contoh plg mudah,masa bercinta bkn main lagi, tapi after kahwin? Nih pon tak payah cerita banyak kot, dah baca kat paper magazines etc...so mn pulak p cinta tuh? Bukan seme org mcm tuh, I know and as I said, I am not the right person nak komen lebih2 kan tapi sendiri kene fikir. Apa cinta yang sebenar-benarnya?

So kita fikirkan balik macamana cinta kita pada agama, bangsa dan negara? Kalau pada Rasulullah tuh, demi agama Islam, cintanya Rasulullah pada Islam, sanggup dimaki, dicerca, dihina, dibaling batu, dibaling najis sekalipun. Cintanya Siti Khadijah dan Abu Bakar pada Islam, segala harta diserahkan, cintanya kaum muslimin time tuh sanggup berperang, mengerah keringat dan tenaga, berkorban nyawa.

Kalau kat negara kita sendiri, perjuangan Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dato' Maharaja Lela, pejuang-pejuang bangsa, pejuang-pejuang negara yang berjuang demi cinta pada bangsa dan negara.

Hmm..jadi, cinta kita pula bagaimana?

Tuesday, August 26, 2008

Sudah Merdekakah Kita?

Tanggal 31 Ogos makin dekat. Pada tahun 2008 nih genaplah usia negara Malaysia 51 tahun. Yang mendapat kemerdekaan setelah beratus-ratus tahun dijajah, bukannya tempoh yang singkat. Bermula dari kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 di tangan Portugis, kemudian Belanda, British, Jepun. Dan walaupun dari segi fizikalnya dah tak ada peperangan ataupun penjajahan, tapi kesannya sampai sekarang terasa lagi dijajah - penjajahan minda yang rasa-rasanya jauh lagi bahaya dari penjajahan@peperangan secara fizikal. Sebab kalau dari segi fizikal senang, samada kita membunuh atau terbunuh.

Tetapi penjajahan minda, tak nampak jelas, perlahan-lahan dan dengan cara yang halus.Kita dah didedahkan dengan pelbagai ide atau buah fikiran especially from economy and education yang menyebabkan kita lupa pada asal-usul, lupa pada agama, lupa pada semangat cintakan negara dan kita semakin sibuk dengan urusan dunia, money is everything, pangkat dan kekuasaan. Dan dah tak kisah kalau cara yang digunakan tuh salah atau betul - matlamat menghalalkan cara.

Jadi ape ertinya merdeka?

Kalau time merdeka sibuk nak cari bendera utk digantung lambang semangat cintakan negara. Menyertai acara kemerdekaan. Tapi bila fikir balik adakah itu tanda cintanya kita pada negara? Cukupkah sekadar mengibar bendera dan menyertai perarakan? Itu takdela dahsyat sangat kan, kalau nak dibandingkan dengan generasi muda yang membuat perkara yang tah apa2 menjelang 12 0 clock tuh . Rasanya, kalau tiba-tiba negara diserang, sanggupkah kita melawan mempertahankan negara? The point is, kita tak diuji lagi, macamana nak tau kita sayang tak kat negara kita. Orang-orang dulu yang berkorban nyawa untuk negara tuh dah diuji macam tuh kan. Kita?

Tak tau la kan, maybe ujian zaman sekarang nih lain. Maybe ujian zaman sekarang nih adalah untuk membebaskan diri dari penjajahan minda nih. Minda yang dah sekian lama dijajah, dah beratus-ratus tahun kan. Maybe ujian kita untuk menyatukan kembali bangsa yang dah bercerai-berai. Memang kadang-kadang fikir, ape yang kita sorang boleh buat? Siapa kita nih? Kita tak boleh buat ape-ape pon. Salah tuh. Patut fikir apa yang kita boleh buat..ape yang kita boleh sumbangkan untuk agama bangsa dan negara.

Kalau nak diikutkan memang tak mudah. Jalan penuh ranjau dan siapa yang cakap kemerdekaan atau kemenangan tuh mudah? Lihat saja perjuangan Rasulullah yang nak
'memerdekakan' masyarakat jahiliyah pada zaman itu sebab masyarakatnya menyembah
berhala, membunuh anak perempuan, arak, judi, zina. Jadi Rasulullah mengajak masyarakatnya kepada Islam. Ada yang menerima dan yang menolak. Rasulullah dan org Islam pada zaman itu diuji dengan peperangan dan tentangan yang hebat. Tapi akhirnya Islam itu menang. Di Tanah Melayu, kat negara kita ramai perajurit kita terkorban demi mempertahankan negara. So, memang tak mudah.

Jadi ditanyakan lagi sekali, merdekakah kita? Jadi kita cubalah hadapi ujian-ujian yang makin hebat nih, ujian-ujian tuh ade, mungkin ramai yang tak perasan atau buat-buat tak perasan je. Tak mudah tapi mulakan dengan diri sendiri, keluarga, sahabat...

Friday, August 15, 2008

Talk and walk

Sekarang tengah musim Olympics kan. Sports yeah! Minat jugak walaupun kadang-kadang tuh masa memang tak cukup nak layan seme. So kat sinih saje nak share my opinion on these spectators. Perangai diorang dan perangai kita jugak haha.

So bile time menang, kita pon tanpa segan dan silu berbangga-bangga dengan kemenangan, kehebatan dan kemasyhuran yang kita sendiri tak usahakan pon. Kita ke yang bermain badminton ke berenang ke menunggang basikal tuh? Yang memerah keringat, mengerah tenaga, berhempas pulas. Atau kita sekadar tukang sorak dan tukang maki. Sorak bila menang, maki bila kalah?

Memang seronok, bangga anak Malaysia mengharumkan nama negara, tapi haih...
And then bila time kalah bermulalah pula sesi kutuk mengutuk, kondem-mengondem, masing-masing tuding jari menyalahkan orang lain. Lepas tuh ada pulak la sidang akhbar, komen orang2 yang berkenaan dll.

This doesn’t only apply to sports ok, it applies to almost everything in our life - from our jobs, among our friends, politics haha. So nak generalize la sket. Kita amik pelajaran from sports nih.

Yang membuat kerjanya ataupun yang berusahanya adalah sekerat dua aje. Tapi tukang soraknya kemain ramai. Go! Go! Cepat! Cepat! Smash la cepat! Pass la kat orang tuh, ee sepak jela kt gol tuh hehe macam-macam la kn. Cakap je lebih. Ok dalam life pon mcm tuh jugak. Tukang arah, tukang menyebuk, tukang jaga tepi kain orang, plg mudah, orang yang bercakap berbual ..orang yang tau nak cakap je ramai. Kalau projek berjaya dialah orang pertama mengaku bertanggungjawab ke atas projek tuh and receive the credits. Kalau projek fail, nobody wants to take the blame, orang yang mengusahakan projek tuh jugak la yang disalahkan.

Ok, I think most of us have experienced this situation. Masa kat U, group work. Ok so yang buat kerja, menyiapkan assignment tuh punya la berhempas pulas. Ade pulak la yang sibuk nak mengarah2 and then tumpang nama je. Tensen kan?

Kalau dalam politiks pulak. Tau cakap je. B4 elections kemain lagi janjikan itu dan ini..well to think back, can’t blame them either, politics work that way rite? After elections...janji tinggal janji jela. Lepas tu bincang hal nih la bincang hal tuh, tak abih2 bincangnye, yet they still fail to find the solution. Why?

Kita familiar dengan quotes - Talk the talk, walk the walk – cakap dan buat.

Peringatan bagi diri sendiri dan pembaca. Bak kata Tun Dr Mahathir pun Melayu mudah lupa. Manusia memang sifatnya mudah lupa. Kena selau diingatkan…Jadi yang nak ditekankan adalah perbuatan tuh, perlaksanaan, implementation baru la ada hasilnya.

Kita buat, usahakan yang terbaik, less talk and more work. Kalau kita duduk membebel, setakat cakap-cakap kat opis, kedai kopi tak de effect pon kan…

Tuesday, August 12, 2008

Sambungan - Qs from non-muslims to muslims

Ok now, for the 2nd question yg hari tuh kn. Jadi, memang semua agama mengajak kepada kebaikan, and in my opinion this question memang akan menyuruh kita untuk membuat perbandingan di antara agama. Dan rasanya perkara itu tidaklah salah, kerana itu akan menambahkan keyakinan kita pada agama yang kita anuti, yalah kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Maybe dalam post2 seterusnya boleh diskas about these different religions. Tapi now, back to the question.

Agama Islam ini adalah agama fitrah. Memang kalau ikut kebanyakan agama menyuruh kebaikan dan jangan berbuat kejahatan, tetapi bagaimana? Bagaimana untuk membuat kebaikkan dan menolak kejahatan tuh? Kiranya dalam Islam memang lengkap dijelaskan melalui Quran the 4W and 1H – Where? What? When? Why? And How? Dan ia sesuai dengan fitrah manusia kerana sememangnya Dia yang menciptakan itu lebih mengetahui ciptaanNya.

Sebagai contoh, penyelesaian untuk masalah mencuri. Memang most religion pon mengatakan mencuri tuh tak baik, perbuatan jahat kan. Dan dalam Islam pon memang ada diberitahukan. Yang paling jelas mengenai hukumannya, iaitu potong tangan. Dengar pon macam ganas je kan. But this punishment is a prevention method supaya kecurian tuh tak berlaku.

Orang memang tak akan berani mencuri daripada sekecil2 barang kepada sebesar2. Lagi-lagi kecurian zaman sekarang nih bukan main canggih lagi kan esp ICT. So macamana kita nak halang? Kita bukan boleh monitor orang 24/7. Kesedaran nih kene datang thru pendidikan. Setiap jiwa harus dididik dan diajar dari kecik lagi. Jadi kalau dari kecik di ajar mengenai Islam, siapa yang berani nak mencuri? Teringat masa kat Mekah, selamba je sebahagian peniaga-peniaga meninggalkan barang2 jualan macam tuh je. Terus pegi solat bile time solat. Xde risau-risau pon.
Itu dari segi prevention. Sekarang dari segi penyelesaian. Orang mencuri sebab tak cukup duit, miskin, tak cukup makan ermmm…walaupun zaman sekarang nih macam lagi teruk kot, bukan orang miskin je mencuri, orang kaya pon mencuri jugak..siap juta2 lagi..aih..ok ok back to the question. Ok so dalam Islam ade pulak sistem zakat dan jizyah (tax for non-muslim). Jadi, orang-orang yang lebih bernasib baik, membantu orang-orang yang kurang bernasib baik. Dan mmg ade di explain mengenai berapa yang perlu diberi, sape yang berhak menerima dll.

Itu baru cerita mengenai satu permasalahan. Dah nampak kebaikannya kan. Imagine kalau memang ada perlaksanaannya, memang insyaAllah aman sejahtera, sesuai dengan nama agamanye ISLAM.

Friday, August 8, 2008

FAQ daripada non-muslim to muslims

Ini berkenaan dgn. beberapa soalan yang selalu ditanyakan oleh non-muslims kepada seorang nih. Dia nih actually a medical doctor. Tapi mmg suke kaji Quran dan juga kitab-kitab agama lain – bibles (yang ade ntah berapa version tuh), Talmud, Taurat, dan kitab-kitab Hindu. Dia nih mmg famous because of kehebatan dia memberikan explanation based on sound and logical facts. Ada sekali tuh die nih penah debate ngn Dr. William Campbell about “Quran and Bible in the Light of Science. Eh lupa plk nama dia Dr Zakir Naik.

Ok, so ade beberapa soalan lah yang selalu ditanyakan pada Dr. Zakir nih. Antaranya :

When Islam is against idol worship why do the Muslims worship, and bow down to the Kaaba in their prayer?
Islam melarang penganutnya menyembah sebarang berhala, tetapi kenapa umat Islam dilihat sebagai menyembah Kaabah?

All religions basically teach followers to do good deeds. Why should a person only follow Islam? Can he not follow any of the religions?
Seme bentuk agama pun mengajak kepada kebaikan, jadi, kenapa seseorang perlu menganut Islam dan bukan agama lain?

So macamana? Kita sebagai muslims bole jawab ke kalau diajukan soalan-soalan macam nih?
Ataupun kita sendiri pon kurang arif mengenai agama kita sendiri.

Rasanya tidak patut kewajiban mencari jawapan kepada persoalan macam nih disandarkan kepada ustaz-ustaz dan orang alim semata. Derang muslims, kita pon muslims, kalau macam tuh macamana? Kita mengaku muslims tapi tak tahu pasal agama sendiri kan.

Nih baru 2 soalan nih. Ada lagi soalan lain, tapi post lain la pulak kn. Kalau letak semua, panjang blog nih.

Jawapan:

Kaabah merupakan kiblat (arah umat Islam semasa melaksanakan solat). Dan sudah pasti bukan Kaabah tuh yang disembah. Yang disembah hanyalah Allah. Ia juga symbol penyatuan muslims.

Kalau ikut dalam Quran pon ade explain jugak :

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. 2:144

Kat sini pon jelas, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.
Jadi muslims bukan menyembah Kaabah tuh.

Aih nih pon dh panjang. Ok hmm the second question, ape kata korang fikir, cube buat research cari jawapan. Next post baru aku bgtau hehehe.

Tuesday, August 5, 2008

Manusia..manusia

Hari nih ditimpa kesusahan, ade exam, ade masalah dengan famili, bankrup ape yang manusia buat. Rasa-rasanya time tuh la nak berdoa sungguh2 kt Allah kan minta pertolongan moga diperkenankan oleh Allah. Sebelum tuh, kalau tak ada masalah..ape yang kita buat? Bersuka ria, lalai dan leka dengan kehidupan dunia, merasakan serba serbi cukup dan lengkap.

Apabila doa tidak diperkenankan apa pula yang kita sebagai manusia lakukan? Kita bertanyakan pula apalah salahku? Apalah dosaku? Apa lagi yang tak kena? Kenapa aku diuji sebegini? Aku tidak disayangi ke oleh tuhanku?

Sekarang kita renungkan kembali..mengapa makhluk tuhan yang bernama manusia nih, bersikap macam nih…

Manusia tuh, telah diciptakan..dijadikan oleh yang Maha Pencipta dengan bentuk yang sebaiknya

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(95:4)

Dan dengan tujuan.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku (51:56)

Tapi..kalau kita tengok kita nih macamana? Nilai diri sendiri dahulu, kemudian tengok pulak kt luar nun, manusia nih macamana perangainya. Bukan ke yang membuat kerosakan tuh mmg manusia – Mencuri, merompak, merogol, zina, menipu. Habis punah dunia nih kerana tangan manusia tuh la jugak.

Jadi tercapai ke matlamat atau tujuan hidup manusia tuh? Kita diciptakan nih, menjalankan tak apa yang diperintahkan? Sebelum kita tanya soalan-soalan macam yang tadi tuh, kenapa aku hidup macam nih? Apa dosaku ? dan sebagainya, fikir balik, apa yang telah kita buat sebagai hambaNya? Apa yang telah kita laksanakan dan lakukan untuk Tuhan kita..untuk Allah..apa yang telah kita buat?

Sedangkan Dia dah bagi segala-galanya untuk makhluk bernama manusia nih. Jahat macamana pon manusia tuh tetap diberikan oksigen, air, makanan, minuman dan segala-galanya. Sebab Maha Pemurahnya Dia. Bermacam-macam nikmat telah diberikan. Macam dalam surah Ar-Rahman. Dalam tuh dinyatakan pelbagai nikmat yang Allah beri pada manusia dan sebanyak 31 kali ditanyakan balik “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Tapi kita? Still lupa..alpa..lalai tak nak jugak buat ape yang disuruh dan tinggalkan ape yang dilarang. Dahlah macam tuh, kalau manusia tuh berusaha untuk mendapatkan apa yang dikehendaki tuh, ok lagi kan. Nih dahlah lupa lalai leka je dgn dunia, tak berusaha, lps tuh berdoa dan mengharap je keajaiban akan berlaku..macamana tuh?

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). (27:62)

Peringatan pada diri sendiri yang utamanya..dan juga pada pembaca. Hopefully dapat manfaat.